Bab 52

12.8K 792 26
                                    

TAYAR kereta Range Rover Velar berhenti mengejut di hadapan rumah agam Tuan Zarief Khairil. Tuan Zarief Khairil turun dari kereta dengan tergesa gesa lalu masuk ke dalam ruang rumah mencari isterinya.

"Sayang! Sayang!" panggilnya.

"Yes! Upstairs." jawab Faryna Aireen.

Tuan Zarief Khairil naik ke tingkat atas di mana Faryna Aireen berada. Faryna Aireen hanya memandangnya dengan pandangan hairan.

"Kenapa you kalut semacam ni? Ada apa apa jadi ke?" soal Aireen.

"Papa..."

"Hah okey papa... kenapa dengan papa?" soal Aireen hairan.

"Papa you masuk hospital. Mama you cakap kemungkinan dia akan kena strok sebab Alma tolak dia jatuh tangga." terang Tuan Zarief Khairil.

"Oh... okey." jawab Aireen kemudian menyambung menaip di komputer riba.

Tuan Zarief Khairil memandang Faryna Aireen dengan hairan. Dia jawab oh okey aje?

"Sayang, buat apa lagi tu? Jom lah ikut I ke hospital. Tak nak tengok papa you ke?" tanya Tuan Zarief Khairil.

Aireen menggeleng. "Tak nak. You pergi ajelah seorang."

"Astaghfirullahalzim you! Kenapa cakap macam tu? Itu papa you tau."

"Tuan Zarief Khairil, I rasa I tak perlu nak beritahu you macam mana hubungan I dengan Datuk Kamal Effendi sebab I rasa you sendiri dah tahu sebelum tu kan? I tak rasa berminat nak pergi sebab dia ada isteri yang boleh jaga dia. Kalau you nak pergi tengok dia... nak jaga di hospital tu, pergi ajelah."

"Ya Allah, kenapa you jadi macam ni? You sedar tak papa you tu macam mana keadaannya? Sudahlah berdendam dengan papa tu. Tak padan dengan hilang ingatan lah you." marah Tuan Zarief Khairil.

"Hilang ingatan ni punca daripada dia anak beranak lah! Kalau bukan sebab diaorang sekeluarga, I rasa I tak akan jadi macam ni tau. Eh, hubungan kita pun terumbang ambing... I masih lagi tak ingat siapa you, apa cinta kita dan apa kenangan kita so please understand!"

"Nak faham apa? Eh, itu bapa you tau! Baik buruk dia, dia tetap bapa you! Jangan jadi keras hati sangat boleh tak? Kalau macam ni sikap you... you dengan Alma tu tak ada beza pun lah!" selar Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil kesal kerana reaksi tidak ada belas kasihan yang ditunjukkan oleh isterinya terhadap Datuk Kamal Effendi.

Faryna Aireen bangun dari duduk dengan rasa marah yang menggunung.

"Jangan sesekali you berani untuk samakan I dengan perempuan tu, Tuan Zarief Khairil!" bentak Aireen dengan nada yang tinggi.

"I tak sama langsung dengan perempuan tak guna tu dan you tak layak nak cakap I apa apa pasal semua ni sebab you tu bukan sesiapa pun. Kalau you sayang sangat dengan Datuk Kamal Effendi dan Datin Farah tu, you pergi lah jaga diorang. I sikit pun tak ada rasa untuk pergi dan I tak peduli langsung."

"Aireen, I ni suami you. Sedar sikit perkara tu! Jangan kurang ajar sangat." tegur Tuan Zarief Khairil.

"Suami apa suami? Eh, you tetap stranger dalam hidup I sekarang lah. You tak rasa pelik ke kenapa I tak ingat pada you seorang aje sedangkan semua orang, I boleh ingat? Hah... sebab you tu tak penting langsung dalam hidup I. Tak ada nilai!"

"Faryna Aireen!" jerkah Tuan Zarief Khairil.

Dia langsung tak pernah sangka kata kata itu keluar dari mulut wanita yang paling dicintai olehnya. Dia rasa kecewa dan hampa.

Renungan Tuan Zarief Khairil pada Faryna Aireen membuatkan Faryna Aireen tidak gentar. Dia sangat berbeza dengan Faryna Aireen yang dahulu.

"You dah jauh berbeza dengan diri you yang dulu, sayang. I... I langsung tak kenal siapa diri you sekarang ni." keluh Tuan Zarief Khairil.

Tuan Zarief Khairil (Completed)On viuen les histories. Descobreix ara