BAB 15

637 34 3
                                    

——————————

"Kau okey, bro?" sapa Zael seraya melabuhkan duduk disisi sepupunya.

Mukhriz mengangkat muka sesaat sebelum kembali menghadap Macbooknya. Isaac yang sedari tadi menghadap akhbar juga cuma mengangkat muka sesaat.

"Ada problem ke dengan Sor?" tanya Isaac pula.

Mukhriz meregangkan badannya sedikit sebelum bersandar pada sofa lobi resort yang mereka inapi.

"Aku okey."

"Tak payah membongek lah. Aku kenal kau sejak azali weh. Kau asal? Masa main game tadi pun tak semangat."

"Sarah tak jawab call aku langsung."

Zael dan Isaac tergelak serentak.

"Tak payah gelakkan aku lah, aku serius ni. Aku risau" ujar Muhriz tegang.

"Shaz ada call aku tadi, diorang ada kat KLCC sekarang. Tengah 'Girls Day Out', tadi bodyguard-bodyguard uncle pun ada join tapi dah balik dah, yang tinggal Cuma Haz dengan Faizal je" balas Zael tenang. Mukhriz menarik nafas panjang.

"Mardeena ada sekali ke bro?" soal Isaac pula.

"Ada sekali."

  Isaac terus membelek iPadnya dan terus membuka aplikasi dan mencari akaun Instagram adik kawannya itu.

"Tapi makin lawa Deena tu. Aku tak perasan pulak dia lawa macam tu" ucap Isaac tanpa sedar.

Mukhriz terus menampar bahu kawannya kuat.

"Tak payah game adik aku lah, Isaac. Cari perempuan lain, dia ni baik" sampuk Mukhriz keras.

"Aku rasa aku suka dia lah."

Zael terus menayang wajah menyampahnya.

"Semua orang kau suka, Isaac. Wakil Press Corporation tadi tu pun kau suka kan?" bidas Zael mudah.

"Tapi Deena ni lain sikit.."

"Jangan game dia lah, bro. Takkan adik member pun kau nak game" balas Zael lagi.

"Sumpah aku bukan nak game dia" balas Isaac bersungguh-sungguh.

"Tapi bro, adik aku tak suka kau" ucap Mukhriz separuh berbisik seraya terus meninggalkan mereka berdua di ruang lobi.

  Isaac menarik nafas berat dan Zael terus tergelak mengejek.

Mukhriz terus menuju ke biliknya. Sempat juga dia membelek iPhonenya dan memerhati 'last seen' isterinya. Dia menarik nafas berat. Baru sahaja dia melangkah masuk ke bilik, iPhonenya menjerit kuat.

"Hi" suara lembut isterinya menyapa ditalian.

"Hm, kenapa?"

"Tanya I pulak, you yang missed call I." Mukhriz melepaskan keluhan lagi.

"You tak cakap dengan I pun you nak keluar dengan diorang kat KLCC. Kenapa tak jawab call I tadi?"

"I termute tadi, I lupa nak bagi tahu you. Sorry.." Mukhriz senyap sesaat.

"You kat mana sekarang ni?"

"I dah sampai rumah mummy dah, Deena tak bagi I angkat beg so dia pergi hantar dulu. I dekat garaj lagi ni."

"You mana boleh angkat benda berat-berat."

"Best tak kat sana?"

"Biasa je."

SARAH ✔️Where stories live. Discover now