"Abang Niel, kak Sarah, mama.. Danny WhatsApp Deena tadi.." celah Deena perlahan. Baju ibunya digenggam untuk mencari kekuatan.

"Kenapa Deena?" soal Mukhriz risau. Taliannya terputus tadi jadi dia tidak sempat untuk

menelefon lelaki itu kembali.

"Uncle Rahman.. uncle Rahman dah tak ada" jawab wanita itu lebih perlahan. Esakan Niel dan Sarah berubah semakin kuat. Keduanya terlalu sedih dan hanyut dengan perasaan.

"Ja.. ngan.. ri..sau.. Ma..ma.. dan.. ba..bah, tung..gu ka..li..an.. di.. Syur.. ga.." ucap Datin Salma sekali lagi. Kali ini nafasnya semakin tidak teratur.

"Ru..by.. Ay.. da.. Ja..ga..kan.. an..anak.. anak.. Sal..ma.." tambah wanita tua itu lagi. Tangannya masih digagahkan membalas genggaman tangan Niel dan Sarah.

"Riz.." Mukhriz terus berlutut di tepi ibu mertuanya. Matanya juga sudah merah kerana ikut menangis.

"Ja..ga.. Sa..rah.. dan.. Mi..ka..el."

"Baik, ma. Riz janji akan jaga mereka dengan baik."

"Is..saac.. Dee..na.. Ja..ga.. cu..cu.. ma.. ma." Isaac dan Deena tidak membalas. Mereka hanya bertatapan untuk seketika.

"Ajar Datin mengucap, Puan Sri Ruby" arah Haz yang masih berada di ruangan bawah tanah. Puan Sri Ruby menurut. Suaranya juga kedengaran separuh menggigil ketika membantu bekas isteri arwah suaminya itu mengucap. Mata Datin Salma semakin tertutup tetapi bibirnya bergerak mengikuti bacaan wanita 30-an itu. Sarah menarik nafas dalam. Tangan kanannya masih di genggaman ibunya manakala tangan kirinya terus menggenggam tangan Niel.

"Sarah redha, ma. Ma..ma pergilah dengan tenang. Sarah redha, ma. Sarah tak benci papa. Sarah maafkan segalanya. Maafkan semua salah silap Sarah. Sarah sayang mama sangat-sangat. Jumpa lagi di Syurga nanti, ma" ucap wanita itu seraya menyium pipi ibunya.

"Pergilah, ma. Niel akan jadi adik-adik. Niel pun sayangkan mama. Sampaikan salam sayang kami untuk babah juga" ujar Niel pula. Mukhriz terus memeluk bahu abang tiri isterinya itu. Datin Salma tersenyum segaris sebelum nafasnya benar-benar terhenti. Sarah terus memegang pergelangan tangan ibunya. Matanya terpejam dan bibirnya diketap kuat.

"Innalillahiwainnailaihirajiun." Sarah terus memandang abang tirinya dengan pandangan yang kabur.

"Sabar, Sarah" pujuk Puan Sri Ayda yang turut menangis. Sarah terus berpaling menghadap ibu mertuanya dan tubuh tua itu dipeluk erat. Jiwanya terasa kosong-sekosongnya. Datin Salma dan Tan Sri Syazwan telah meninggalkannya buat selama-lamanya.


———————————


Mukhriz memeluk bahu isterinya erat. Wanita itu masih berdiri kaku sambil memandang ke arah tanah perkuburan itu. Ketiga-tiga jasad Datin Salma, Dato' Rahman dan Tan Sri Syazwan selamat dikebumikan di tanah Amerika itu.

"Jom kita balik, sayang. Kesian Mikael. Dia dah menangis-nangis cari mama dia" pujuk lelaki itu lembut. Satu ciuman dihadiahkan pada kepala isterinya. Sarah mengangguk. Dia melemparkan senyuman pahit buat kali terakhir pada kawasan tanah perkuburan itu. Ada sedikit rasa kesal yang bersarang di hati wanita itu. Ibu, ayah dan ayah tirinya tidak sempat bertemu dengan cucu mereka.

