BAB 58

503 31 3
                                    



———————————

Isaac memandang wajah beku Deena yang kini berada di hadapannya. Wanita itu hanya berdiam diri setelah wanita itu selesai memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan kejadian tempoh hari. Cermin mata hitamnya dipakai lebih kemas.

"Jom Deena. Kita balik rehat" ajak lelaki itu lembut. Lengan wanita itu ditepuknya perlahan. Deena tidak membantah. Baru sahaja mereka melangkah keluar dari balai polis Bukit Aman itu, berpusu-pusu wartawan yang telah lama menunggu di luar merapati mereka.

"Maaf Cik Mardeena, betul ke rumour yang mengatakan bapa Cik telah mencederakan Cik di kediaman beliau tiga hari yang lepas?" soalan mengejut salah seorang wartawan itu menyentakkan Deena dan Isaac. Kedua bodyguard lelaki itu terus bergerak ke hadapan melindungi wanita dan lelaki itu.

"Betul ke Encik Mukhriz Arrayan dan Puan Sarah Sorfina, pewaris tunggal Clarris Holding kini berada di Florida?"

"Dato Isaac Dazrique ini kekasih Cik Mardeena ke?"

"Apa komen Cik tentang kehilangan Encik Mukhriz dan isterinya?"

Soalan-soalan wartawan-wartawan itu menarik senyuman sinis Isaac. Wajanya dikawal.

"This is my lawyer's card, you can contact him for further information. In the meantime, please excuse us. Thank you" ucap lelaki itu tenang.

Dia terus menarik Deena dekat dengan tubuhnya dan membantu wanita itu untuk memasuki kereta yang sudah terparkir dekat dengan pintu masuk itu. Usai mereka membolosi kereta mewah lelaki itu, Deena terus menarik lengannya yang sedari tadi dipegang Isaac. Dia berpeluk tubuh dan terus bersandar ke kusyen kereta itu.

"I nak pindah dalam masa terdekat ni" ucap Deena perlahan. Air matanya jatuh setitis.

"You nak pergi mana? I tolong carikan rumah ya" pelawa Isaac ikhlas. Tubuh Deena yang semakin susut itu dipandang.

"You dah banyak tolong I, Isaac. Biarlah I belajar berdikari pulak. Kang semua benda I nak harapkan you" balas wanita itu bersama ketawa yang dibuat-buat. Wajah Isaac masih seperti tadi. Dia menarik nafas panjang.

"You know I can protect you at all cost kan Deena?"

"You yakin you mampu?"

"Of course."

"Marry me then. Make me your queen." Isaac tersentak. Wajah Deena dipandang sekilas.

"Untuk tu I tak boleh, Deena." Wanita itu tergelak sinis.

"I know. I just want a confirmation. I know you hate a long-term commitment."

Isaac terdiam lagi. Kedua bodyguardnya di tempat duduk hadapan yang sedari tadi mencuri dengar dijelingnya tajam. Cepat-cepat kedua lelaki itu mengubah posisi duduk dengan lebih tegak. Laju juga jantung mereka berdetak. Bukan mereka tidak tahu sikap 'gila' majikan mereka itu. Peratus untuk mereka dipecat pada saat itu adalah 99.9%.

———————————

Mukhriz meletakkan mug berisi air susu di tepi katil biliknya itu. Kejadian di hospital pagi tadi bukan sahaja memberi kesan kepada Sarah tetapi dirinya sendiri. Tindakan melulu wanita tua itu benar-benar mengejutkan semua pihak dan kerana itu jugalah dia membawa Sarah kembali ke beach housenya.

"Sayang, I ada bancuhkan susu untuk you. Minum sikit ya" pujuk Mukhriz lembut. Dahi isterinya dikucup lama.

"You.." panggil wanita itu kembali. Matanya yang basah kerana air mata dihalakan memandang suaminya.

"Yes, my love." Rambut Sarah dielus Mukhriz.

"You takkan buang I kan?" soal si isteri penuh sebak. Mukhriz tersenyum hambar. Dia pasti isterinya masih trauma dengan kata-kata ibu mertuanya tadi. Jari kasarnya naik menyeka air mata di pipi wanita yang dicintainya itu. Renungan redup Sarah dibalasnya dalam.

SARAH ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora