BAB 11

585 39 5
                                    

——————————

"Haslina, can I ask you some questions?" soal Sarah memecah kesunyian apabila mereka berhenti di kawasan rehat RnR untuk berehat seketika.

"Yes sure, what is it boss?"

"I bukan nak menyibuk, but it seems like you have a problem with you father. So may I know why? Sebab lepas awak jumpa ayah awak, awak macam hilang mood je saya tengok" ucap Sarah jujur.

Memang Haslina membisu sedari tadi lagi dan dia sudah mulai berada dalam alam kebosanan yang melampau. Haslina terdiam sejenak.

"Sorry if it's too personal. It's okay if you don't wanna talk about this. I don't mind, I'm just curious. We can talk about something else."

Tangan Haslina diusap perlahan.

"Sebenarnya arwah suami saya, Amir, bukan calon menantu pilihan ayah. Ayah tak pernah restu pun saya kahwin dengan Amir. Tapi disebabkan ibu yang bersungguh-sungguh pujuk ayah, ayah setuju jadi wali saya. Tapi bukan dia yang nikahkan saya. Ayah memang ada masa akad nikah sebab kami nikah dekat rumah, tapi lepas je Amir lafaz akad, ayah terus naik atas. Saya ada empat orang adik beradik dan saya yang ketiga, adik yang bawah lelaki. Dua orang kakak atas saya perempuan dan ayah yang nikahkan diorang. Saya tak tahu kenapa ayah marah sangat saya kahwin dengan Amir. Even lepas saya lahirkan Aufa pun, ayah tak pernah sekali pun datang jenguk cucu dia" kata-kata Haslina terhenti untuk beberapa seketika.

  Sarah hanya senyap. Esakan halus Haslina kedengaran hanya buat seketika tapi air matanya masih setia mengalir.

"Cuma lepas Amir meninggal, baru ayah nak jenguk cucu-cucu dia. Tapi saya tak pernah menyesal kahwin dengan Amir, dia suami yang sangat sempurna untuk saya, bos. Saya jumpa dia masa majlis resepsi kakak kedua saya, kami hanya berkawan pada mulanya. Tapi perasaan cinta itu tiba-tiba je datang dan Amir buat keputusan untuk melamar saya. Dia lelaki paling baik saya pernah jumpa selepas ayah. Betul lah kata orang, orang yang baik memang selalu 'pergi' dulu. Saya faham Amir bekerja sebagai juruterbang dan memang dari awal perkahwinan kami, saya memang dah bersedia untuk redha kalau apa-apa terjadi kepada dia semasa bertugas. Sebab saya tahu bila saya kahwin dengan Amir, saya perlu siapkan diri saya mental dan fizikal, sama seperti apa yang dilakukan oleh isteri-isteri kepada pegawai polis atau askar di luar sana. Tapi saya tak sangka.. Amir meninggal dunia semasa hiking, bukan semasa bertugas. Mungkin ini balasan untuk saya sebab tak dengar kata ayah untuk tak berkahwin dengan Amir" sambungnya penuh sebak.

"I'm sorry to know that" hanya kata-kata itu yang mampu terluncur daripada bibir Sarah.

Mendengarkan kisah Haslina yang begitu menyentuh perasaan membuatkan dia terkelu daripada berbicara.

"Bos, saya mengaku yang saya pernah rasa menyesal sebab kahwin dengan Amir. Tapi bila saya tengok Aufa,saya tengok Afiq, saya tahu yang perkahwinan saya ni bukan satu kesilapan. Anak-anak saya lah yang menjadi penyebab kenapa saya masih boleh berdiri di atas kaki sendiri bila Amir tiba-tiba pergi buat selamanya. Sebenarnya sehari sebelum Amir meninggal, saya dah pun hantar surat perletakan jawatan saya pada Tan Sri, sebab memang planning awal Amir lepas saya lahirkan Aufa, dia nak saya berhenti kerja sebab gaji dia mampu tanggung kami. Cuma saya yang lambat hantar surat tu because I love my job. Masa hari Amir kata nak pergi hiking dengan kawan-kawan dia, we had a small fight dan saya tak sempat mintak ampun daripada dia masa tu. Sebenarnya pada hari Amir hiking dan cedera parah, dia sempat dimasukkan ke hospital dan pada hari itu jugalah ALLAH gerakkan hati saya untuk buat medical check-up sebab saya kerap muntah dan doktor mendapati yang saya pregnant. Masa tu jugak saya baru dapat tahu yang Amir dekat hospital tu jugak dan saya terus berkejar ke wad Amir. Doktor benarkan saya masuk wad I.C.U Amir untuk memberikan kata-kata terakhir.." Haslina menarik nafas seketika.

SARAH ✔️Where stories live. Discover now