BAB 44

498 29 7
                                    


———————————

"Kenapa Puan?" soal Ken lembut. Wajah risau isteri majikannya jelas kelihatan.

"Saya tak dapat call husband saya. Haz pun tak dapat. Awak tahu mana dorang sekarang?" tanya Sarah kembali. Ken dan Felix berbalas isyarat mata. Mereka berdua serba salah untuk berterus terang.

"Ken? Felix? Saya tanya ni" ucap wanita itu lebih keras.

Jam di dinding dijelingnya lagi. Sudah hampir pukul 1 pagi tetapi satu perkhabaran tentang suaminya satu pun belum diterima. Biar pun pagi tadi dia sendiri yang memarahi Mukhriz, dia tetap risau akan keselamatan suaminya.

"I hate to repeat myself. Jawab soalan saya. Anyone?" kali ini kata-kata Sarah sudah berbaur tengkingan. Wajah Ken dan Felix dipandang silih berganti.

"Bawak bersabar Puan Sarah, Puan duduk dulu. Ada perkara yang kami nak sampaikan" runding Felix tenang. Sarah menurut. Perutnya yang membuncit dipegang.

"Apa dia?"

"Saya harap Puan boleh bersabar, sebenarnya masa Tuan Mukhriz, Haz dan Ziq dalam perjalanan pagi tadi, kereta mereka dikepung. Kami telah hantar pasukan kami untuk rescue mereka. Cuma buat masa sekarang ni masih tiada update. Puan jangan risau, kami akan maklumkan info terkini kepada Puan secepat mungkin" balas Felix masih dengan nada yang tenang. Wajahnya masih diseriuskan.

"Wait, what? Apa awak cakap ni Felix?"

Mata Sarah terbuka luas. Detak jantungnya sudah berdegup tidak normal. Empangan air matanya hampir pecah.

"Betul Puan, Tuan Mukhriz mungkin diculik. Tapi Puan jangan risau, kami percaya mereka selamat sebab kereta Tuan memang kosong sewaktu rescue team sampai tadi dan tiada kesan darah pada kereta tersebut. Tiada juga kesan pecah masuk. Ini bermakna mereka bertiga keluar daripada kereta dengan sukarela memandangkan tiada cap jari sesiapa di kereta tersebut melainkan mereka" tambah Ken pula. Sarah sudah mulai menangis. Kepalanya juga sudah berdenyut.

"Ya Allah. Ujian apa pulak ni.." ucap Sarah perlahan. Tangisannya mula berlagu lebih kuat. Matanya dihalakan kepada dua orang lelaki itu. Pandangannya redup dan penuh pengharapan.

"Tolong selamatkan mereka Ken, Felix. Saya merayu pada kamu berdua. Tolong selamatkan suami saya."

Sarah terus turun daripada sofa dan melutut di hadapan Ken dan Felix. Wanita itu sudah separuh meraung. Kedua lelaki itu terus bungkam dan tidak mampu berkata-kata.

"Baik Puan, kami akan cuba sedaya upaya kami. Puan jangan risau, rescue team kami adalah yang terbaik. Saya pasti mereka akan jumpa Tuan Mukhriz dan yang lain tidak lama lagi" pujuk Felix seraya menarik Sarah bangun. Dia jatuh simpati melihat wanita mengandung itu.

"Betul tu Puan. Kami pasti mereka akan ditemui tidak lama lagi" celah Ken laju. Dia juga sedang mencuba untuk menenangkan isteri majikannya itu.

Sarah masih tetap menangis. Dia berpaut pada sofa dan melepaskan lagi tangisannya di situ. Ken dan Felix masih setia di situ. Mereka tidak berani untuk menyentuh wanita itu kerana mereka tahu Sarah beragama islam dan bertudung. Biarpun mereka berdua memegang kepercayaan yang lain, mereka tetap tahu batasan agama Islam dan semestinya harus tetap bersikap profesional kecuali jika berada di dalam keadaan darurat. Setelah hampir dua puluh minit menangis, Sarah pun terlena di sofa itu.

"Macam mana nak alihkan Puan Sarah ni?" soal Ken polos.

"Kau ambikkan selimut dalam bilik. Kita biar Puan Sarah baring di sini. Lagi pun sofa ni nampak selesa" cadang Felix perlahan. Tidak mahu wanita di hadapan mereka itu terjaga.

Ken mengangguk setuju dan terus melangkah ke bilik tidur yang berdekatan. Felix menarik nafas dalam. Nombor seseorang didail. Wajahnya masih diseriuskan.

SARAH ✔️Место, где живут истории. Откройте их для себя