BAB 46

516 28 5
                                    


———————————

Puan Sri Ruby dan Puan Sri Ayda masih saling bertatapan. Susah untuk mereka berdua mencerna maklumat yang baru sahaja mereka terima ini.

"You pasti ke dengan maklumat yang you share dengan I ni? I bayar you tau, bukan you buat kerja free" soal Puan Sri Ruby serius. Wajah orang upahan di hadapannya dipandang lagi.

"Saya tak boleh paksa Puan Sri untuk percaya. Tapi boleh ke Puan Sri bagi saya motif untuk tipu Puan Sri?" balas lelaki itu tenang. Renungan kedua wanita dihadapannya dibalas dengan yakin. Wanita 30-an itu terdiam. Ada benarnya juga apa yang dikatakan lelaki upahannnya ini.

"So you nak cakap yang rumour tentang Tan Sri Syazwan pernah cuba untuk bunuh bekas isterinyai itu betul?" soal Puan Sri Ayda pula. Tangan wanita disebelahnya digenggam. Tanpa menunggu lama, lelaki itu terus mengangguk.

"Ruby, if I may ask, Tan Sri pernah..?" soal wanita tua itu kepada Puan Sri Ruby pula. Sengaja dia tidak mahu menghabiskan ayatnya. Tangannya terus membelek fail laporan kesihatan itu.

"Tak pernah, Ayda. Not even once" balas Puan Sri Ruby jujur. Logo St. Peter Hospital Psychiatry pada fail yang dibelek Puan Sri Ayda itu dipandang sekilas.

"You sure gambar-gambar ni bukan edited?" tanya Puan Sri Ayda lagi kepada lelaki itu.

"Nope. It's original dan sebenarnya semua gambar dalam sampul yang Puan Sri Ruby hantar kepada saya tu memang daripada fail ni sendiri. Saya rasa orang yang Puan Sri langgar tu memang nak Puan Sri jumpa fail ni" terang lelaki itu. Mereka semua terdiam seketika.

"If I may suggest, saya rasa Puan Sri perlu upah orang yang lebih pakar dan cekap untuk tahu lebih jauh. Memang kes ni tidak terlalu lama dan masih boleh dibongkar. Saya risau maklumat-maklumat ni hanya a tip of the iceberg" tambah lelaki itu bermaksud.

"Maksud you?" soal Puan Sri Ruby kembali.

"Mungkin ada rahsia yang lebih gelap daripada ni jika kita betul-betul selam lebih dalam. Saya ada kenalan yang mungkin boleh bantu Puan Sri kalau Puan Sri berminat."

"You tak boleh tolong?" tanya wanita itu lagi. Puan Sri Ayda turut mengangguk dan ingin bertanyakan soalan yang sama.

"Bukan tak boleh tapi daripada pemerhatian saya, this is too dark. I can't swim deeper. Saya mintak maaf" jawab lelaki itu sopan.

"Boleh I dapatkan contact kawan you tu?" pinta Puan Sri Ayda.

Lelaki itu mengangguk. Puan Sri Ruby terus menggenggam tangan Puan Sri Ayda. Entah mengapa hatinya berat mengatakan bahawa memang ada sesuatu yang pernah terjadi di antara suaminya dan bekas isteri suaminya. Matanya dipejam.

"Biar I simpan ya fail ni? Kalau you yang simpan, I takut husband you jumoa pulak" cadang Puan Sri Ayda lembut. Tangan wanita disisinya ditepuk. Dia tahu bahawa kenyataan yang baru dibentangkan di hadapan mereka ini memang berat untuk dicerna.

———————————

Deena terjaga apabila tekaknya tiba-tiba berasa dahaga. Matanya yang pedih dipaksa untuk dicelikkan. Dia melihat sekeliling. Matanya terus menangkap tubuh Isaac yang sedang lena di sisi katilnya dalam postur duduk. Lengan kirinya yang dicengkam lelaki itu tadi memang sudah melebam biru. Melihatkan ada jarum yang melekat di tangan kanannya, tahulah dia yang dia kini berada di hospital. Deena melepaskan keluhan perlahan.

"Isaac.." panggil Deena serak.

Dia mencuba untuk duduk tapi kepalanya masih terasa berat. Shawl yang diletakkan di atas kepalanya dipegang. Ini bukan shawl yang dipakainya tadi. Mungkin Bonda Maya atau nurse di sini yang menggantinya.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now