Terlihat Niel, Danny, Deena, Isaac, Haz, Faizal dan Ustaz Hanafi yang masih berdiri di samping kubur Dato' Rahman dan Datin Salma, manakala Tan Sri Mahadi, Puan Sri Ayda, Puan Sri Ruby, Hadi dan Afham di samping kubur Tan Sri Syazwan.

"Esok kita datang lagi" ucap Mukhriz lagi apabila melihat isterinya yang masih terleka.

"Okay, darling." Sarah terus memegang tangan suaminya dan mereka berpimpinan tangan menuju ke kereta.


———————————


Danny masih memandang kubur ibu tiri dan ayahnya yang terletak bersebelahan. Air matanya tidak lagi mengalir tapi lelaki muda itu jelas tampak kesedihan.

"Danny, kita balik, ya. Esok datang lagi" ujar Niel yang sedari tadi mendiamkan diri. Cermin mata hitamnya masih melekap di matanya tetapi air matanya masih kelihatan.

"Okay. Jom balik" balas si adik perlahan.

"Bawak Danny ke kereta. Aku nak lawat kubur uncle Syazwan kejap" bisik Niel kepada Isaac di sisinya. Lelaki itu hanya mengangguk. Dia terus menarik bahu Danny dan memberikan isyarat mata kepada yang lain. Masing-masing tidak membantah dan mengikuti langkah Isaac kecuali Deena. Wanita itu masih menunduk memandang kubur Datin Salma.

"Cik Deena tu Tuan?" soal Haz apabila tiba di kereta. Isaac menoleh ke dalam kawasan tanah perkuburan itu semula. Dia menarik nafas perlahan.

"Tak apa. Nanti dia balik dengan saya dan Niel. Faizal, hantar semua balik dulu. Kita jumpa di rumah Riz" arah lelaki itu seraya menjeling sekilas ke arah Danny yang hanya diam di tempat duduk penumpang belakang. Dia pasti lelaki itu masih trauma kerana dia lihat sendiri keadaan Danny semasa dia sampai di kediaman keluarga lelaki itu bersama pihak polis dan ambulan. Ketika dia memasuki bilik tidur orang tua Danny, lelaki itu sedang menangis teresak sambil memeluk tubuh Dato' Rahman yang sudah tidak bernyawa.

"Baik Tuan" balas Faizal ringkas dan dia terus memulakan pemanduan. Isaac terus berpaling dan menyuruh dua bodyguard nya yang sedari tadi berkawal di luar kawasan tanah perkuburan itu untuk menunggu di dalam kereta. Langkahnya kemudian dibawa merapati tubuh wanita yang masih leka dalam dunianya itu.

"Deena.." panggilnya lembut. Wanita itu tidak membalas sebaliknya hanya mengukir senyuman hambar apabila mata mereka bertemu.

"I nak pergi kubur uncle Syazwan kejap" putus wanita itu. Isaac hanya mengangguk dan langkah wanita di hadapannya itu diikuti. Kelihatan Puan Sri Ruby yang masih duduk di hadapan kubur arwah suaminya itu. Air mata wanita itu masih mengalir. Puan Sri Ayda yang sedari tadi berdiri di belakang wanita 30-an itu hanya mampu memeluk bahu wanita yang baru bergelar balu itu.

"Niel" panggil Puan Sri Ruby serak. Matanya terus menatap ke arah lelaki yang sedang berdiri di sebelah Tan Sri Mahadi. Dia perasan kehadiran lelaki itu, tetapi sengaja tidak mahu menegur dulu.

"I mintak maaf untuk semua yang arwah suami I pernah lakukan pada keluarga you. I juga nak ucapkan takziah atas kematian ibu bapa you. Semoga roh kak Salma dan abang Rahman ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman" tambah wanita itu lembut. Niel hanya mengangguk. Dia masih tiada kekuatan untuk berkata-kata.

"Kuat ya, Niel" celah Tan Sri Mahadi pula. Bahu lelaki di sampingnya itu ditepuk perlahan. Dia pasti yang paling terpukul ketika ini mestilah Sarah, Niel dan Danny. Mereka bertiga kehilangan kedua orang tua mereka pada masa yang serentak.


———————————

PS: Dah ready ke untuk last chapter? 😘

SARAH ✔️Where stories live. Discover now