BAB 65

616 30 2
                                    



———————————

"What the fuck are you doing here?!" jerit Deena kuat. Jantungnya sudah berdegup laju. Niel hanya menayang wajah selamba. Kuah mi di dalam maggie cup di tangannya dihirup tanpa perasaan.

  "Deena ni memang tak masak ke? Takkan ada maggie cup je" balas lelaki itu selamba.

  "Macam mana abang Niel masuk rumah Deena ni? Bila abang Niel balik sini? Apa abang Niel buat dekat sini? Abang Niel nak rogol Deena ke?" soalan terakhir Deena menyentakkan lelaki itu. Cepat-cepat tangan wanita itu ditarik masuk ke dalam penthouse wanita itu.

"Ya Allah!! Mengucap abang Niel!!" teriak Deena lagi. Pegangan tangan lelaki itu direntap kuat.

"Niel! Deena! Apa bising-bising ni?" celahan Puan Sri Ruby yang datang dari arah dapur menyentakkan mereka berdua. Deena terus berlari dan berlindung di belakang wanita itu.

"Abang Niel cuba buat benda tak elok dekat Deena, aunty" adu Deena bersungguh-sungguh. Niel hanya menjelingnya sekilas.

"Tak adalah. Niel sengaja usik Deena tu" balas wanita lebih tua itu bersama tawa kecil. Bahu Deena ditepuknya sebelum mereka bersalaman.

"Eh wait, apa korang buat dekat sini? Macam mana boleh masuk rumah Deena?"

"Come, duduk dulu. We can explain" balas Puan Sri Ruby lembut. Senyuman manis ditariknya.

"Kalau betul pun nak pecah masuk, simpanlah kasut dekat dalam. Buat Deena terkejut je" perli Deena lagi. Lengan Niel dicubitnya kuat. Lelaki itu tidak membalas. Hanya pandangan yang sukar ditafsirkan diberi kepada Puan Sri Ruby apabila mereka sudah duduk di sofa penthouse itu. Belum sempat Niel mahu membuka mulut, pintu rumah itu terus ditendang kuat dari luar.

"Deena??!" Sergahan Isaac menyentakkan mereka semua.

"Apa jadi ni? Niel? Puan Sri?" wajah bingung Isaac jelas kelihatan. Deena hanya mengangkat bahu.

"Duduk dulu Isaac. This is very important" balas Puan Sri Ruby serius.

———————————

"Puan okay?" soal Haz lembut. Sarah tersentak. Air mata yang hampir kering di pipinya dihapus laju.

"I'm fine. Husband saya mana?"

"Tuan ada dengan Felix dekat dapur. Baru nak breakfast. Puan dah makan?"

"Saya tak ada selera, Haz. Badan rasa tak sihat sangat hari ni" balas Sarah seadanya.

"Kalau macam tu kita ke hospital lah. Puan pun dah sarat sangat ni. Kalau nak stay dekat dalam ward pun okay dah saya rasa."

"It's okay Haz. Biasalah badan orang mengandung ni. Kejap sihat kejap tak. I'm fine. Don't worry."

"Jangan macam tu Puan. Risau saya tengok Puan macam ni." Sarah tidak membalas. Matanya diliarkan memandang sekeliling.

"Haz, saya ada benda nak tanya. Awak ada nampak apa-apa ke yang follow husband saya?" tanya Sarah seperlahan mungkin.

"Saya baru nak check Tuan pagi ni. Tapi sejujurnya saya rasa macam ada yang tak kena."

"Maksud awak?"

"Puan ada nampak Tuan solat ke pagi tadi?"

"Husband saya tak tidur dalam bilik malam tadi. Pagi tadi pun dia masuk lepas subuh dah habis." Haz hanya mengangguk.

"Kenapa awak tanya?"

"Saya dah lama tak nampak Tuan solat. I mean sejak Tuan balik sini, saya langsung tak nampak dia solat. Kalau sebelum-sebelum ni, selalunya adalah jugak nampak Tuan pakai kopiah ke apa masa keluar bilik waktu subuh" jujurnya tanpa selindung. Sarah tidak terus membalas. Wanita berbadan itu mengeluh perlahan.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now