Bab 62

14.1K 809 29
                                    

DIA mahu beredar pergi dari kamar itu namun tangan kanan Datuk Kamal Effendi memegang tangannya. Faryna Aireen terkejut.

"Kenapa papa? Papa ada nak apa apa ke?"

Soalan tidak berjawab. Datuk Kamal Effendi hanya memandang wajah Faryna Aireen.

Faryna Aireen jadi hairan dengan pandangan papanya itu. Dia berkerut dahi.

Pegangan Datuk Kamal Effendi membuatkan Faryna Aireen kembali duduk di atas kerusi sambil memandang dirinya.

"Papa kenapa ni? Ada apa apa yang papa nak Ai ambilkan untuk papa ke?" soal Faryna Aireen sekali lagi.

Datuk Kamal Effendi menggeleng sedikit.

"Habis tu papa nak apa?"

Datuk Kamal Effendi mengambil tangan Faryna Aireen perlahan lahan lalu meletakkan di atas dadanya bahagian hati.

"Sor-ry." kata orang tua itu.

Aireen diam. Kemudian dia menghampiri Datuk Kamal Effendi dengan lebih dekat.

"Papa tak boleh banyak bercakap. Papa kena rehat." balasnya.

Datuk Kamal Effendi masih tidak melepaskan pegangan tangannya.

"Papa... say-ang Ai."

Aireen memandangnya. Wanita itu tidak tahu ingin berkata apa. Dia hanya mampu diam seketika sebelum berkata kata.

"Kenapa baru sekarang pa?" soal Aireen.

"Kenapa baru sekarang papa beritahu Ai yang papa sayang Ai? Papa tahu kan Ai tak boleh tengok papa macam ni. Ai tak nak cakap pasal perkara ni papa. Tolong lah!"

"Papa... sa-lah. Papa ta-hu." kata Datuk Kamal Effendi.

"Ya, memang papa salah. Papa salah dalam mencari masa untuk beritahu Ai yang papa sayang Ai dan papa juga salah dalam menyedari bahawa Ai anak papa. Papa dah terlambat untuk beritahu Ai semua ini."

Air mata Faryna Aireen mula mahu mengalir. Dia melepaskan genggaman tangan Datuk Kamal Effendi terhadapnya.

"Ai bukan nak mengungkit tapi Ai nak papa dengar luahan hati Ai."

Faryna Aireen memandang Datuk Kamal Effendi dengan sayu.

"13 tahun Ai hidup di bawah jagaan Tok Ayah. Dari sekolah rendah sehingga berjaya menghabiskan ijazah di luar negara pun Ai masih dengan Tok Ayah. Tujuh Ai duduk di luar negara dan setiap tahun Ai berharap bahawa papa akan datang menjenguk sepertimana mak dan ayah orang lain menjenguk anak mereka di kampus universiti. Tapi... sekali pun papa tak pernah datang. Lelaki yang sentiasa menjenguk Ai empat kali setahun adalah Tok Ayah walaupun dia sudah tua dan berjalan menggunakan tongkat."

"Tapi tu tak membuatkan Ai rasa sedih sangat sebab Ai tahu harapan Ai hanya sekadar harapan kosong. Ai berharap setinggi langit pun pada papa, papa tetap tak akan datang untuk Ai. Namun Ai degil. Ai tetap percaya papa akan sayang Ai macam papa sayang Alma so pada hari graduasi diploma Ai... Ai letak harapan sekali lagi pada papa. Ai sangat sangat berharap yang papa akan datang dari Malaysia ke Cardiff untuk melihat Ai memegang skrol diploma dan rasa bangga dengan Ai tapi sama juga akhirnya... papa tak datang. Papa tak datang sebab papa lebih pentingkan majlis sambutan hari lahir Alma daripada majlis graduasi Ai."

"Sejak itu Ai percaya yang papa memang langsung tak sayang pada Ai walaupun sebesar zarah. Ai wujudkan rasa marah dan dendam Ai pada papa malah Ai bersumpah yang Ai tak akan jaga papa seandainya papa terlantar sakit. Ai benci pada papa sepertimana Ai benci apabila Ai melihat papa bahagia bersama Alma dan Datin Farah. Ai beritahu pada Tok Ayah jangan sesekali sebut nama papa di hadapan Ai meskipun sekadar untuk memanggil nama penuh Ai. Betapa bencinya Ai pada papa ketika itu."

"Pada malam papa datang ke rumah Tok Ayah sambil menawarkan Ai jawatan di syarikat papa, Ai tahu papa sebenarnya terpaksa buat macam tu sebab Tok Ayah yang mendesak papa untuk kasi Ai tempat di syarikat papa. Ai nampak mata papa yang memandang Ai dengan pandangan terpaksa seolah olah sangat benci melihat wajah Ai. Selepas papa balik dari rumah Tok Ayah, Ai terus masuk bilik dan menangis sepuasnya sebab Ai bergaduh dengan papa dan papa tak tanya khabar Ai langsung sedangkan masa tu Ai baru balik dari Cardiff dan papa tahu pasal tu."

"After that, hubungan kita berdua sebagai anak dan papa sangat teruk. Papa tak pernah cakap baik baik dengan Ai. Apa yang Alma buat pada Ai pun papa tak pernah kisah malah papa boleh back up Alma sedangkan papa tahu itu memang salah dia. Papa tahu Alma sentiasa cari pasal dengan Ai tapi papa tak pernah tegur dia. Papa biarkan aje sampai dia sanggup tolak Ai jatuh kolam renang, buat Ai kemalangan sampai Ai hilang ingatan. Papa did what? Papa did nothing. Papa tak peduli apa apa pun pasal Ai seolah olah Ai bukan anak kandung papa, bukan darah daging papa."

Dia memandang Datuk Kamal Effendi.

"Tapi sekarang hari ini... tuhan buat Ai jaga papa di dalam bilik ni, mandikan papa, bersihkan najis papa dengan tangan Ai sendiri. Besar kan kuasa Dia? Dia buat Ai lupa sumpah yang Ai pernah buat terhadap papa dulu dengan sekelip mata aje bila Ai jaga papa pada hari ini."

Dia diam kemudian memejamkan mata seketika.

"Sejujurnya, Ai sentiasa sayangkan papa. Kasih sayang Ai pada papa tak pernah berubah sejak kecil sehingga sekarang walaupun mulut Ai sentiasa cakap Ai benci papa, Ai dendam dengan papa, Ai marah dengan papa tapi sebenarnya apa yang Ai cakap tu tak pernah bermaksud di hati pun."

Faryna Aireen memeluk tubuh badan Datuk Kamal Effendi dengan erat sambil menangis.

"I'm sorry papa... I am really sorry." ucapnya.

Datuk Kamal Effendi menggenggam tangan Faryna Aireen dengan menggunakan tangan kanannya kemudian mengusap lembut kepala wanita itu. 

Lama mereka dua beranak begitu sehinggakan Tuan Zarief Khairil dan Datin Farah di balik pintu kamar pun, mereka tidak perasan.

"Alhamdulilah... akhirnya apa yang saya harapkan dah makbul. Terima kasih mama sebab sudi buat rancangan ni sampai berjaya." kata Tuan Zarief Khairil dengan senyuman manis.

Datin Farah tersenyum mengangguk. 

"Alhamdulilah... tapi lebih baik kita biarkan saja mereka begitu. Nanti kalau diorang nampak kita... diorang akan pura pura tak ada apa yang berlaku pulak."

"Okey, jom kita ke dapur." ajak Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora