𝐅𝐎𝐔𝐑𝐓𝐄𝐄𝐍

27 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Iman—"

"Hani—"

Serentak mereka berdua memanggil nama antara satu sama lain. Masing-masing nampak gementar untuk bersuara.

"Iman nak Hani cakap dulu ke? Atau Iman nak cakap dulu?" Soal Hani. Anak matanya di larikan, segan pula dia nak bercakap fasal apa yang Hanis bagitahu dia tiga hari lepas.

Macam mana dia mahu bagitahu Iman tentang hal ini? Mahu berborak kosong pun boleh buat dia berdebar tak tentu fasal, inikan pula mahu bercakap tentang mereka berdua.

"Iman tak kisah.Tapi bagi Iman dululah kalau boleh, Heheh... I—Iman dah tak boleh nak tunggu, berdebar sangat ni Hani. Rasa macam jantung ni nak meloncat keluar aje sekarang!"

Hani mengangguk dengan tawa halusnya.

Jejaka ini ada rasa takut juga rupanya. Waktu mengurat orang bukan main berani, gementar pun tak.

"Macam ini Hani... Iman dah bagitahu dekat mak dan abah Iman pasal kita berdua dan dia orang cakap eloklah Iman bawa dia orang pergi rumah Hani untuk datang merisik. Apa kata Hani?" Terang Iman dengan berhati-hari. Risau juga kalau tersalah cakap, nanti Hani salah faham pula.

Hani menarik nafasnya dalam-dalam.

"Hani okey saja. Kakak Hani pun suruh Hani bawa Iman datang ke rumah berjumpa mama dan papa. Kalau macam itu kita berdua tentukan tarikh ajelah kan? Alang-alang kita dah sehaluan ni." Balas Hani pula.

Iman memandang Hani lama sebelum dia melontarkan soalan yang sedang bermain difikirannya pada gadis itu.

"Hani yakin ke dengan Iman? Hani yakin untuk bina masjid dengan Iman? Kita baru aje kenal sebulan, Hani dah betul-betul yakin dengan rasa cinta Iman pada Hani?" Soal Iman bertubi-tubi tanpa mengambil waktu untuk berhenti mengambil nafas.

Gadis itu menayangkan senyumannya pada Iman.

"Iman... Kalau Hani tak yakin, Hani tak akan terdetik dalam hati nak bawa Imam jumpa ibubapa Hani. Dan kalau Iman tak yakin, Iman tak akan bagitahu ibubapa Iman tentang Hani. Betul tak?"

"Sebab Hani boleh rasa keikhlasan Iman lah Hani nak Iman jumpa ibubapa Hani, biar dia orang pula yang nilai Iman sendiri. Kita berdua cuma perlu tadah tangan minta doa supaya urusan kita berdua ini dipermudahkan." Luah Hani dengan nada yang lembut.

Cara bercakap pun manis sahaja. Manalah Iman tidak jatuh hati dengan gadis comel ini. Pilihan yang terbaik dia pernah buat dalam hidupnya adalah berniat untuk menjadikan Hani sebagai isteri pada hari pertama mereka bertemu.

"Terima kasih sebab Hani percaya dengan Iman." Ucap Iman dengan senyuman lebarnya.

"Sama-sama, Iman. Hani pun sama."

"Err, Iman dah buat keputusan. InshaAllah, Iman bawa keluarga Iman datang ke rumah Hani hujung minggu ni. Boleh? Ke nak hari lain?" Soal jejaka itu kepada Hani, meminta kepastian.

"Ouh, boleh boleh. Mama dan papa Hani ada aje di rumah, nanti Hani bagitahu alamat dekat Iman."

Bila difikirkan balik, mereka masih belum mempunyai nombor telefon masing-masing lagi. Imam juga tidak pernah terdetik mahu meminta nombor telefon gadis itu. Sama juga dengan Hani.

"Hani, macam mana Hani nak share alamat rumah Hani dekat Iman nanti?"

"Haah... Kita tak pernah save number masing-masing."

Ya, mereka kerap berjumpa pun di sebabkan asyik terserempak. Aduhai, comel betullah Hani dengan Iman ini.

Tersembur tawa mereka berdua bila teringatkan tentang itu. Selalu berjumpa tapi masih belum ada nombor masing-masing... Hahahah!

"Nanti Hani share melalui mimpi ajelah, nak tengok juga sampai ke tidak. Kalau sampai bolehlah cepat-cepat kita nikah, Heheh."

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now