𝐓𝐖𝐄𝐍𝐓𝐘-𝐎𝐍𝐄; 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋

31 7 1
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

Tangan milik Hani digenggam kuat oleh Iman. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan sebelum dia menarik Hani yang berada di sisinya melintas jalan.

Jangan tanya kenapa mereka pergi dating naik LRT. Ini semua sebab Iman lah. Dia cakap lagi seronok dating macam gini dapatlah merasa macam mana budak-budak sekarang dating.

Lagi satu sebab kenapa Iman nak naik train, katanya dia nak show off dekat orang luar yang Hani ni bini dia...

Pening kepala Hani melayan perangai masuk air Iman ni, tapi Iman sweet plus plus plus romantic. So, cerita dia yang lain kita tolak jatuh ke bawah aje. Hahah!

"Sayang, seronok tak dating macam ni?"

"Seronok kan?" Soal Iman lagi sambil tersengih seperti kerang busuk seminggu.

Eh, Iman ni ada juga yang kena luku depan orang ramai nanti!

Hani sudah bersedia mahu mengangkat tangan dia acah-acah mahu meluku kepala suaminya. Aip, jangan jadi isteri nusyuz Hani!

Tak sempat orang nak jawab dia masuk mencelah. Pinggang sebelah kiri Iman dicubit perlahan, keluar suara pondan Iman selepas dia merasa sakit kesan cubitan Hani dipinggannya. Cubit slow pun masih rasa berbisa, bahaya betul si Hani ini.

"Hani tak sempat jawab lagi. Ni sayang tanya Hani ke tanya diri sayang sendiri sebenarnya, huh?" Balas Hani kegeraman.

"Alah, sorry! Iman terexcited sebab dapat keluar dating dengan sayang dekat luar macam ni... Sorry tau sayang?" Memuncung mulut Iman meminta maaf, rasa bersalah pula dia dengan Hani.

Hani dengan tiba-tiba tergelak, Iman berkerut dahi melihat wajah merah padam Hani kerana terlampau sakan dengan gelaknya itu.

"Apa ni sayang? Gelak-gelak dekat Iman pula... Kang Iman merajuk dekat tengah jalan ni tak keruan sayang nanti ha Iman tak tahu. Pandai-pandai lah sayang pujuk buah hati pengarang jantung sayang ni." Iman mengangkat dua belah tangannya tanda tidak tahu menahu tentang apa yang terjadi. Saja aje dia mahu mengusik Hani, balasan Hani gelakkan dia tadi.

Amboi, sesedap cucur abadi saja dia mahu gula-gulakan si Hani!

Merajuklah kau orang laki bini, aku malas nak masuk campur hal kau orang. Banyak lagi benda lain orang nak fikir, tidak fasal-fasal pula kena sibukkan diri dengan hal rumah tangga orang yang baru sahaja di bina.

"Merajuk? Ouh, then malam ni tak ada lah sesi gomol-gomol pipi free. Kalau nak gomol kena bayar dengan peluk..." Hani cuba berunding.

Pasangan merpati sejoli ini dengan rundingan agaknya memang tidak boleh dipisahkan, kalau macam ini dua-dua tidak sempat nak merajuk.

Bila nak merajuk saja ada offer, baru nak merajuk sedikit dah ada sesi tawar menawar. Ini kalau buat business mahu lingkup gulung tikar dulu, Hahahah.

"—Tak jadi merajuk, bos! Rajuk saya tiba-tiba lesap pergi selamatkan diri daripada si puteri sang comel saya ni." Jawab Iman sambil tangannya mencubit pipi Hani.

Jantung Hani mula berdegup dengan laju apabila tangan Iman menyentuh kulit pipinya. Merah habis pipi Hani bila Iman menyatukan kembali tangan mereka berdua.

Hani pandang Iman yang berketinggian satu sentimeter daripada ketinggiannya itu.

"Sayang... Tadi Hani rasa macam ada banyak sangat rama-rama terbang dalam perut Hani, jantung ni tak berhenti-henti berdegup." Terang Hani dengan senyuman sedang terhias cantik di wajahnya yang kelihatan comel itu.

"Keju lah sayang ni, Iman pun tak sekeju macam sayang tahu. Tapi yang pasti..."

Iman berhenti daripada terus berbicara, dia mendekatkan dirinya di telinga sebelah kanan Hani lalu dia berbisik,

"Iman pro bab bab romantik bila dengan sayang."

Menggigil badan Hani mendengar bisikkan Iman seperti terkena renjatan elektrik di seluruh tubuh. Fuh, penangan Eiman Danish!

Sekejap, bagi aku lelong si Iman ni mana tahu ada pembaca yang nak beli dengan harga tinggi.

Eiman Danish

Eiman Danish

Eiman Danis, dua seringgit!

"Sayang kita dekat publik tahu. Bagilah Hani bertenang-tenang, dekat rumah nanti lah kasi Hani rasa berdebar-debar!" Makin tidak tenang jiwa dan raga Hani kalau Iman terus-terusan buat jantung dia jadi tidak tenang.

"Ya, ya, Iman berhenti. Nanti dekat rumah Iman sambung tapi sekarang Iman ada soalan penting nak tanya sayang ni." Ujar Iman bersama senyuman sinis terpasang di wajahnya.

Hani mengangguk kepalanya.

"Sayang pernah terfikir tak apa perbezaan Hani dan honey madu?"

"Soalan apa ni sayang? Hani tak faham... Pelik-pelik ajelah soalan sayang ni." Rungut Hani.

Malas pula dia mahu berfikir pada hari-hari cuti ni. Cukuplah dia asyik kena guna otak dia untuk berfikir fasal urusan kerja, otak dia sudah penat nak berfikir sekarang.

Tambahan pula, tadi dia terkena panahan cinta Iman. Lepas sahaja dirinya terkena panahan itu sampai rasa bergetar seluruh tubuh, mindanya tiba-tiba tidak dapat berfungsi dengan betul.

"Alahai, easy-peasy kacang kuda aje jawapannya sayang!"

" —Hani sayang milik Iman, honey madu pula milik lebah. Ish, sayang ni soalan yang Iman bagi tu senang kut. Ini mesti sebab sayang tengah dupdap dupdap kan, itu yang malas nak fikir tu." Usik Iman masih dengan senyuman sinisnya itu.

Tahu sahaja dia perasaan apa yang sedang melanda hati Hani sekarang, perasaan berdebar, perasaan cinta, perasaan gembira dan bahagia. Semuanya sudah bercampur menjadi satu.

Mulut manis Iman daripada sebelum kahwin sampailah sudah berkahwin, masih sama saja. Tidak ada apa yang berubah, manis tu masih kekal daripada awal dia mengurat Hani sampai Hani sah menjadi miliknya masih tetap manis.

Hani gembira, terlampau gembira dengan kehadiran Iman dalam hidupnya sehingga tidak terungkap seberapa gembiranya dia rasa pada ketika ini. Memang betul dalam dunia ini ramai yang namanya Iman, tapi nak cari Iman yang sedang berada di depannya itu mungkin susah kerana Iman yang digelarnya si putera tampan ini hanya ada satu salam seribu.

Dan yang paling untung, dia lah satu-satunya gadis yang dapat menawan hati jejaka itu dan menjadikan jejaka itu miliknya.

"Sayang, Hani love sayang tahu..."

"Eee, sayang ni saja en nak buat hati Iman rasa geli-geli. Ya, Iman pun love sayang too!" Kata Iman lantas dia mengambil peluang mencium lembut dahi Hani.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now