𝐓𝐖𝐎

60 9 1
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

●      ●      ●

"Nah, cik pinjam aje dulu hoodie saya ni. Mesti cik sejuk sebab badan cik dah basah teruk tu, pula tu dalam train nanti sejuk... Takut pula saya kalau cik demam. Dah susah pula kita berdua nak terjumpa."

"Tapi encik pula? Nanti kalau encik sejuk macam mana? Encik bert-shirt lengan pendek aje. Rasa bersalah pula saya nak ambil hoodie ni." Hani mengeluh lemah, matanya memandang t-shirt Iman. Lama juga dia berfikir mahu ambil ke tidak.

Iman mendorong hoodie itu ke depan memaksa gadis itu supaya mengambil hoodienya yang berwarna hitam ditangannya.

Rasa segan pula nak pinjam barang orang dan lagipula dia ni lelaki, buatnya nanti dia tidak dipertemukan dengan lelaki ini... Macam mana dia nak pulangkan hoodie ni balik dekat tuan dia?

"Maaf, menyusahkan encik. Haritu encik dah tolong saya, hari ini encik tolong saya lagi. "

"Saya betul-betul minta maaf." Ucap Hani sambil kepalanya menunduk memandang lantai. Tidak sanggup dia hendak bertentang mata dengan pemuda yang sudah bantu dia itu.

Jejaka itu sekadar tersenyum tipis.

"Iman. Panggil aje saya Iman."

"Lah, tak perlu minta maaf cik! Saya ikhlas tolong cik. Hm, macam ini katakanlah kita dipertemukan sekali lagi dekat mana-mana tempat..."

Yakin sahaja lelaki itu yang mereka akan bertemu lagi pada masa akan datang nanti.

"Cik boleh belanja saya minum. Kita lepak berdua as a treat saya dah tolong cik dua kali. Setuju?" Cadang jejaka itu bersama senyuman lebar terhias di wajah kacaknya. Walaupun jejaka itu masih berpakaian t-shirt kerja dia tetap kelihatan kemas dan tampan.

Hani mengangguk kecil tanda setuju dengan cadangan jejaki itu.

"Setuju. Nanti saya pulangkan semula hoodie ini pada encik Iman. Terima kasih sebab tumpangkan payung dan bagi pinjam hoodie ini pada saya."

"Kalau macam itu saya minta diri dulu, train dah sampai... Assalamualaikum, encik Iman." Pinta Hani dengan sopan sebelum kakinya dihayunkan ke arah train.

"Apa nam— Haih, melepas lagi... Nasib kaulah Eiman Danish."

Baru sahaja Iman ingin bersuara bertanyakan nama gadis itu, namun hasratnya terbatal saat Hani sudah berlari masuk ke dalam train meninggalkan dia berseorangan di situ dengan terkebil-kebil.

Iman mampu tergelak sahaja.

Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ini hadir berkunjung. Selepas sahaja dia dan gadis yang bernama Hani itu bertemu buat pertama kali pada minggu yang lepas, dia kerap berdoa agar dia dapat ketemu lagi dengan gadis comel itu sekali lagi.

Adakah ini yang di namakan love at first sigh?

Ternyata doanya selama ini termakbul. Dia berharap dia akan lebih kerap terserempak dengan gadis comel itu pada hari yang mendatang.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now