Bab 31

15.8K 949 168
                                    

KETIKA ini suasana tegang telah berlaku di dalam rumah agam milik Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah. Selepas saja kejadian Alma membentis kaki Faryna Aireen sehingga wanita itu terjatuh ke dalam kolam renang, Tuan Zarief Khairil terus terjun ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan isterinya.

Walaupun kolam itu di paras dalam, mujurlah Aireen mampu mengimbangi diri daripada tenggelam. Tuan Zarief Khairil terus menghentikan sesi bergambar lalu membawanya pulang ke rumah Datuk Kamal Effendi atas arahan Tok Ayah.

"Apa masalah kamu sampai sanggup bentis kaki Ai dan menyebabkan dia jatuh kolam renang tu? Kalau dia lemas tadi macam mana!?" marah Tok Ayah pada Alma.

Suara amarah Tuan Ibrahim mengemparkan satu rumah sehingga membuatkan semua yang ada di situ terdiam tidak berkutik.

"Halah... Tok Ayah, Ai tu boleh aje berenang. Tak mungkin sampai lemas." balas Alma.

Dia tidak takut untuk menjawab dengan Tok Ayah.

"Tak mungkin sampai lemas? Eh, jangan ambil mudah dengan nyawa orang! Kamu ni Tok Ayah perhatikan selalu sangat cari pasal... cari masalah dengan Ai sedangkan Ai tak ada kacau hidup kamu pun! Apa teruk sangat perangai kamu ni Alma?"

"Oh! Kalau pasal Aireen semuanya baik, semuanya suci! Tok Ayah tak adil tau dengan Alma. Tok Ayah selalu lebihkan Aireen tu sedangkan Alma juga cucu Tok Ayah! Apa yang Ai nak buat semuanya Tok Ayah kasi sampaikan Tok Ayah kahwinkan dia dengan lelaki yang jauh lagi kaya daripada Tok Ayah dan papa! Tok Ayah pilih kasih!"

Alma membentak dengan sekeras kerasnya.

"Tok Ayah pilih kasih!? Eh, lelaki yang pilih kasih antara kamu dan Aireen adalah papa kamu tu! Pakai otak bila bercakap boleh tak? Kamu tuduh Tok Ayah pilih kasih antara cucu cucu Tok Ayah sedangkan papa kamu sendiri yang lebihkan kamu daripada Aireen!"

Tuan Ibrahim marah sambil memandang Datuk Kamal Effendi yang berdiri di tepi bersama Datin Farah.

Datuk Kamal Effendi langsung tidak tidak berkata apa apa.

"Pada hari pertama papa kamu meletakkan Faryna Aireen di bawah jagaan Tok Ayah... Tok Ayah nampak betapa pilunya Aireen bila papa kamu sendiri sanggup tinggalkan dia walaupun papa kamu tahu dia yang sepatutnya jaga Aireen selepas mama Aireen meninggal dunia. Tapi sebaliknya papa kamu letak dia bersama Tok Ayah."

"Alma, kamu sedar tak yang kamu dah merampas zaman kanak kanak Aireen selama ni? Zaman kanak kanak yang sepatutnya bahagia untuk  Aireen sebab waktu itulah papa kamu menjadi papa yang selayaknya pada dia."

"Ayah..." celah Datuk Kamal Effendi.

"Kamu diam, Fendi! Kalau kamu tak reti mengajar anak kesayangan kamu ni adab dia dengan orang lain, tak apa biar ayah yang ajar. Kamu diam aje di situ."

"Tapi ayah perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah. Tak perlu untuk ayah marah macam ni sekali." jawab Datuk Kamal Effendi.

"Amboi, senang betul kau bercakap!" bantah Tuan Ibrahim.

"13 tahun aku menjaga Faryna Aireen, tak pernah sekali pun aku berkasar dengan dia. Seekor nyamuk pun aku tak benarkan hinggap di badannya apatah lagi nak berkasar dengan dia sepertimana mana anak kesayangan kau ni buat pada dia!" jerkah Tuan Ibrahim sehingga Alma menjadi gerun.

"Kamu Alma... kamu pertikaikan Tok Ayah kahwinkan Aireen dengan Zarief? Eh, sebelum kamu nak pertikai apa apa, fikir pakai otak dulu. Kamu ada segalanya yang dia tak ada. Kamu ada papa yang sayangkan kamu lebih dari segalanya kamu ada mama yang jaga kamu sebaiknya sedangkan Aireen? Kasih sayang seorang ibu sudah lama terhenti untuk dia, kasih sayang seorang ayah untuk dia pulak sudah dipersiakan. Tok Ayah boleh kasi kasih sayang seluas lautan untuk dia tapi Tok Ayah dah tua. Entah berapa lama lagi Tok Ayah boleh hidup... dan kalau Tok Ayah dah mati nanti, siapa nak jaga dia? Siapa nak bagi kasih sayang pada dia? Siapa nak teman dia bila dia keseorangan?"

