BAB 31

535 34 9
                                    

* Sikorsky S-76B ⬆️
————————

"Sayang?"

Sarah tersentak. Tangannya terus mengaminkan doa yang dibaca suaminya tadi. Entah bila lelaki itu berhenti membaca doa pun dia tidak pasti.

"Ingatkan nak tadah tangan sampai lusa" usik Mukhriz nakal. Huluran tangan Sarah disambut dan ubun-ubun wanita itu dikucup.

"I tak perasan lah. Sorry" balas wanita itu perlahan. Dia menarik nafas perlahan.

"Riz.."

"Yes, sayang."

Sarah terus menarik tangan suaminya dan dibawa ke dahinya.

"I mintak maaf kalau I ada buat you terasa dengan kata-kata I. I cuma tak suka you berahsia dengan I. I mintak maaf ya, Riz" ucapnya lembut. Tangan lelaki itu juga dikucup. Mukhriz menyimpan senyum.

"Kalau I tak nak maafkan?"

"You kena maafkan jugak."

"Mana ada orang mintak maaf sebab terpaksa."

"Ada."

"Siapa?"

"You."

Mereka tergelak lepas. Mukhriz terus menarik isterinya ke dakapan. Kepala Sarah yang masih berbalut telekung diusapnya lembut.

"I maafkan you, sayang. I pun mintak maaf kalau perbuatan I menyakitkan you. I sayang you. I cintakan you" ujar lelaki itu romantis.

Sarah menarik senyum panjang. Air matanya mengalir tenang.

"Tapi I ada satu permintaan untuk you."

"You nak mintak apa, Riz?"

"Stop calling me, Riz."

Sarah terdiam seketika. Satu senyuman manis terukir dibibirnya.

"Okay, sayang" balas wanita itu lembut. Suaminya juga turut tersenyum. Bibir lelaki itu singgah di pipi isterinya dan kemudian bibir Sarah lama. Masing-masing mengucap syukur di dalam hati.

————————

"Thanks Isaac" ucap Deena sekali lagi. Lelaki itu hanya menjeling sekilas. Entah ke berapa kali wanita itu mengucapkan perkataan yang sama.

"I mintak maaf sebab banyak susahkan you" tambah wanita itu lagi.

"Don't thank me. I ikhlas."

"So bila I boleh jumpa abang dan kak Sarah lagi?" Isaac menyimpan senyum.

"Oh, you baik-baik dengan I ni sebab benda ni lah ya?" usik lelaki itu.

"Eh, mana ada. I betul berterima kasih dekat you. Thank you so much. Thank you for everything."

Deena terus berpaling menghadap lelaki yang sedang memandu itu dan melemparkan senyuman manisnya.

"You dah banyak ambik cuti, Deena. Takkan you nak cuti lagi" balas lelaki itu lebih serius.

"I dah bagi tahu daddy yang I nak masa untuk tenangkan diri. Daddy sendiri yang suggest untuk I bercuti dulu."

"I boleh bagi you pergi, tapi.."

"Tapi apa?" soal wanita itu pantas. Sengaja mahu memintas percakapan lelaki itu. Isaac tergelak kecil.

"Tapi I tak boleh nak ikut tau. Weekend nanti baru I boleh datang jemput. You boleh pergi sorang?" terang lelaki itu.

"Sure, Isaac. Mesti lah boleh. Tapi boleh tak I nak tahu rumah you tu dekat kawasan mana? Sebab I kena beli flight ticket. I tak tahu nak turun airport mana" pinta Deena polos.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now