Bab 9

22.2K 1.1K 38
                                    

BUKU menu kafe diserahkan pada Tuan Zarief Khairil, Faryna Aireen dan dua beradik iaitu Nely dan Nady. Faryna Aireen sangat suka dengan hiasan kafe Eat N Drink ini. Sangat moden dan kasual walaupun menyediakan makanan tradisional negara selain makanan barat.

Tuan Zarief Khairil hanya diam memandang cik tunangnya yang sentiasa tersenyum.

Ahh! Senyuman itulah yang membuatkan hatinya berdebar debar setiap kali memandang tuan punya badan.

Senyuman yang sangat manis dan mengasyikkan.

"You suka dengan kafe ni ke?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Suka. Cantik... makanan pun mesti sedap." jawab Aireen.

"I selalu makan dengan sini tau. Tak ada kafe atau restoran yang paling sedap melainkan kafe Eat N Drink ni. Tempat makan kegemaran I so sekarang you dah tahu dekat mana tempat makan kegemaran I."

"Oh, ya? Hmm... so I ajelah yang kena take note semua tentang diri you? You dah kenal I sangat lah ni?"

Tuan Zarief Khairil mengangguk tersenyum.

"Of course. I dah study pasal you selama dua tahun iaitu dengan cara berguru bersama Tok Ayah untuk memenangi hati Faryna Aireen. So, dengan penuh bangga I katakan... I dah khatam semuanya tentang diri you."

"Wow... you really really want me to be yours... right, Tuan Zarief Khairil?"

Faryna Aireen akui... kesungguhan Tuan Zarief Khairil untuk memperisterikan dirinya agak mengagumkan.

"Tak adil lah macam tu. You tahu semuanya tentang diri I tapi I baru tahu satu perkara tentang diri you." kata Aireen.

Tuan Zarief Khairil tersenyum sekali lagi.

"Tak apalah. Ingat senang ke nak kahwin dengan Tuan Zarief Khairil? Mestilah kena menimba ilmu sikit. Eh, Tuan Zarief Khairil tak mudah untuk didapati. Bertuah you sebab dapat I."

"Eh, perasannya! You yang nak kahwin dengan I. You yang serahkan cinta you pada I secara tiba tiba. I don't need to do anything."

Tuan Zarief Khairil menjulingkan matanya ke atas tanda malas melayan. Kemudian dia memandang Nady dan Nely yang sudah sedia untuk memesan makanan dan minuman.

"Girls, what do you want to eat and drink?" soal Tuan Zarief Khairil.

"Two carrot juices and two lamb chops." jawab Nely.

"Oh, sama menu dengan Nady?"

Nady mengangguk. "Haah. Pesan makanan dan minuman yang sama senang."

"Okey." kemudian Tuan Zarief Khairil memandang wajah Faryna Aireen.

"Sayang I pulak nak makan dan minum apa?" soalnya.

"Apa apa ajelah yang you pesan."

Kemudian pelayan kafe datang menghampiri meja mereka berempat untuk mengambil kertas pesanan makanan dan minuman daripada mereka.

Usai itu Tuan Zarief Khairil memandang mereka bertiga.

"Esok dah mula kerja kan... so kerja elok elok. Gunakan apa yang kau orang dah belajar masa degree dulu dengan sebetulnya." pesan lelaki itu.

Nely dan Nady mengangguk. "Okey, tuan!"

Kemudian dia memandang Faryna Aireen pulak.

"Nady dan Nely, kau orang kena tolong saya." katanya.

"Tolong apa tuan?" soal Nely.

"Tolong tengokkan Faryna Aireen ni untuk saya. Di Mahkota Holdings tu ramai klien lelaki yang gatal dan buaya darat. Staf pun ada yang kuat memikat so tolong make sure dia tak dipikat oleh sesiapa pun."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now