BAB 4

893 49 0
                                    


———————————

Air mata Sarah mengalir deras. Pemerah pipi yang memudar dipekatkan lemah. iPhone di tangan masih digenggam erat.

   "Sarah, what's wrong sayang?" soal Mukhriz yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Sarah terus memeluk tubuh suaminya erat.

   "Mama tak jadi datang, anak tiri dia tak sihat" ujar Sarah lemah.

Dia sudah ambil maklum bahawa adik tirinya itu menghidap penyakit jantung. Terasa tangan sasa Mukhriz mengusap belakang badan Sarah lembut. Sudah dua hari mereka sah menjadi suami isteri dan hari ini merupakan hari resepsi kami.


"Hey, its okay. At least mama dah video call kita. Janganlah macam ni sayang" pujuknya lagi.

Sarah melonggarkan pelukan dan terus berpaling ke arah meja solek kembali. Makeupnya diperbetulkan sekali lagi. Tapi air mata yang mengalir masih gagal untuk Sarah tahan. Mukhriz menarik sang isteri dan menghadapnya sekali lagi. Kepala Sarah didongakkan menghadapnya.

  "It's alright to cry, but this is not the right time dear" bisiknya seakan memujuk.

Sarah hanya mampu diam apabila jari Mukhriz menghapus air matanya.

  "It's my wedding day, my reception day, Riz. I need my mother to be with me. I nak mama tengok I naik pelamin. I anak dia Riz, I berhak untuk minta dia ada dengan I. Sarah masih teresak. Mukhriz masih mengelus wajah perempuan itu lebih lembut.

  "Everything has changed now. You kena ingat dan you perlu terima yang her step-son needs her too. At this moment, anak  tiri mama perlukan mama lebih daripada you perlukan mama. You kena faham semua tu.." Mukhriz berhenti seketika dan mengambil nafas dalam. Bibirnya didekatkan dengan telinga Sarah.

"dan sekarang.. you dah ada I dan I nak you tahu yang I akan sentiasa ada untuk you" bisik Mukhriz perlahan. Sarah tersenyum segaris. Sejujurnya dia tersentuh.


"Now you touch up makeup you, kejap lagi I suruh Deena naik" pesan Mukhriz seraya mengucup dahi isterinya sesaat. Sarah bungkam seketika.


"Riz.." seru Sarah perlahan apabila Mukhriz sudah berada di muka pintu. Dia berpaling dan sebuah senyuman dihadiahkan kepada Sarah..

  "Thank you so much" ucap Sarah sebak. Mukhriz tergelak kecil sebelum kembali mengatur langkah.

Sarah menggenggam tangannya erat. Dia perlu kuat. Satu senyuman panjang diukir penuh paksa. Perasaannya bercampur baur. Dia masih kurang yakin keputusannya saat ini.



———————————

   "Morning newlyweds, awal bangun" usik Tan Sri Syazwan mesra.

Sarah menarik satu senyuman janggal seraya terus mengambil tempat di sisi Mukhriz. Secawan air kopi Sarah serahkan pada suaminya. Tangan terus meramas rambut yang sudah terikat satu. Biarpun sudah tiga hari bergelar isteri, dia masih terasa canggung untuk tidak bertudung di hadapan Mukhriz.


"Ruby mana pa?" soal Sarah seraya menyuap sebiji karipap ke dalam mulut.


"Biasalah pagi-pagi macam ni. Kelas Yoga lah, Sarah tak nak join?"

  "Sarah kerja lah pa, Ruby kan pergi time weekdays. Kalau weekend tak apalah jugak" laju Sarah beralasan. Lagi pun kalau aku join, takkan aku nak pergi dengan mak tiri yang cuma beza 5 tahun. Riak muka menyampah dikawal sehabis mungkin. Sarah tidak mahu papanya perasan.


  "So Riz, Sarah, you all dah decide nak honeymoon kat mana-mana tak?" soal Tan Sri Syazwan lagi seraya membelek akhbar di tangannya.

   "Pa.. kan tengah cuti ni, lagi pun Khamis ni papa semua dah nak pegi Haji. Mana sempat" balas Sarah mewakili Mukhriz.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now