BAB 52

504 27 1
                                    



———————————

Mukhriz menghempas pintu keretanya kuat. Kakinya terus laju masuk ke banglo bapa mertuanya itu. Wajahnya kelihatan serabut dan buntu.

"Macam mana Sarah boleh hilang ni Danny?" soalnya bergetar. Kepalanya diraup kesal.

"Sabar Riz. Duduk dulu" tegur Tan Sri Mahadi di situ. Dia terus menarik anaknya untuk duduk sebelum bersalaman dengan Dato' Rahman yang juga sedang berdiri di belakang anaknya.

"Danny dalam bilik tadi. Danny ingat Sarah ikut abang Riz dengan babah pergi hospital" balas lelaki muda itu cuak. Wajahnya juga sudah seperti ingin menangis.

"Kau memang tak guna lah Danny" Niel terus meluru ke arah adiknya. Belum sempat dia mahu menumbuk wajah adiknya, Deena yang berada berdekatan mereka terus menghalang perbuatannya.

"Stop it abang Niel! Jangan mengamuk tak tentu pasal. Benda dah jadi pun" celah wanita itu kuat. Wajahnya ditegangkan. Dia juga marah dengan sikap cuai Danny tapi tiada apa lagi yang mereka boleh lakukan sekarang.

"Deena jangan masuk campur!"

Niel terus menolak wanita itu ke tepi kasar. Mujur wanita itu tidak tersungkur dan sempat berpaut pada sofa di tepinya. Sekali lagi dia mencuba untuk menumbuk adiknya tapi terus dihalang oleh Isaac pula.

"Calm yourself down Niel!" jerkah Isaac lantang tanpa mempedulikan mereka yang lain.

"Sabar Niel. Sekarang ni kita tak boleh nak saling menyalahkan. Lebih baik kita focus cari Sarah" tegur Dato' Rahman keras. Bahu anaknya ditarik dan belakang tubuh itu digosoknya bersama selawat.

"Danny mintak maaf dengan semua terutama sekali abang Riz. Sumpah Danny tak tahu yang Sarah ada dekat rumah ni. Kalau Danny tau, Danny mesti akan temankan dia" ucap Danny lagi.

Dia tertunduk kesal. Mukhriz hanya mengangguk. Wajahnya diraup lagi. Dia menyesal kerana tidak membawa isterinya sekali tadi. Fikirnya wanita itu akan baik-baik sahaja.

"Any update from Inspector Alex, Haz?" soal Mukhriz setelah lebih tenang. Masing-masing masih membisu dari tadi. Ken dan Felix telah pun mengikuti Alex untuk mencari Sarah. Hanya dua orang bodyguard Isaac hang berkawal di luar rumah seperti biasa.

"Mereka masih mencari, Tuan" jawab Haz laju. Entah mengapa hatinya jadi tidak senang setelah masuk ke banglo itu. Wajah ayahnya yang menunduk itu dijeling sekilas.

"Lebih baik kita solat Maghrib dulu sekarang ni. Minta petunjuk dari Allah" cadang Ustaz Hanafi tenang. Dia memerhati di setiap penjuru banglo tersebut. Hatinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di situ. Mereka semua hanya mengangguk mengiyakan.

———————————

Deena meraup wajahnya setelah mengaminkan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hanafi. Dia duduk di saf paling belakang seorang diri kerana hanya dia perempuan yang berada di situ. Apabila Ustaz Hanafi mula membaca wirid, Deena mula merasakan seperti ada angin lalu di belakang tubuhnya. Wanita itu tersentak. Sedaya upaya dia mencuba untuk tidak menoleh ke belakang. Nafasnya yang mulai tidak teratur itu juga dibetulkan segera.

"Deena.." panggilan seram yang betul-betul ditepi cuping telinganya menyentakkan wanita itu. Terus wanita itu terjerit histeris. Kaum Adam yang duduk di saf hadapan terus berpaling mengejut kecuali Ustaz Hanafi. Wiridnya diteruskan dan paha anak lelakinya yang duduk di kirinya ditepuk. Haz terus mengangguk faham.

"Semua beri laluan. Saya mintak bantuan Tuan Mukhriz dan Tan Sri untuk pegangkan Deena sekejap" ucap Haz perlahan. Mukhriz dan ayahnya menurut patuh.

"Cik Deena macam hampir kena panic attack ni. Tuan Danny boleh tolong naik atas carikan ubat Cik Deena? Ada dalam pouch pink" arah Haz lagi. Danny tidak membantah. Langkahnya terus diatur laju untuk naik ke atas.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now