Bab 65

31.8K 1K 102
                                    

Enam bulan kemudian...

SEPUCUK surat yang kelihatan seperti surat lama diberikan kepada Tuan Zarief Khairil oleh Datin Farah di hadapan pusara putih.

Kini sudah genap enam bulan selepas kejadian yang telah berlaku dahulu. Tuan Zarief Khairil dan Datin Farah duduk di hadapan pusara putih sambil memandang kepala pusara itu. Sementara itu, Datin Farah terus memberikan sepucuk surat itu kepada dirinya.

"Surat apa ni mama?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Surat daripada arwah Mama Maryam untuk Ai tapi... mama rasa mama patut bagi pada kamu kerana kamu juga layak tahu isi kandungannya." kata Datin Farah.

"Kenapa mama tak kasi aje pada Aireen? Saya rasa dia lebih layak tahu dulu."

Datin Farah tersenyum. "Bila kamu jumpa dia nanti, kamu ajelah kasi surat ni pada dia."

Tuan Zarief Khairil diam. Dia mengambil jag kaca yang berisi air mawar lalu disiramkan di atas pusara.

Kemudian giliran Datin Farah pulak berbuat demikian. Usai selesai, Tuan Zarief Khairil dan Datin Farah berjalan menuju ke kereta. Namun setibanya di kereta, sebuah van polis berhenti di hadapan mereka.

Tuan Zarief Khairil memandang Datin Farah tanpa berkata apa apa.

Pintu van polis itu dibuka, kelihatan Alma bersama seorang pegawai polis wanita keluar dari perut van. Alma yang memakai baju banduan berwarna merah memandang mereka berdua dengan sayu.

"Mama..." panggil Alma.

Datin Farah menjadi sebak melihat anaknya begitu. Ingin saja dia memeluk Alma namun ditahan.

"Kubur arwah papa ada di bawah kanopi biru tu. Pergi lah." kata Tuan Zarief Khairil.

Alma diam.

"Mama... I'm sorry for everything." ucap Alma pada Datin Farah.

Datin Farah tidak dapat menahan sebak lalu hanya mengangguk meskipun sedang menangis.

Tuan Zarief Khairil hanya melihat semua itu dan Alma juga memandangnya.

"Saya minta maaf pada awak dan Aireen juga. Banyak dosa saya pada awak sekeluarga." jujurnya.

"Saya dah lama maafkan awak dan saya yakin Aireen pun begitu juga. Awak berubah ya? Anggap lah sekarang ni adalah pengajaran untuk awak."

Selepas disabitkan kesalahan memiliki dadah terlarang untuk kegunaan peribadi, Alma dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak lima ribu ringgit. Oleh itu, sekarang dia ditempatkan di Penjara Sungai Buloh.

"Mama tunggu Alma balik selepas dua tahun ya?" pinta Alma.

"Ya, sayang. Mama akan tunggu Alma tapi mama nak Alma berubah menjadi yang lebih baik."

Alma mengangguk. "Insya Allah mama."

Kemudian pegawai polis wanita itu membawa Alma menziarahi pusara Datuk Kamal Effendi.

~~~

SURAT itu bertukar tangan kepada Faryna Aireen apabila Tuan Zarief Khairil pulang dari tanah perkuburan bersama Datin Farah.

"Surat untuk you." maklum Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen mengambil surat itu dengan wajah yang hairan. Surat apa ni?

Dia yang sudah pulih dari insiden tembakan Haikal di rumah Rashdan enam bulan lepas, mengambil surat itu di tangan Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now