Bab 30

16.8K 857 63
                                    

"JANGAN malukan diri sendiri dan keluarga, Haikal! Tetamu pun semuanya dah tunggu you untuk mulakan akad nikah terhadap Alma. Pergi masuk dewan tu sekarang." arah Aireen pada Haikal melalui panggilan telefon.

Belum lagi selesai masalah Alma yang sudah tahu dia berkahwin dengan Tuan Zarief Khairil. Sekarang, Haikal pulak buat hal tak nak masuk ke dalam dewan untuk akad nikah.

Naik pening kepala otak Aireen untuk melayan semua ini.

"I tak boleh. I tak nak Alma jadi isteri I." kata Haikal.

"Tak boleh apanya? You dah janji dengan I kan? Haikal, masuk dalam dewan sekarang. Jangan buat hal yang akan memulakan kita semua yang ada di sini."

"Sayang, please? I tak nak kahwin dengan perempuan lain kecuali you. I nak batalkan majlis nikah ni."

"We had a deal, Firdaus Haikal! I want you to marry Alma now!" paksa Aireen dengan nada yang marah.

"Aireen..." rayu Haikal.

"Haikal, dengar sini! Kalau you tak masuk dalam dewan dan nikah dengan Alma sekarang, I akan benci you seumur hidup I dan I akan lari dari sini. You jangan cabar I!"

Aireen menggertak Haikal.

"Okey! I masuk sekarang." akur Haikal.

Aireen terus mematikan panggilan telefon dan kembali pada Tuan Zarief Khairil yang berada di dalam dewan.

Aireen menghampiri ke arah juruacara majlis dan mengatakan pengantin lelaki sudah bersedia untuk masuk ke dalam dewan sekarang.

"Diminta rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke dalam dewan sekarang bagi memulakan majlis pernikahan di hadapan jurunikah iaitu Imam Muda Asyraf."

Pengumuman daripada juruacara majlis seraya pembukaan pintu dewan oleh para pekerja hotel. Usai pintu gerbang dewan luas dibuka, rombongan pengantin lelaki mula bergerak masuk secara perlahan.

Kelihatan pengantin lelaki iaitu Firdaus Haikal berjalan menuju ke arah jurunikah dan para saksi yang sudah sedia menunggu.

Haikal juga sempat melemparkan pandangan ke arah Aireen yang berdiri di sebelah Tuan Zarief Khairil. Wanita itu hanya pura pura tidak perasan akan pandangan tersebut.

Dia terus duduk di hadapan Imam Muda Asyraf dan Datuk Kamal Effendi serta dikelilingi oleh tiga orang para saksi.

"Baiklah, jika pengantin lelaki sudah bersedia, boleh jabat tangan saya sekarang." maklum Imam Muda Asyraf.

Haikal berjabat tangan dengan Imam Muda Asyraf. Wajahnya nampak tenang namun sebenarnya langsung tidak rela.

"Bismillahnirrahmanirahim..."

"Firdaus Haikal bin Fadzil, aku nikahkan dikau dengan Alma binti Kamal Effendi yang berwakilwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai."

"Aku... terima nikahnya Alma binti Kamal Effendi dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai."

Seraya itu, para saksi mengatakan sah. Maka dengan secara sah, Haikal dan Alma telah menjadi suami dan isteri.

Terpancar kegembiraan dari wajah Alma setelah akad nikah sudah selamat dilafazkan. Lain pulak untuk Haikal... wajahnya langsung tiada reaksi.

"Sayang, jom kita balik? Diorang pun dah selamat menikah. Nak buat apa lagi di sini lama lama?"

Aireen mengajak Tuan Zarief Khairil balik. Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Okey jom."

Aireen dan Tuan Zarief Khairil pergi ke arah Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah yang sedang duduk menjamu selera di meja VIP seiring dengan Tok Ayah dan Elly.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang