Bab 56

13.7K 784 37
                                    

"KENAPA you ni suka sangat buat apa apa keputusan tanpa berbincang dengan I macam I bukan isteri you dan I tak ada hak langsung nak bersuara apa apa hah?" soal Faryna Aireen dengan nada yang marah pada Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil mengeluh namun keliru. Apa lagi yang isterinya tak puas hati?

"Sayang, kenapa you tiba tiba cakap macam tu? I ada buat keputusan apa sampai you rasa marah dengan I?" soal Tuan Zarief Khairil yang keliru.

"Kenapa you pandai pandai ajak Datuk Kamal Effendi tinggal dan isteri dia di sini sampai boleh offer nak jaga dia sehingga sembuh? I tak suka diorang ada dalam rumah ni lah!"

"Astaghfirullahalazim, sayang!" mengucap Tuan Zarief Khairil dibuatnya.

"Sayang sedar tak apa yang sayang cakapkan ni? Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah tu orang tua kita jadi tolong hormat sikit mereka. Mereka papa mama kita. Lagipun apa salahnya kalau kita yang jaga papa? Dia kan papa you dan papa mentua I. Memang kita yang sepatutnya jaga."

"Ahh! Itu bukan tanggungjawab I atau pun you dan I tetap tak suka you nak jaga papa. Papa tu kaya... kalau Alma tak boleh jaga dia, dia boleh gajikan jururawat peribadi untuk jaga dia atau pun dia ada isteri yang boleh jaga dia. Yang you sibuk sangat nak jaga orang tua tu dah kenapa?"

"Watch your words when talking, Faryna Aireen! Orang tua  yang you cakapkan tu papa kandung you. You tak boleh derhaka dengan dia macam ni dan I tak suka you cakap macam ni dengan mereka. Mana adab you sebagai seorang anak dengan mama papa ni? Ya Allah!"

"I masih tak boleh lupa apa yang dia dah buat pada I lah, Tuan Zarief Khairil. Eh, I tak akan mudah nak maafkan papa dan lupakan apa yang dah jadi ya? I tak kira lah apa pun yang jadi dengan papa tu. Sikit pun I tak kisah!"

"Faryna Aireen, bawa mengucap boleh tak?! Dah melampau sangat perangai biadap you ni dengan papa dan mama. Kalau I samakan you dengan Alma, you marah tapi hakikatnya memang sama pun. Dua dua biadab dengan papa dan mama sendiri. Aireen, apa pun yang jadi dengan you dan papa... itu semua dah berlalu. Apa yang you akan dapat kalau you masih berdendam macam ni? Move on ajelah!"

"You tak faham!" kata Faryna Aireen.

"I faham tapi sekarang you yang melebih lebih. Tolong wujudkan rasa timbang rasa dan keperimanusiaan dalam diri you. Papa tu tengah sakit dan memang tanggungjawab kita untuk jaga dia sementara dia masih hidup ni. You nak ke papa meninggal dunia dalam keadaan you menjadi anak derhaka macam ni? I tak nak isteri I jadi anak derhaka."

"I tetap tak nak jaga papa. Kalau you nak sangat, you jaga ajelah papa sendiri tapi jangan sesekali minta tolong I apa apa."

Tuan Zarief Khairil mengangguk. "Okey, I akan jaga papa seorang diri dan I akan buat semuanya seorang diri. You tak payah nak risau apa apa."

"Good." jawab Faryna Aireen dengan penuh ego.

Namun Tuan Zarief Khairil mengeluh berat. Dia melemparkan pandangan yang hampa pada Faryna Aireen.

"But you know what... after you are woke up from coma and lost your memories of myself, you are different. You are rude with your own biological dad, you become the person with massive ego, you always think about yourself... your problems, your feelings until you can't see what others feel about your actions. You are really changed and it is made me disappointed and sad because I felt that I didn't knew who's my wife anymore." luahnya sendiri.

Faryna Aireen terdiam apabila Tuan Zarief Khairil berkata begitu.

"Ianya membuatkan I rasa gagal mendidik you menjadi isteri yang baik dan anak yang taat pada ibu bapa. I am useless husband, am I?"

