Bab 64

15.8K 784 46
                                    

PANDANGAN Zai yang terserlah mengagumi diri Faryna Aireen yang berada di hadapan matanya membuatkan Rashdan menggeleng beberapa kali. Adiknya itu memang tak reti mengawal teruja apabila berjumpa dengan orang yang dia kagumi.

"Yang pandang muka Aireen sampai tak berkelip mata tu dah kenapa? Eh, Zai tak pernah pun pandang abang macam tu kan? Tak aci betul." kata Rashdan.

Zai mengeluh.

"Nak pandang abang buat apa? Muka abang tu Zai dah tengok dari Zai baby sampai dah besar panjang dah. Zai dah jemu... abang bukan handsome macam Arjun Rampal pun. Baik Zai pandang muka Kak Aireen. Muka Kak Aireen cantik! Mata dia warna coklat keperangan... bundar aje." jawab si adik.

Rashdan mencebik manakala Faryna Aireen tersenyum terhibur. Boleh tahan kuat menyakat juga adik Rashdan ni.

"Rash... memang confirm adik kau boleh jadi geng aku! Kaki membahan kalah kau." maklum Faryna Aireen.

"Hmm... kau! Dah jumpa geng, memang makin galak lah nak bahan aku kan? Ahh... Zai, awak boleh ambil surat berhenti jadi adik abang lepas tu jadi adik Aireen pulak. Hah! Baru Aireen rasa macam mana nak menjaga awak yang semuanya terlebih ni. Terlebih membahan... terlebih petah dan terlebih makan! Abang dah malas nak jaga awak."

Zai menjeling. "Dah tu abang nak cakap Zai gemuk lah? Eh, saiz badan Zai baru mencapai saiz medium. Belum plus size lagi! Abang jangan macam macam eh!" ugutnya.

Faryna Aireen yang berada di tepi hanya tersenyum kerana terhibur melihat gelagat Rashdan dan Zai. Haih... seronok bila mempunyai hubungan rapat dengan adik beradik. Dia juga sempat terfikir sekiranya dia dan Alma sama begitu, sudah pasti mereka akan menjadi rapat dan melakukan semuanya bersama.

Tiada dendam yang terwujud, tiada amarah yang tersisa dan tiada penyesalan yang terbit di saat akhir. Namun... semuanya sudah tertulis di dada takdir. Dia dan Alma berkongsi darah yang sama, berbintikan lelaki yang sama namun mereka tetap tidak bersama sebagai adik beradik kandung seayah yang baik.

Rashdan memandang Aireen kemudian dia memetik jari di hadapan Aireen.

"Weh... kau kenapa? Tiba tiba termenung. Kau fikir apa?" soalnya.

Aireen tersenyum. "Aku terfikir kalau lah aku dengan Alma rapat macam kau dengan Zai sekarang ni. Mesti semua benda buruk yang dulu tak akan berlaku kan? Mesti aku akan lebih bahagia dan gembira daripada sekarang dengan keluarga aku." katanya.

"Semua yang berlaku pada hidup kau dulu, sekarang dan akan datang semuanya dah tertulis takdirnya. Jangan lah kau sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sebab itu semua bukan kemahuan dan berpunca daripada kau. Mungkin kalau semua ini tak berlaku, kau tak akan kahwin dengan Tuan Zarief Khairil? Kalau kau kahwin dengan orang lain pun mungkin perkara yang lebih dahsyat akan berlaku? Ai... kau berdamai lah dengan takdir ya?"

"Aku dah lama berdamai dengan takdir Rash. Aku dah lama redha dengan semua yang berlaku tapi tulah... kadangkala aku mesti teringat tentang semua ni. Aku tak akan lupakan semua ni sampai aku mati."

Rashdan mengangguk. "Aku suka dengan diri kau yang sekarang ni. Bagus juga kau fikir macam tu. Bertuah Tuan Zarief Khairil sebab dapat isteri yang semakin matang." pujinya.

Baru Faryna Aireen teringat apabila Rashdan menyebut nama Tuan Zarief Khairil.

"Eh, nasib baik kau cakap pasal suami aku! Aku lupa nak beritahu dia yang Tok Ayah suruh kitaorang balik Kuantan malam ni. Tak apa, aku beritahu dia dalam telefon aje."

Faryna Aireen meraba raba poket seluarnya mencari telefon pintar namun tiada.

"Rash... kau ada nampak tak mana telefon aku? Dalam poket ni, tak ada lah."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now