Bab 19

17.3K 928 57
                                    

KERETA dipandu oleh Haikal laju meluncur jalan raya. Suasana tegang di antara mereka berdua membuatkan keadaan menjadi agak serabut.

"Haikal, bawa kereta perlahan sikit! You nak kita kemalangan ke?" soal Aireen.

"Hah elok lah kalau kemalangan. Kita boleh mati sama sama dan tak ada orang akan jadi penghalang kita dalam muka bumi ni. Bagus!" jawab Haikal dengan sisa marahnya.

Aireen mengeluh dan mula jadi takut. Dia tak suka apabila adrenalin dirinya mula menaik. Dia tak suka keadaan yang menakutkan.

"Stop the car, Haikal. Kita bincang elok elok." kata Aireen apabila semakin lama semakin laju Haikal memandu.

"No! You diam." balas Haikal.

Aireen memejam mata kemudian menjerit. "Stop the damn car now!"

Haikal tergamam dengan jeritan itu lalu dia berhenti di tepi jalan dan tanpa menunggu lama, Aireen terus keluar dari kereta itu.

Haikal turut sama keluar dari kereta itu.

"You dah gila ke Haikal? Dah tak sabar sangat nak mati ke apa? Bawa kereta macam orang gila!" marah Aireen.

Haikal mengeluh berat. "I... I'm sorry."

"I terlalu ikutkan hati dan emosi marah I pada you. I tak sedar yang I..."

"You dengan perangai baran you memang tak boleh dikawal kan? Dari dulu lagi you macam ni. You ingat dengan perangai baran macam ni boleh selesaikan masalah dan I akan baik dengan you ke? Fikir dengan matang!"

"I love you, Aireen. Tolonglah..." rayu Haikal.

Aireen diam. Dia memandang wajah Haikal kemudian dia menggeleng.

"Haikal... you nak I cakap macam mana lagi dengan you ni? Bahasa apa lagi yang I kena guna untuk bagi you faham? I don't love you. Not even once."

"Tapi I tak boleh beri hati dan cinta I pada orang lain selain you. Not even Alma. Hati dan cinta I semuanya untuk Faryna Aireen bukan Alma."

"Okey, kalau you tak boleh nak terima Alma, you boleh aje putus dengan dia tapi bukan dengan memilih I. Kalau you memang yakin yang you tak boleh dengan Alma, you cari perempuan lain. Cari perempuan yang boleh you sayangi dan perempuan tu pun sayang you."

"Perempuan tu bukan I. I tak boleh nak sayang you melebihi seorang kawan, Haikal. Tolonglah jangan macam ni..." pujuk Aireen.

"Kenapa Aireen?" soal Haikal.

"Sebab I sayangkan orang lain. Haikal, lebih baik kejar orang yang sayang kita daripada kita kejar orang yang kita sayang. I dan tunang I sayang antara satu sama lain. Jadinya I tak akan pilih atau sayang lelaki lain selain daripada dia."

"Kenapa lelaki itu bukan I?" soal Haikal.

Haikal memegang bahu Aireen. Pandangan matanya kelihatan sayu.

"Sebab kalau lelaki itu you, I tak akan tolak you semasa waktu pertama kali you beritahu I yang you cintakan I. Ini hal cinta I, Haikal. I yang tahu apa kehendak hati I."

Jawapan yang Aireen berikan sungguh mudah untuk difahami.

~~~

SUDAH empat kali dia mencuba mendapatkan Faryna Aireen di dalam talian. Call sudah, WhatsApp sudah, SMS pun sudah namun sampai sekarang masih tak ada dihubungi. Ke mana Aireen pergi?

"Jeffrey, dah banyak kali saya call Aireen tapi tetap tak dapat." kata Tuan Zarief Khairil.

Jeffrey berfikir. "Mungkin Cik Aireen dalam mesyuarat? Tuan dah cuba WhatsApp dia?"

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now