BAB 64

534 26 0
                                    




———————————

Sarah terus memeluk suaminya erat. Pemergian Mukhriz selama empat hari itu benar-benar membuatnya rindu. Air matanya menitis.

"I miss you so much" ucap wanita itu sebak. Mukhriz terus melonggarkan pelukan. Wajahnya beku.

"I nak mandi kejap. I penat." Balasan dingin suaminya itu menyentakkan Sarah. Cepat-cepat dia memujuk hatinya sendiri.

"Tak apalah kalau macam tu. You naik mandi dulu, nanti I hantarkan makanan. I ada buat nasi ayam favourite you hari ni" balas wanita itu lembut. Lengan suaminya dipaut erat.

"I tak lapar. I nak rehat je."

"Tapi you kan tak makan lagi? Ken kata dalam flight tadi pun you tak makan apa-apa."

"I said I'm not hungry. Apa yang you tak faham?" bentak Mukhriz tiba-tiba. Sarah tersentak lagi. Matanya sudah berkaca-kaca. Lelaki itu terus melangkah meninggalkannya di ruang tamu. Sarah memberikan senyuman pahit kepada mata-mata yang juga menyaksikan adegan itu.

"Sorry boys. Korang pergi lah makan. Kalau nak panaskan, masuk je dalam microwave" pesan wanita itu perlahan. Haz, Ken dan Felix hanya mengangguk. Mereka juga terkejut dengan sikap Mukhriz yang tiba-tiba berubah. Pemergian wanita mengandung itu dipandang penuh simpati.

"Mood Tuan memang tak baik ke masa dalam flight tadi?" soal Haz serius setelah memastikan kelibat Sarah sudah tidak kelihatan.

"Masa on the way dari airport lagi Tuan dah tarik muka" jawab Felix jujur.

"Tuan penat kot" celah Ken pula. Haz hanya mengangguk. Dia sempat cuba 'membaca' wajah Mukhriz tetapi dia tidak menemukan apa-apa yang pelik.

"Tak mungkin orang hantar 'benda' lagi" gumam lelaki itu perlahan.

"Apa dia Haz?" tanya Ken lagi. Haz hanya menggeleng. Tanpa menunggu lama, langkahnya terus diatur ke dapur. Perutnya yang kosong perlu diisi. Nanti sahajalah dia fikirkan masalah pasangan suami isteri itu.

———————————

Deena masih fokus menghadap jalan raya di hadapannya. Pemanduannya diperlahankan apabila dia hampir tiba di simpang rumah barunya. Kad akses kondominium itu dikerluarkan. Sudah hampir seminggu dia berpindah di situ dan ianya merupakan pemberian Isaac. Kereta yang dipandunya ketika ini juga sebenarnya milik lelaki itu. Hanya Tuhan yang tahu betapa besar rasa bersalahnya kepada lelaki itu.

Hasratnya untuk berpindah dari Malaysia terbatal kerana surat perletakan jawatannya di Clarris Holding tidak diterima dan dia mungkin akan disaman jika tidak melaporkan diri ke pejabat. Dia tidak mahu menyusahkan Isaac lagi memandangkan jumlah yang dia mungkin perlu bayar terlalu besar nilainya. Dia tidak cukup duit untuk menampung hal itu.

"Cik Deena" tegur pengawal keselamatan yang menjaga di lot parkir itu. Wanita itu terus menarik senyuman ikhlas. Tangannya diangkat tanda hormat. Sterengnya terus diputar ke kanan dan keretanya dipandu menuju ke kotak parkir khasnya. Sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Ninja H2 R yang terparkir elok di sebelah BMW X1 nya dipandang pelik.

"Takkan Isaac datang kot?" ucapnya perlahan. Lelaki itu pernah juga mengunjunginya beberapa kali dan kebiasaannya lelaki itu memang memarkir keretanya di situ. Deena terus melangkah keluar dari kereta dan pintu lif dituju. iPhonenya dikeluarkan. Nombor Isaac didail sebaik sahaja lif berhenti ditingkat unit penthouse yang ditempatinya.

"Yes Deena?"

"You datang penthouse ke?" soal wanita itu setelah berdiri betul-betul di hadapan pintu penthouse itu. Kasut kulit lelaki berwarna hitam yang berada di luar pagar pintu itu menguatkan tekaannya.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now