𝐓𝐄𝐍

27 7 0
                                    

ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐀𝐈𝐍.

● ● ●

"Argh, penatnya Ya Allah Ya Tuhanku!"

Hani menggeliat selepas dia solat isya'. Akhirnya, tempahan yang dibuat oleh pelanggan mereka tempoh hari semuanya sudah selesai. Bolehlah dia jalani hari-hari dia seperti sebelum ini mulai esok, sementara tiada tempahan.

Lega rasanya bila beban sudah pergi menjauh daripada dirinya.

TING!

Telefon pintarnya yang berbunyi menandakan notifikasi baru masuk itu di kerling sekilas. Dia mengambil masanya sebelum tangannya laju mencapai telefon pintar yang sedang terletak cantik di atas meja sisi katil.

Sebelah keningnya dijungkit.

Eh? Siapa pula yang minta request untuk follow dia di Instagram ini?

Dia mengecilkan anak matanya saat dia melihat gambar profil akaun Instagram tersebut. Sepertinya dia kenal pemilik akaun tersebut.

Bukankah lelaki yang berada dalam gambar profil itu Iman? Macam mana pula Iman boleh tahu nama akaun Instagram nya?

Itu membuatkan dirinya makin berasa pelik. Mungkinkah sangkaannya tentang Iman itu serial stalker adalah benar?

Eh, mustahillah...

"Nak accept ke tak nak?"

"Kalau dia betul-betul serial stalker macam mana?"

"Tapi? Argh, terima ajelah!" Hani akhirnya membuat keputusan muktamad. Cepat-cepat dia terima permintaan request Iman sebagai rakan Instagram nya itu.

Selesai dia menekan accept, langsung sahaja dia menekan request follow semula di akaun Iman.

Eloklah dua orang merpati membuang merata ini, malu-malu tapi mahu orang kata.

"Tak pernah-pernah orang mengurat aku sebelum ni. Dia pula baru aje berjumpa dengan aku beberapa kali, tak akan dah boleh terjatuh hati?"

Termenung Hani memikirkan tentang Iman. Dia masih sibuk berfikir macam mana Iman boleh berani nak mengurat dia.

Dia bercakap dengan Iman awal-awal perjumpaan mereka pun sebab dia nak berterima kasih sahaja. Tidak sangka pula boleh sampai ke tahap ini, adakah sudah sampai waktu?

Tapi boleh percaya ke muka macam si Iman ini? Ya lah, biasa orang hensem sejenis buaya air tawar. Dia tak mahulah nanti Iman gula-gulakan dia aje, hm...

Fikir punya fikir, Hani sudah terlena dibuai mimpi dek kepenatan dengan kerja. Semoga mimpi yang indah-indah.

━━━━━━━━━━

 ❛❛𝙇𝙤𝙫𝙚 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙍𝙖𝙞𝙣.❜❜ ᶜWhere stories live. Discover now