"Tuan Zarief Khairil tu adalah kebahagiaan dia sekarang ni. Tok Ayah yang memilih untuk kahwinkan mereka berdua sebab Tok Ayah nampak keikhlasan cinta Tuan Zarief Khairil pada Faryna Aireen walaupun Aireen tak pernah kenal siapa pun dia. Dah dua tahun lebih Tok Ayah rancang untuk kahwinkan Faryna Aireen dengan Tuan Zarief Khairil. Sebelum kamu sibuk nak bertunang dengan Haikal lagi. Aireen tak pernah tahu siapa Tuan Zarief Khairil. Tak tahu langsung yang Tuan Zarief Khairil kaya berharta ada pangkat sampailah dia balik ke Malaysia. Jadi kamu jangan sesekali mempersoalkan hubungan mereka kerana demi Allah, tak akan ada manusia yang mampu pisahkan Tuan Zarief Khairil daripada Faryna Aireen walaupun kamu separuh nyawa cuba menghalang! Faham!?" jerkah Tuan Ibrahim sekali lagi.

"Sudahlah tu, Tok Ayah. Tak guna lagi kita bercakap pasal perkara ni..." ujar Faryna Aireen yang berkata dari tangga rumah.

Seluruh isi rumah memandang Faryna Aireen dan Tuan Zarief Khairil yang ingin turun ke ruang tamu, tempat Tuan Ibrahim memarahi Alma dan Datuk Kamal Effendi.

"I'm okay. I'm not dead yet." sambungnya lagi.

"Habis tu takkan nak tunggu Ai mati baru Tok Ayah boleh marah Alma ni? Dia ingat tindakan dia sepak kaki Ai jatuh dalam kolam depan semua tu bagus ke? Eee... kalau bukan sebab Alma ni dah bersuami, dah lama Tok Ayah lempang muka dia. Dah jadi isteri orang tapi perangai macam budak budak!"

Tuan Ibrahim merenung wajah Alma yang terdiam kaku.

Aireen menggeleng.

"Tak apa, Aireen okey cuma kaki aje bengkak sikit. Nanti bila tuam ais pada kaki, baiklah."

Dia sudah pun menukar pakaian baru. Nasib baik dia dan Tuan Zarief Khairil ada membawa pakaian lain di dalam kereta.

"Tok Ayah, jom kita balik. Tak patut kita berada di dalam rumah orang luar ni lama lama. Ai dah penat... Ai nak rehat." ajak Aireen.

Elly terus memimpin Tuan Ibrahim keluar dari rumah itu manakala Faryna Aireen dan Tuan Zarief Khairil mengikuti dari belakang.

Tiba tiba Alma memanggil nama Aireen dan ingin memegang lengannya namun Aireen lebih pantas mengelak lalu menampar wajah Alma dengan kuat.

Terkejut Alma dibuatnya manakala orang lain tergamam kaku.

"Jangan sentuh aku!" halang Aireen sambil menjerit.

Alma menyentuh pipinya yang ditampar. Dia memandang Aireen dengan wajah yang terkejut.

"Jangan berani nak sentuh aku lagi! Ini last warning aku untuk kau. Kalau kau sentuh aku lagi... aku takkan teragak agak untuk keluarkan surat perintah mahkamah yang menghalang engkau, suami kau dan mak ayah kau untuk dekat dengan kami!" tegas Aireen.

"Oh, kiranya kau tergamak nak halang papa kau sendiri dekat dengan kau?" soal Alma.

"Dia bukan papa aku!" balas Aireen.

Dia memandang Datuk Kamal Effendi yang sudah terbeliak mata melihat dirinya berkata begitu.

"Papa aku dah lama mati dan lelaki yang aku berbintikan namanya ini hanyalah sekadar papa atas kertas! Datuk Kamal Effendi bin Ibrahim tak layak langsung untuk jadi papa aku!"

Aireen menuding jari ke arah Alma.

"Sampai mati pun kau bukan adik aku jadi jangan sesekali kau berani nak kacau aku lagi!" katanya.

Aireen memandang Haikal pulak.

"And you... please educate your wife! Ajar dia macam mana nak jadi perempuan yang ada otak dan beradab! Jangan sibuk sama naik jadi macam papa dia yang langsung tak bertanggungjawab."

Jeda.

Terdiam.

Aireen kembali berpaling keluar dari rumah itu bersama sama Tuan Zarief, Tuan Ibrahim dan Elly.

Usai mereka pulang, Datuk Kamal Effendi merenung wajah Alma dengan serius.

"Puas hati Alma sekarang? Puas hati bila dapat tengok Tok Ayah marah papa teruk macam tadi? Hah? Puas hati kena pelempang dengan Aireen? Kalau tak puas hati lagi, meh sini papa tambah sakit kena lempang di pipi sebelah lagi!"

Datuk Kamal Effendi merengus kasar.

"Dah jadi isteri orang pun, perangai masih lagi macam orang bodoh! Haih...!"

Dia terus berlalu pergi ke tingkat atas meninggalkan Alma, Haikal dan isterinya di bawah. Datin Farah tanpa sebarang bicara terus melangkah menuju ke dapur.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now