Bab 14

18.5K 905 4
                                    

BUSANA yang panjang bertatahkan batu permata putih itu ditunjukkan kepada Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen oleh pereka fesyen serta selaku pemilik butik pakaian fesyen terkenal iaitu Adelia Nuressa dari Lavender Concept.

"So, Ai... Ini adalah baju baju yang Tuan Zarief Khairil minta aku sediakan untuk kau pakai di majlis annual dinner Mahkota Holdings yang ke sebelas tahun dan di majlis ulang tahun perkahwinan Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah." maklum Adelia Nuressa.

Aireen memandang Tuan Zarief Khairil. "I tak cakap pada you pun yang I akan pergi ke majlis majlis tu. Apa ni?" soalnya.

"You kena lah pergi sebab you anak Datuk Kamal Effendi dan you adalah staf Mahkota Holdings. Kedua dua majlis tu penting untuk you dan I pun akan datang ke majlis tu sekali." jawab Tuan Zarief Khairil.

Aireen mengeluh. Lemah betul dia mahu menghadiri ke majlis sebegitu apatah lagi majlis anjuran Datuk Kamal Effendi.

Adelia Nuressa menggeleng memandang Faryna Aireen.

"Pergi ajelah ke majlis tu Ai. Macam tuan cakap tadi lah... kedua dua majlis tu penting untuk kau so kalau kau tak ada... tak berseri majlis tu nanti. Penat tau aku buat baju baju ni untuk kau atas permintaan tunang kau ni hah."

"Perlu ke?" soal Aireen sambil mengeluh.

"Bukan perlu tapi wajib. Tuan Zarief dah request macam macam pada I untuk reka baju baju you so takkanlah you tak nak pakai pulak. Nanti kalau I jual baju baju... Tuan Zarief marah pulak."

"Baju baju ni I custom made khas untuk tunang I. If you tak pakai, siapa lagi nak pakai? Takkan I nak kasi Mak Jah pulak pakai." kata Tuan Zarief Khairil.

"Please sayang? Pakai demi I?" pinta Tuan Zarief Khairil separa merayu.

Akhirnya Faryna Aireen setuju. Dia bangun lalu mengikuti Adelia Nuressa ke bilik persalinan pakaian. Tuan Zarief Khairil tersenyum riang. Dia tahu sekeras keras hati Faryna Aireen, wanita itu pasti akan mendengar katanya.

"Kena try semua ke?" hanya Aireen pada Adelia.

Adelia mengangguk. "Yes. Tuan cakap dua baju ni memang kau punya."

"Berapa harga dia beli dua baju ni?"

Adelia tersengih. "Mana boleh aku kasi tahu pada kau."

Aireen menggeleng.

"Del, kita kenal dah lama. Kau dah jadi salah seorang kawan baik... takkanlah harga baju baju ni pun kau nak rahsia daripada aku? Beritahu ajelah."

"Ini bukan masalah kawan dah lama atau tak lama tapi aku dah janji pada Tuan Zarief Khairil yang aku takkan kasi tahu harga baju baju ni pada sesiapa termasuk kau. Kalau kau nak tahu sangat, kau tanya ajelah dia sendiri."

"Hmm... agak dia nak beritahu aku!" cebik Aireen.

Adelia tersenyum.

"Tahu pun. Dah... pergi tukar cepat. Kau dan Tuan Zarief Khairil pun ada kerja lain lepas ni kan? Hah cepat kau try, cepat aku boleh adjust apa yang tak muat or longgar pada baju baju ni."

"Yalah... nasib baik baju baju ni cantik." katanya.

"Eh, pernah ke Lavender Concept buat baju yang tak cantik untuk Faryna Aireen?" soal Adelia.

Aireen tersenyum lebar. "Sebab tu aku suka kau yang reka baju aku. Kau memang tahu citarasa aku."

"Dah berbelas tahun Lavender Concept reka dan buat baju untuk keluarga kau, Aireen. Dari zaman mommy aku selalu buat baju untuk arwah mama kau dan sampai lah ke aku dan kau pulak. Citarasa Tok Ayah kau pun aku tahu macam mana." seloroh Adelia.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now