"Zarief..." ujar Faryna Aireen.

"Kalau you rasa you dah tak perlukan I untuk didik you lagi, you beritahu sekarang. Tak lah I akan rasa lebih kecewa bila isteri I sendiri kurang ajar dengan papa walaupun papa pernah sakitkan hati you dan you lupa walau sejahat mana pun papa itu, papa tetap menjadi punca kewujudan you dalam dunia ni."

"I yakin you tahu kenapa I jadi macam ni Zarief. Zarief, Faryna Aireen yang you pernah kenal dulu adalah Faryna Aireen yang mengalah dengan semua yang jadi dengan diri dia tapi sekarang, dia dah tak sama. I tak boleh nak mengalah macam dulu lagi apabila nyawa I pernah hampir melayang. Cukup lah I mengalah dengan papa. I tak nak kena pijak lagi dan I dah lupa macam mana nak jadi sebaik Faryna Aireen yang dulu."

"Tapi cara you balas pada papa sekarang ni adalah salah. Sayang, kalau you betul tak nak mengalah lagi you tetap kena jadi Faryna Aireen yang dulu. Kalau lupa, you tetap boleh usaha untuk ingat balik sama ada you tanya I atau kawan kawan you. Paling tidak pun you boleh tanya Tok Ayah sendiri. Jangan jadikan ianya sebagai alasan sebab semua orang dah tahu keadaan you macam mana."

"Ini bukan alasan." jawab Faryna Aireen.

"Habis tu apa? Sayang, I tak kisah kalau you nak berselisih faham dengan I mengenai hal rumahtangga kita. Kalau you tak puas hati dengan apa I buat, you boleh beritahu I anytime. I okey aje tapi bila you pertikai I nak bawa papa you balik ke sini dan jaga papa you yang sakit, I jadi marah dan kecewa sebab itu adalah papa kandung you. Sepatutnya you gembira sebab you dapat peluang dan izin I untuk menjaga papa you. Kita berdua sepatutnya bersama sama menjaga papa you. You dah benci sangat dengan papa you ke?"

"Kenapa asyik I yang kena akhirnya? Dulu papa buang I dalam hidup dia, lupakan semua tanggungjawab dia pada I sebagai seorang ayah tapi sekarang I tetap kena letak dia dalam hidup I, kena galas semua tanggungjawab untuk menjaga dia. Bila I cuba nak buang dia, ianya satu kesalahan sedangkan papa pun buat kesalahan yang sama."

"Sebab itu I cakap jangan berdendam dengan papa. You tahu ianya kesalahan tapi kenapa you nak buat juga? Kenapa you nak ulang balik kesalahan yang sama terhadap papa? You nak cakap ianya kifarah? Sayang, bukan kuasa kita untuk mengatakan kifarah atau bukan. Anggap ajelah yang Allah SWT bagi you peluang untuk jaga papa supaya papa sedar yang you ni anak dia. Jangan junjung sangat ego tu. Ego yang ada di dalam diri you ni takkan bawa you ke mana pun melainkan ke penyesalan yang you sendiri tak boleh hadap. I nak bawa papa tinggal sini dengan kita dan nak jaga dia sebab Mama Farah tak selalu ada masa. Dia kena uruskan syarikat papa agar kembali stabil semula. Sebab itu I tawarkan diri untuk jaga papa walaupun I tahu dia isteri papa. Kalau semuanya dia yang uruskan, kesian lah. Dia pun dah tua."

Tuan Zarief Khairil memegang tangan Faryna Aireen dengan erat.

"Tolong lah sayang, lembutkan hati you sikit? I janji dengan you yang segala keperluan penjagaan papa selama dia duduk dengan kita, I yang akan uruskan. You tak perlu terlibat pun." rayu Tuan Zarief Khairil.

Faryna Aireen memandang wajah Tuan Zarief Khairil. Akhirnya dia mengangguk.

"Okey baiklah, kalau itu keputusan you... I terima. Tapi I masih perlukan masa untuk terima kehadiran papa dan isteri dia di dalam rumah ni dan I harap you tak ambil hati."

"I tak akan ambil hati. I faham." kata Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now