BAB 5

881 51 0
                                    


————————————

Ketukan di pintu mengganggu fokus Sarah untuk kembali menyemak report yang baru di hantar Haslina tadi. Sarah menarik nafas dalam.

"Yes, come in." Kelihatan wajah Deena yang sudah tersenyum sumbing.

Sarah membalas senyumannya wanita muda itu. Selalunya Haslina mesti akan memberitahunya dulu jika ada klien yang datang. Maknanya kalau tak ada makluman daripadanya, mesti orang yang ketuk pintu tu Haslina sendiri, Deena, Tan Sri Syazwan, Tan Sri Mahadi atau Mukhriz sahaja.

"Yes, darling" sapa Sarah mesra.

"You won't believe me!" suaranya bertukar serius. Sarah terus menukar posisi duduk tegak. Deena ni mesti datang bawa gosip.

"Have a sit, Deena. What happen?" soal Sarah penuh minat.

Deena menggeleng kepala lemah. Sarah terus bangun dan mengusap bahu Deena lembut. Wajah Deena jelas kelihatan cuak.

"Your beloved husband jadi 'singa lapar' datang department Deena tadi. Scary gila" luahnya perlahan.

"Kenapa Riz marah?"

"Entah abang tu, tiba-tiba mengamuk. Hish! Geram Deena! Dah lah tiba-tiba datang marah-marah. Lepas tu menjerit satu department. Malu gila Deena tadi! Sumpah malu gila!" jelas Deena tidak puas hati. Jelas ketara riak menyampah di wajah Deena. Sarah mengerutkan dahi.

"Dia period ke pagi tadi?" soalan Deena yang tidak masuk akal menggamit tawa Sarah.

"Amboi Deena, I tahulah you tengah sakit hati. Tapi boleh tak you tanya soalan logik sikit. Mengarut jelah Deena ni.."

Deena membuat muka tak kisahnya. Dia terus membuka kasut dan duduk bersimpuh di atas sofa tenang. Mentang-mentang dalam ofis kakak ipar dia, suka hati je buat apa-apa.

"Berbalik pada kisah tadi, kenapa Riz mengamuk?" tanya Sarah ingin tahu. Seriau juga membayangkan amukan Mukhriz.

"Entah abang tu, dia marah kut sebab Deena geledah bilik dia malam tadi. Orang usik barang dia sikit je pun, dah nak gelabah macam nak mati. Bukannya ada dadah pun dalam bilik dia tu" ujar Deena tanpa riak. Sarah tergelak kuat. Heh, aku ingat apa bendalah dia dah buat.

"Yang Deena pandai sangat pergi geledah bilik Riz tu kenapa?"

"Deena cuma nak cari kayu golf abang je malam tadi. Daddy kan dah nak fly esok, daddy suruh Deena ganti daddy pergi main golf dengan klien. Masa tengah cari tu, Deena terjumpa baju kemeja pink abang yang Deena belikan dulu. Everyone knows that he hates pink. Deena saja nak mengusik so Deena tangkap gambar baju tu and posted it on our whatsapp group. Deena terlupa uang abang is one of the participants too" jelasnya lagi. Sarah terus tergelak lebih galak. Habis keluar air matanya kerana gelak terlalu tak 'senonoh'.

"Sukanya gelakkan orang" perli Deena seraya menjeling kakak iparnya sekilas. Sarah menepuk bahu Deena perlahan.

"Okay, I stop now. So Deena, apa lagi. Pergilah minta maaf" saran Sarah setelah berjaya mengawal tawanya. Dia memang susah nak berhenti ketawa bila dah ter 'gelak' seperti tadi.

"Takutlah. Kak Sarah yang tolong boleh?" Deena menolak lengan Sarah bersama muka gediknya.

"Dah cari masalah, sendiri mahu ingatlah. Takkan kak Sarah pulak yang kena minta maaf. You lah yang kena minta maaf, you yang cari masalah. Apa kata Deena pergi pujuk sekarang, kang makin susah nak pujuk. Deena tahu kan, abang Deena tu lambat sikit sejuknya" balas Sarah lembut.

"Tapi abang dah malukan Deena tadi. Malu Deena bila dia jerit-jerit dekat dalam office Deena tadi. Tak sure lah staff lain dengar ke tidak tapi kuat betul suara abang. Habislah jatuh air muka Deena depan semua staf Deena. Lagi pun Deena post gambar tu depan family kita je, bukan depan stranger pun. Dia yang lebih-lebih marah Deena" adu Deena seperti mahu mengangis. Sarah menarik senyum panjang.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now