Bab 3

29.8K 1.4K 92
                                    

CINCIN yang bertatahkan emas putih dan berlian kecil itu disarungkan ke jari manis sebelah kanan tangan Faryna Aireen oleh wakil Tuan Zarief Khairil.

"Haih, lama betul tenung cincin tu sampai nak tembus aku tengok. Kenapa kau dah mula jatuh cinta dengan si pemberi cincin tu ke?" usik Nely yang sudah lama berada di sebelah Aireen namun gadis itu aje yang tidak perasan.

Aireen mencebik.

"Tengok cincin pun salah ke? Nely, kau tahu tak yang sampai sekarang aku macam tak percaya yang aku dah jadi tunang orang tapi aku tak kenal pun siapa tunang aku tu."

"Itulah yang dinamakan jodoh. Siapa sangka yang kau akan jadi tunang orang dalam sekelip mata aje. Tapi kau okey aje kan dengan pertunangan ni?"

Aireen menggeleng tak tahu.

"Entahlah. Kadangkala tu aku ada rasa menyesal juga sebab ikut kata Tok Ayah untuk balik ke sini lepas tu tahu tahu hari ni dah jadi tunang orang tapi kadangkala tu aku rasa tak salah pun untuk aku ikut kata Tok Ayah sebab selama ni dia dah selalu dengar kata aku, turut segala kehendak aku so kenapa aku tak boleh ikut kata dia untuk sekali ini aje kan?"

Nely mengangguk.

"Ada betulnya juga cakap kau tu. Tak apalah, aku sebagai sahabat kau hanya mampu mendoakan kau semoga kau dijodohkan dengan lelaki yang baik, budiman dan bertanggungjawab."

"Thanks babe." ucap Aireen.

Kemudian Nely melihat ke sana ke sini namun tiada pun kelibat orang yang dia cari.

"Ai... papa kau tak ada dalam majlis ni ke? Dari tadi aku tak nampak pun kelibat dia. Mak tiri kau pun aku tak nampak juga. Diorang tak datang majlis ni eh?" soal Nely.

Aireen mengeluh. "Entah. Aku tak kisah pun sama ada diorang datang ke tak majlis ni. Kehadiran diorang bukannya menyenangkan aku pun."

"Hish! Kau ni tak baik cakap macam tu tau." tegur Nely.

"Betul lah apa yang aku cakap. Nely, tujuh tahun aku duduk di Cardiff tu tak pernah sekali pun papa aku tanya khabar pasal aku. Datang menjenguk pun jauh sekali. Balik balik yang datang jenguk aku, tanya khabar pasal aku... Tok Ayah dan Kak Elly. Itu ajelah orang dalam keluarga ni yang tengok muka aku dari aku umur 17 tahun sampai 23 tahun macam sekarang."

"Ya tapi takkanlah papa kau tak tahu hari ini majlis pertunangan kau? Tok Ayah tu ayah dia kut. Takkanlah Tok Ayah tak kasi tahu pada dia? Kalau aku, aku nak gila papa aku tengok aku bertunang tau."

"Itu kalau kau. Masalahnya sekarang ni, kau bukan aku pun. Halah... macamlah kau tak kenal Datuk Kamal Effendi tu macam mana. Apa yang aku buat selama ni bukannya dia ambil peduli pun. Aku ni nama aje ada papa tapi serupa anak yatim piatu. Semua hal hidup aku, dia serahkan bulat bulat pada Tok Ayah."

Aireen berkata jujur. Sejak mamanya meninggal dunia akibat barah darah, semua urusan perihal dirinya diserahkan kepada Tuan Ibrahim sebulatnya tanpa pernah Datuk Kamal Effendi ambil peduli.

Sakit pening Faryna Aireen adalah tanggungjawab Tuan Ibrahim. Datuk Kamal Effendi langsung tak mahu ambil tahu.

Main lepas tanggungjawab macam tu aje tanpa terbit sebarang rasa bersalah pun!

Nely menggosok bahu Aireen.

"It's okay. Kalau papa kau tak sayang kau lagi tak apalah. Yang penting kau masih ada Tok Ayah, Kak Elly, aku dan si sengal, Nady tu. Kitaorang semua sayang kau."

Aireen tersenyum ketawa apabila Nely menggelarkan adiknya Nady sebagai si sengal.

"Kau ni tak habis habis nak usik Nady tu. Kau ni memang kakak yang annoying lah aku rasa." kata Aireen.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now