BAB 60

594 26 3
                                    



———————————

Deena melangkah dengan lebih laju. Hatinya masih rapuh dan dia tahu dia tidak akan kuat melihat wajah tua itu. Dia juga tidak sangka akan terserempak dengan ibunya di situ.

"Deena, Deena tak sudi ke tengok muka mummy lagi?" Soalan Puan Sri Ayda yang masih berusaha menyaingi langkah anaknya.

"Deena please, bagi peluang untuk mummy cakap." Langkah wanita muda itu semakin perlahan dan dia berhenti dengan hati yang sebak.

"Yes, Puan Sri." Puan Sri Ayda memegang dadanya sebak.

"Mummy tak pernah buang Deena. Call me mummy, sayang" ucapnya lirih. Tangan anaknya dicapai dan diciumnya. Mata Deena sudah berkaca.

"Mummy nak cakap apa?" tanya wanita itu sedikit bergetar. Pandangannya ditundukkan.

"Maafkan mummy sebab tak dapat nak lindungi Deena. Daddy tak bermaksud nak buat Deena macam tu. Maafkan daddy ya, nak."

"Deena dah tarik report tu. Apa lagi yang tak cukup?" Puan Sri Ruby sudah hampir teresak. Anaknya sedikit pun tidak memandang wajahnya.

"Balik lah rumah kita, sayang. Mummy rindu sangat dengan Deena."

"Itu bukan rumah Deena, my. Deena pun dah tak lama dekat sini. Maafkan Deena" balas Deena masih dingin. Pegangan tangan si ibu, dia lepaskan perlahan-lahan. Langkahnya dibuka untuk menjauhi permaisurinya itu.

"Kenapa Deena buat mummy macam ni? Deena tak sayang mummy ke?"

Deena tidak membalas. Dia terus berjalan menjauhi Puan Sri Ayda. Hatinya meronta untuk menoleh tetapi apakan daya, dia tidak mahu berharap kepada sesiapa lagi.

"Deena please" rayu wanita tua itu lagi. Terkial-kial juga dia mahu mengejar langkah si anak.

BAMMMM!!!

"Deena!!!"

Jeritan Puan Sri Ayda mengejutkan semua orang awam di situ. Deena menoleh. Kakinya perlahan-lahan jatuh ke tanah. Darah yang membuak-buak keluar dari mulut Puan Sri Ayda benar-benar menakutkannya. Hampir tiga puluh saat juga dia bungkam sebelum dapat memberi reaksi.

"Mummy!!!!" jerit wanita muda itu sekuat hati sebelum terus mendapatkan ibunya. Kepala wanita tua itu diribanya dengan tangan yang terketar-ketar.

"Tolong!! Tolong ibu saya!!" teriaknya lagi. Air matanya tidak terkeluar kerana terlampau terkejut. Rohnya bagai terbang meninggalkan jasadnya.

"Sayang!!" Tan Sri Mahadi terus mendapatkan isterinya. Mukanya tegang menahan marah kepada wanita yang sedang memangku kepala Puan Sri Ayda yang sudah tidak sedarkan diri.

"Kau memang sial Mardeena!!"

Satu penampar hinggap di pipi anaknya. Deena tidak melawan, kepalanya terus terteleng ke kiri. Wajahnya yang masih sakit kerana tamparan tempoh hari bertambah sakit kerana tamparan yang baru ini tetapi wanita itu masih tidak menangis. Dia memandang kosong pemergian ayahnya yang sedang menggendong ibunya pergi. Puan Sri Ayda dimasukkan ke dalam kereta Vellfire hitam yang dipandu Buya.

———————————

"It's okay, Shaz. Come here."

Sarah terus memeluk bahu wanita di sisinya yang masih menangis sedari tadi. Hampir setengah jam juga mereka menunggu di dapur itu. Sesekali Sarah bangun menjenguk ke ruang tamu. Bunyi siren kereta polis juga sudah berhenti namun kelibat suami-suami mereka masih belum muncul. Perutnya diusap.

"Sayang!" Mukhriz terus mendapatkan isterinya. Tubuh wanita itu diperiksa dan didakap erat bersama nafas yang kurang teratur.

"Are you okay?" soal lelaki itu cemas. Sarah mengangguk.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now