BAB 28

548 35 7
                                    


————————

"Siapa orang-orang tadi tu nek?" soal Izabelle angkuh.

Bonda Maya yang sedari tadi memerhatikan pakaian cucunya menggeleng perlahan. Baju crop top jarang dan seluar pendek wanita muda itu dipandangnya geram.

"Belle tak ada pakaian yang lebih sopan ke nak pakai? Berapa kali nenek nak pesan, nenek tak suka Belle pakai baju macam ni" balas wanita tua itu tegas.

Izabelle membuat muka. Dia menjeling neneknya sekilas sebelum dengan selamba bersandar di sofa.

"Panggil Izabelle, Izabelle nek. Jangan panggil Belle. Bunyi kampung" ucap wanita itu dingin. Wajah meluat ditayangnya. Sungguh kurang sopan.

"Kampung apanya? Sedap apa nama Belle tu."

"Lantak nenek lah. Siapa orang-orang tadi tu?" tanya wanita muda itu sekali lagi.

"Itu kawan-kawan Dazrique. Belle jangan buat hal pula depan mereka. Itu tetamu Dazrique" pesan Bonda Maya penuh ketegasan.

"Dazrique tak stay sini ke? Lama Belle tak jumpa dia" ucap Izabelle bersama senyuman gatal. Neneknya sudah menggeleng kepala. Dia tahu cucunya itu sudah lama menyimpan perasaan kepada pemilik rumah agam itu.

"Dazrique dah balik Malaysia dah. Kamu jangan nak buat perangai pelik kamu dekat sini, ya. Jaga air muka nenek" balas wanita tua itu berbaur amaran. Izabelle hanya menjulingkan matanya ke atas.

"Kenapa kawan-kawan dia tak ikut balik?"

"Nenek pun tak tahu sangat. Apa yang nenek tahu, mereka tengah nak lindungi Sarah."

"Siapa Sarah?"

"Kawan Dazrique yang tengah mengandung tu. Baik budaknya, cantik pula tu."

"Mengandung? Silap-silap perempuan tu mengandungkan anak Dazrique, sebab tu Dazrique beria nak tolong dorang" ujar Izabelle tanpa bertapis. Bonda Maya tersentak. Lengan cucunya dicubit kuat sehingga wanita itu menjerit kesakitan.

"Kamu jaga sikit mulut, ya. Sarah tu dah bersuami, Mukhriz namanya. Jangan nak bawak fitnah dekat sini" marah wanita tua itu.

Izabelle hanya menjeling neneknya. Lengannya diusap perlahan. Dia cuba mengingati ayatnya sebentar tadi. Tanpa sedar, hatinya berdenyut geram. Macam mana kalau Sarah itu memang perempuan simpanan Dazrique? Izabelle meraup wajahnya geram. Dazrique hanya miliknya.

————————

Isaac menghela nafas berat. Deena yang sedang termenung di sisinya dipandang.

"Isaac.."

"Hm.."

"I boleh datang jenguk dorang lagi ke lepas ni?" soal wanita itu perlahan. Suaranya sedikit serak kerana banyak menangis. Isaac terdiam seketika. Dia menelan air liurnya pahit.

"Boleh. Tapi bukan dalam masa terdekat ni" balas lelaki itu juga perlahan. Deena terus berpaling menghadapnya.

"You janji akan lindungi I kan?" Mata wanita itu sudah berkaca. Isaac melepaskan keluhan lagi. Pandangannya yang tadi bertemu dengan Deena dihalakan ke arah lain.

"I will."

"I takut.."

Tangisan Deena mulai kedengaran. Kedua tangannya diangkat menutupi wajahnya. Esakannya ditahan dan bahunya terhinjut-hinjut. Isaac terkaku di tempat duduknya. Ini kali ketiga dia melihat wanita itu menangis sebegitu.

"I takkan biar orang sentuh you, Deena. Jangan risau" ucapnya yakin. Sapu tangan di kocek seluarnya dikeluarkan dan diberikan kepada wanita itu. Deena menyambut. Tangisannya terhenti setelah setengah jam. Isaac mengintai ke sisinya apabila esakan wanita itu tidak lagi kedengaran. Isaac tersenyum segaris. Deena sudah terlena.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now