𝐍𝐈𝐍𝐄𝐓𝐄𝐄𝐍

29 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

Selesai sahaja Hani bersesi foto bersama rakan satu kolejnya. Mereka mula berbual berkongsi kisah lama.

"Tahniah Hani! Dalam diam ya kau ni... Dulu waktu belajar bukan main susah nak tengok kau rapat dengan lelaki. Ingatkan kau lah last sekali berkahwin, rupanya kau yang awal daripada kita orang semua." Ucap rakan satu kolej Hani yang bernama Aisha dengan senyuman menghiasi wajahnya.

"Eee, thank you Aisha and Muna sebab sanggup datang dari jauh! Semoga nanti giliran kau orang pula lepas Lia."

"Sama-sama, babe. Itulah aku ada dengar juga nanti giliran Dahlia pula. Kau dengan dia daripada awal masuk kolej sampai lah dah tamat belajar masih berkepit. Tengok, kau dah berkahwin pun still berkepit." Tambah Muna.

Dahlia yang daripada tadi menjadi pemerhati mereka bertiga merangkul bahu Hani. Kening sebelahnya diangkat.

"Mestilah. Kita orang kan geng daripada sekolah menengah, kau orang apa tahu... Laki Hani pun bestfriend dengan bakal suami aku. Tengok kami berdua dapat laki pun berbestfriend. Inilah yang dinamakan bestfriend forevah! " Balas Dahlia dengan penuh rasa bangga. Kembang semerbak hidungnya.

Hani menampar perlahan bahu Dahlia. Ish, Dahlia ini pun satu waktu-waktu begini pun masih menyempat nak berseloroh.

Iman mengintai di sebalik kerumunan di atas pentas persandingannya, mencari kelibat pengantin perempuan. Dia mahu mengenalkan Hani pada rakan-rakannya. Jejaka itu tersenyum saat matanya menangkap susuk tubuh isterinya, manis sahaja Hani bila di lihat daripada jauh dengan gaun pengantin yang berwarna light brown dan dikenakan dengan light brown shawl.

"Sayang..." Laung Iman daripada jarak yang tidak berapa jauh daripada pentas persandingan, cukup kuat untuk menarik perhatian Hani.

Hani tersenyum, dia meminta diri terlebih dahulu sebelum dia menerpa ke arah Iman.

Risau lelaki itu dibuatnya bila melihat Hani kelam kabut berjalan ke arahnya, buatnya jatuh. Sudahlah gaun itu kembang, Hani pula kurus bila-bila masa sahaja boleh tumbang.

"Ya, sayang. Kenapa?" Soal Hani, kepalanya sedikit terteleng ke kanan.

Iman mencapai tangan Hani dan menarik gadis itu berjalan disisinya.

"Iman nak kenalkan sayang dengan kawan-kawan Iman." Bisik Iman pada Hani.

"Kenalkan semua... Ni isteri aku, buah hati kedua selepas mak aku. Nur Hani Khayrani."

Kawan-kawan Iman mula tersengih-sengih melihat Hani. Bukan main taste si Iman ini, patutlah dia jaga Hani betul-betul sebelum mereka berdua mempunyai ikatan yang sah.

Lagipun, mereka semua tahu dalam kumpulan mereka itu Iman lah yang selalu lebihkan bab agama daripada dia orang. Yang selalu kerap bagi takzirah, pesanan penaja dan menegur selalunya Iman lah orangnya. Kalau Adam pula ada kala dia ada juga bagi pesanan penaja tapi tak setegas Iman. Nak harapkan Ariff pula, lelaki itu masih lagi cerlang cerluk (Tidak consistent: Dialek Terengganu).

"Hai, semua. Salam kenal, I'm Hani!" Sapa Hani seraya tangannya naik melambai pada rakan-rakan Iman yang masih senyum tersipu malu.

Mereka membalas lambaian Hani.

"Ha, ini apa fasal muka macam buaya air tawar semua ni? Dengan aku tak ada pula kau orang nak malu-malu kucing, selamba badak aje korek hidung korek telinga sapu merata depan aku." Sampuk Dahlia.

Bersungguh-sungguh dia mengutuk rakan-rakan Ariff, tidak kisah pada pandangan yang lain terhadapnya kerana sudah terbiasa bersikap begitu.

Entah daripada mana dia datang, tiba-tiba sahaja muncul tanpa sempat memberi salam terlebih dahulu. Ariff yang berada di sebelah menyiku lengan Dahlia perlahan.

Dahlia memutarkan bola matanya.

"Nak backup member lah tu..."

"Sibuklah kau ni Lia, pergilah cepat ajak Ariff ni kahwin. Boleh ler kita cepat-cepat buat kumpulan futsal junior."

"Eh, kau ni Emir tak habis lagi dengan angan-angan kau tu! Berangan ajelah yang kau tahu, jodoh pun kau belum jumpa gatal nak tubuhkan pasukan untuk bakal anak-anak kita konon. Bakal isteri pun belum tayang muka dekat kau, ceh!" Geram saja Qayyum dengan si Emir ini, daripada hari itu lagi dia duduk berangan nak tubuhkan pasukan futsal untuk bakal anak mereka semua.

"Sudah! Hari bahagia aku pun kau orang masih sibuk nak bergaduh, kalau nak sangat tubuhkan pasukan baru kau orang kena cepat-cepatlah cari jodoh. Bukannya bersungut aje, kalau mulut aje yang cakap nak tapi usaha tu tak ada bermimpi sajalah ya Emir?"

"Nak aku bagi tazkirah panjang lebar lagi ke? Atau kau orang nak ajak aku dan Hani bergambar sekarang ini? Kalau tak no futsal for one week... Dipersilakan pilih."

"Iman jom kita bergambar, tinggal aje budak Emir dengan Qayyum tu! Ariff, Dahlia, Adam, jom!" Danish menarik lengan Iman untuk naik ke pentas persandingan, Hani yang masih dipegang oleh Iman tertarik sekali. Dahlia dan Ariff turut sama ikut, tak mahu buat Iman merajuk sebab malas nak buat sesi belaian kasih nanti.

Emir dan Qayyum sudah saling berpandangan. Manakala, Adam yang berada di antara mereka berdua memandang sahaja mereka silih berganti sambil hinjutkan bahunya.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now