BAB 14

563 31 3
                                    


——————————

Sarah tersandar di pintu rumahnya lelah. Kereta Mukhriz baru sahaja meninggalkan perkarangan rumah mereka. Perasaan sakit hati tadi datang lagi. Nasib baik lah si Tikah tu Mukhriz tak ajak masuk dalam bilik scan baby sekali, kalau dia ajak, hmm.. tak tahulah dia nak cakap macam mana lagi. iPhonenya menjerit tiba-tiba.

"Assalamualaikum, mommy to be. Tengah buat apa tu?" sapa Deena ceria ditalian. Sarah menarik senyum segaris.

"Waalaikumsalam, aunty diva to be. Kak Sarah baru sampai rumah ni, tadi pergi scan baby lepas hantar mama dan Niel."

"Abang mana? Daddy ajak family dinner malam ni. Deena call abang tapi  tak berangkat, tu yang Deena call kak Sarah."

"Tak boleh lah Deena, kaki akak kebas sikit ni. Tadi tunggu abang lama dekat KLIA, dia terlupa

nak ambik. Abang kat rumah family Tikah ni, dia dinner sana" jujur Sarah.Deena terdiam lama ditalian.

"Kalau macam tu biar Deena je lah ambik kak Sarah, kak Sarah siap-siap, ya. Nanti solat kat rumah daddy aje" ajak Deena lembut. Air mata Sarah tiba-tiba jatuh setitis.

"No thanks je lah Deena. kak Sarah tak larat lah. Kaki kebas, nak rest je kat rumah. Lagi pun abang kan tak ada, kak Sarah malas nak join. Ajak lah Zael and Shaz ya."

"Abang Zael dengan kak Shaz memang join. Ala kak Sarah, tak fun lah kalau kak Sarah tak ada. Lagi pun nanti kak Sarah nak dinner apa? Kan abang tak ada."

"Kak Sarah order je lah pizza, tak payah risau sangat lah Deena."

"Tak apa lah kalau macam tu. Kak Sarah take care okey."

"Alright. Thanks Deena" suara Sarah sudah bertukar sebak. iPhonenya terus dijauhkan daripada telinga sesaat dan dia menarik nafas berat.

"You don't hear well. Deena teman kak Sarah lah malam ni, ya?"

"Deena, I'm okay. Penat sikit, tu je. Have fun okay, kirim salam kat semua."

Talian cepat-cepat  dia matikan. Baru sahaja dia hendak membuka pintu rumah, satu mesej masuk ke dalam iPhonenya.

Tikah: I win Sarah, I win! Riz, I punya.

Sarah tersentap. Dada yang berombak kencang diusap lelah. Matanya dipejamkan dan mindanya dia cuba untuk kosongkan seketika agar oksigen dapat masuk ke dalam paru-paru. Matanya masih kaku merenung mesej itu. Sarah cuba membaca ayat itu sekali lagi. Memang mesej ini daripada Tikah. Nafasnya turun naik dan jantungnya masih berombak kencang. Sarah berpaut pada pintu rumahnya lama. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dia baca. Ya Allah..

——————————


"Kak Sarah cakap apa Deena?" soal Puan Sri Ayda seraya melabuhkan duduk disisi anak daranya itu.

"Kak Sarah tak nak join, abang tak ada kat rumah" jawab Deena kelat.

"Abang pergi mana?"

"Abang pergi rumah family Tikah nak beramah mesra, dinner sekali kat sana. Dah gila agaknya abang tu. Rumah perempuan gatal tu jugak dia nak pergi" ucap Deena acuh tak acuh. Puan Sri Ayda terus menepuk paha anaknya kuat.

"Tikah? Kenapa Tikah boleh ada balik ni? Kenapa kak Sarah tak ikut sekali?" soal wanita tua itu serius. Wajahnya mulai menegang.

"Syarikat Tikah sekarang rakan kongsi Clarris Holding, Tikah yang jadi wakil syarikat dia. Sekarang ni kita tengah bekerjasama untuk satu projek besar, so abang memang hari-hari jumpa Tikah. Kak Sarah tak ikut sebab dia kata kaki dia kebas, tak larat nak ikut. Kak Sarah kata abang lupa nak ambik dia kat KLIA tadi. Mama kan balik hari ni" jawab Deena dengan nada menyampah.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now