Bab 39

14K 807 42
                                    

MULTIMILLIONAIRE TERMUDA MALAYSIA, TUAN ZARIEF KHAIRIL TELAH SELAMAT BERKAHWIN DENGAN FARYNA AIREEN DATUK KAMAL EFFENDI, PEMILIK DKE MOTORSPORTS MALAYSIA

KERATAN majalah dan akhbar yang menulis artikel tentang perkahwinan Tuan Zarief Khairil dan Faryna Aireen sudah disebarkan kepada khalayak umum.

"Hmm... nampaknya hidup kita selepas ini akan dijadikan sebagai bahan hiburan masyarakat lah." ujar Faryna Aireen.

"Hah? Kenapa sayang cakap macam tu?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Yalah... berita dan gambar kita berkahwin dan bersanding dah keluar di majalah dan akhbar serata Malaysia. So mestilah akan ada wartawan yang sibuk nak tahu pasal hidup kita sepanjang masa."

"Di Malaysia ni ada paparazzi ke? Setahu I Hollywood aje ada paparazzi."

Aireen minum air kopi kegemaran di dalam cawan. "Memanglah tak ada tapi sekarang kan zaman media sosial? Bukan wartawan aje yang nak tahu pasal kita, netizen dan kumpulan makcik bawang pun tak tahu juga. Bila dah tahu mulakan reka tajuk dan artikel yang mengundang negativiti." katanya lagi.

"Tak apalah kalau you tak selesa, nanti I beritahu Jeffrey supaya pastikan privasi kita kekal terjaga. I sendiri pun tak mahu dikelilingi populariti tapi apa yang kita berdua ada sekarang ni yang membuatkan kisah hidup kita menjadi tumpuan umum." ujar Tuan Zarief Khairil.

"Boleh ke buat macam tu?"

"Boleh. Mestilah boleh... ini kan hidup kita? Suka hati kita lah nak buat macam mana."

Kemudian Tuan Zarief Khairil melihat pada jam tangannya. "Oh! I dah lambat nak masuk meeting. I pergi dulu tau sayang." katanya.

Dia menghulurkan tangan untuk Aireen bersalam. Kemudian dikucup dahi wanita itu sebelum beredar pergi.

"Eh, lunch time you balik tak?" soal Aireen.

"I don't think so. I ada banyak sangat kerja di pejabat dan luar pejabat hari ni."

"Kalau macam tu boleh tak I keluar untuk jumpa dengan Rashdan? Ada perkara sikit kitaorang nak cakap."

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Okey pergilah tapi remember to never cross the boundaries. Apa apa nanti you call I tau."

"Okey sayang. I love you!" kata Aireen.

"I love you more, baby!" sahut Tuan Zarief Khairil.

~~~

"KALAU kau dah telefon aku ajak jumpa macam tak ada hari esok ni maknanya penting lah kan?" soal Rashdan.

Aireen tersenyum.

"Tak tahu nak kata penting ke tak tapi aku tahu kau adalah orang yang tepat untuk aku bercakap pasal perkara ni."

Rashdan menggeleng. Dia dah kenal benar dengan Faryna Aireen itu. Lima tahun mengenali Faryna Aireen di bumi Cardiff membuatkan Rashdan mengetahui segala apa yang Aireen alami.

"Aku dah kenal kau sangat, Aireen. Apa saja kau akan kongsi dengan aku kan waktu kita di Cardiff dulu? Sekarang ni bila dah balik ke Malaysia, tak ada apa yang berubah pun antara kita. Kita masih berkawan kan?"

Aireen mengangguk. "Ya, kita masih berkawan dan suami aku pun dah makin rapat dengan kau." katanya.

"Eh, aku dah baca tau artikel kau dengan Tuan Zarief Khairil bersama gambar bersanding kau orang semalam. Fuh! Memang majalah dan akhbar habis terjual bila berita Tuan Zarief Khairil telah menamatkan zaman bujang jadi muka depan. Dalam media sosial pun ramai juga yang puji kau cantik."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now