BAB 43

500 30 3
                                    


———————————

Afham memandu kereta majikannya penuh cermat. Dia memasuki halaman banglo Tan Sri Syazwan dan memarkir Hummer lelaki tua itu tenang. Baru dia mahu membuka tali pinggang keledarnya, Hadi di sebelahnya tiba-tiba bersuara.

"Lama dah kan dorang hilang?"

"Sebulan kan?"

"Kau rasa Tuan Mukhriz bawak Puan Sarah pergi mana?" soal Hadi kembali. Mereka terdiam seketika.

"Aku rasa mesti ada sesuatu yang jadi dekat dorang. Aku tak rasa dorang sengaja lari" tambah Hadi lagi.

"Wei kau tak pelik ke?" celah Afham laju.

"Apa dia?"

"Aku still tak puas hatilah dengan Faizal tu. Dia pergi mana bodo? Aku rasa dia ikut Tuan Mukhriz dengan Puan Sarah lah. Kau tengok Instagram dia, satu gambar pun dah tak pernah upload. Dulu dia rajin jugak send aku Tiktok lawak, tapi sekarang ni satu pun tak ada. Hari tu kau kata Puan Sri kata Faizal tak ada bagi notis berhenti kan? Aku rasa dia komplot dengan Tuan Mukhriz lah" ujar Afham panjang.

"Bukan Faizal aje kita tak dapat contact, Haz pun sama. Whatsapp aku dia seen je. Siot betul" balas Hadi geram.

"Silap-silap dorang sekarang kerja bawah Tuan Mukhriz" ucap mereka berdua serentak. Masing-masing terdiam seketika. Mata mereka sudah membulat dan saling bertatapan.

"Babilah dorang tu. Asal tak ajak kita? Dasar tak sedar diri, masa dalam askar dulu aku yang hari-hari bancuh milo untuk Haz tu biar dia senang berak" ujar Hadi kesal.

"Kau ingat aku tak marah ke? Faizal tu pun aku selalu bagi bekalan MRE aku sebab dia asyik lapar. Dia nak makan maggi pun aku yang tolong seludupkan. Memang tak sedar diri doh dorang tu" sampuk Afham yang juga tidak puas hati. Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan perasaan sementara menunggu Puan Sri Ruby yang menyuruh mereka datang.

"Weh, tengok tu." Afham yang sedari tadi memerhati keluar kereta terus menunjuk ke arah figura seorang lelaki bersut hitam yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi yang baru sahaja memasuki perkarangan banglo Tan Sri Syazwan.

"Tetamu Puan Sri ke?" tanya Hadi yang juga keliru. Mata mereka masih fokus melihat perlakuan lelaki misteri itu. Mujur tinted kereta yang mereka naiki itu memang tebal. Kalau tidak memang kantoi lah mereka tengah perhati.

"Macam semacam je. Tan Sri tak ada pulak pesan apa-apa pagi tadi" balas Afham bersama kerutan di dahi.

———————————

"Sayang, I pergi kerja dulu ya. You elok-elok dekat rumah ni" pesan Mukhriz lembut. Isterinya yang sedang ralit bersama iPhonenya di atas katil dirapati. Tiada sahutan daripada wanita itu.

"Sayang?" tegur lelaki itu sekali lagi. Dagu isterinya diangkat menghadapnya. Kelihatan ada air mata yang mengalir di pipi Sarah.

"Hey, kenapa menangis ni?"

"I rindu papa dan Ruby" balas Sarah penuh sebak. Mukhriz terus menarik isterinya ke pelukan. Dahi wanita itu dikucup berulang kali. Hiba yang dirasakan si isteri sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.

"I tahu you kuat, sayang. I pun rindukan mereka. Nanti kita balik sana, ya" pujuknya.

"Jangan berjanji kalau you tak boleh tunaikan. I tak suka" balas Sarah sedikit dingin. Pelukan si suami dirungkainya. Entah mengapa dia sedikit berjauh hati dengan janji yang diberikan Mukhriz.

"I love you so much, sayang. I pergi dulu. Jangan risau, Ken dan Felix akan jaga you" ucap Mukhriz perlahan. Wajahnya jelas kelihatan agak kecewa dengan pernyataan Sarah tadi. Wanita itu tidak menjawab.

SARAH ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum