BAB 54

515 30 3
                                    



———————————

Sarah terbangun mengejut. Perutnya terus dipegang. Hatinya mengucap syukur apabila ada gerakan di situ.

"Sayang" panggil wanita itu lembut. Mukhriz yang masih fokus menghadap laptopnya itu tersentak. Cepat-cepat dia bangun dari duduknya dan menghampiri isterinya. Dahi Sarah dicium lama.

"How do you feel now, sayang?" soal lelaki itu perlahan. Tangan wanita itu dipegang kemas dan diciumnya berkali-kali. Hampir lapan jam juga wanita itu tidur. Semua ahli keluarga yang lain sudah beransur pulang sejak wanita itu sedar.

"Better. Lama jugak I tidur. Kenapa you tak kejut?" Jelas kedengaran suara wanita itu yang masih serak dan lemah.

"I nak you rest. Kejap I tuangkan you air." Mukhriz terus bergerak ke sisi katil dan menuangkan segelas air buat isterinya.

"Daripada petang tadi I tak nampak Deena. Is she okay?" Soalan Sarah menghentikan pergerakan lelaki itu. Satu senyuman hambar terlukis di bibirnya sebelum dia membantu wanita itu untuk duduk. Gelas berisi itu disuakan kepada Sarah.

"Kenapa you tak jawab soalan I? Ke Deena ikut daddy balik?"

"I don't know."

"What do you mean? Ada apa-apa jadi dengan Deena ke?" Mukhriz menngeluh perlahan. Wajah isterinya dipandang lemah.

"Sayang please be transparent with me. Please" rayu wanita itu lagi. Tangan suaminya dielus lembut. Lelaki itu terus menarik nafas dalam dan tanpa menunggu lama, dia terus menceritakan segalanya. Sarah hanya diam mendengar. Sesekali jarinya naik menyeka air matanya.

"Deena mesti tertekan dengan keadaan kita sekarang. Tak apalah, nanti kita pujuk dia" balas Sarah lembut.

"Dia bukan adik I lagi" jawab Mukhriz lancar. Pandangannya dihalakan kepada tingkap balkoni wad isterinya.

"Janganlah cakap macam tu. I percaya Deena tak maksudkan pun apa yang dia kata tu. Mungkin Deena penat. Tak apalah, nanti I akan cuba cakap dengan dia" ucap Sarah lagi. Nada suaranya dikawal agar kedengaran lebih lembut. Mukhriz terdiam seketika. Wajahnya diraup beberapa kali.

"Sayang.." panggil lelaki itu perlahan.

"Yes, darling."

"Mulai hari ni, I tak nak dengar nama perempuan tu lagi." Sarah tersentak. Senyumannya mati. Empangan air mata yang ditahan tadi hampir pecah.

"But.."

"Just do what I say. Please. I keluar kejap. Nak ambik angin" celah lelaki itu dingin. Sarah terdiam lagi. Dia hanya menghantar pemergian suaminya dengan air mata yang mengalir di pipinya. Perutnya yang sarat dielus perlahan.

"Akak mintak maaf, Deena" ucap wanita itu lemah. Tangisan yang ditahan tadi berlagu sayu memenuhi ruang wad itu.

———————————

Danny menggenggam jemari ibu tirinya erat. Wajah pucat itu dielus perlahan. Dia baru sahaja selesai membacakan surah Yasin buat Datin Salma.

"Danny balik dulu ya, ma. Nanti Danny datang lagi dengan babah" bisik lelaki itu di telinga wanita tua itu. Datin Salma masih belum sedar sejak hari kemalangan itu. Dengan langkah berhati-hati, Danny terus melangkah pula menuju ke wad yang ditempati kakak tirinya. Baru dia mahu memasuki pintu lif, matanya tiba-tiba tertumpu kepada abangnya yang sedang berbicara dengan seseorang. Lelaki itu terus mendekati kedua figura itu dan tidak sampai beberapa langkah, kakinya terhenti mengejut. Matanya membulat melihat wajah lelaki yang sedang berbual dengan Niel.

"Damn you Niel!" maki lelaki itu di dalam hati. Nafasnya berdegup laju. Dia terus berpusing dan melangkah menuju ke wad Datin Salma kembali. Kerusi pelawat di situ didudukinya.

SARAH ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz