Bab 42

14.3K 923 135
                                    

TUAN Zarief Khairil terus bermundar mandir di hadapan wad kecemasan ditemani oleh Tuan Ibrahim, Rashdan dan Jeffrey. Para lelaki itu semuanya resah menunggu berita Faryna Aireen di balik wad kecemasan.

"Tok Ayah!" panggil Elly yang datang bersama Nely dan Nady dari Kuantan.

Elly terus memeluk Tuan Ibrahim manakala Nely dan Nady berdiri di hadapan Tuan Zarief Khairil.

"Macam mana boleh jadi macam ni, tuan? Aireen okey tak?" soal Nely.

Tuan Zarief Khairil menggeleng. "Tak tahu lagi Aireen macam mana. Tapi Alma yang tolak dia lepas tu dia kena langgar dengan kereta." jawabnya.

"Alma tolak dia!?" soal Nely dan Nady.

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Ya. Awal malam tadi Haikal perangkap Aireen untuk kena tangkap khalwat dengan dia tapi mujur Rashdan ada menjadi orang ketiga. Lepas tu Aireen dan Haikal balik ke rumah Datuk Kamal Effendi dan terus bergaduh dengan Alma dan Datuk Kamal Effendi. Alma jadi tak puas hati... dia terus tolak Aireen ke arah jalan."

"Eh, betina tu kan!" marah Nady.

Sedang elok mereka bertujuh menunggu perkembangan keadaan Faryna Aireen, Datuk Kamal Effendi datang bersama Datin Farah, Firdaus Haikal dan Alma.

Mata mereka bertujuh bertentangan dengan mereka berempat. Tanpa membuang masa, Nely dan Nady terus mendapatkan Firdaus Haikal dan Alma.

"Kau ni memang perempuan sial!" marah Nely sambil menampar wajah Alma.

Alma tergamam kaku apabila tiba tiba ditampar. Firdaus Haikal juga ditampar oleh Nely juga.

"Dan kau adalah jantan bodoh yang tak habis habis menyusahkan hidup Aireen!" jerit Nely.

Nady terus menahan Nely yang marah. "Sabar kak... ini hospital."

"Sabar apanya? Aireen tu sedang bertarung nyawa dengan maut tapi mereka berdua ni masih boleh datang ke sini seperti tiada apa yang berlaku. Apa yang sial sangat perangai kau orang berdua ni hah!?" soal Nely.

Alma dan Haikal hanya diam membisu.

Datuk Kamal Effendi menghampiri Tuan Zarief Khairil.

"Papa... minta maaf atas semua yang berlaku. Faryna Aireen..."

"Jangan sebut nama isteri saya!" jerkah Tuan Zarief Khairil pada Datuk Kamal Effendi sehingga tergamam lelaki itu dibuatnya.

Tuan Zarief Khairil merenung tajam wajah Datuk Kamal Effendi yang terdiam.

"Datuk jangan sesekali berani untuk sebut nama isteri saya lagi ya! Selama ni saya diam dan sabar aje melihat cara Datuk dan anak menantu kesayangan Datuk layan dia tapi kali ni sabar saya dah habis. Datuk jangan berani sebut nama isteri saya lagi."

Tuan Zarief Khairil memandang Firdaus Haikal dan Alma yang masih lagi terdiam.

"Pasal kau berdua... aku akan buat laporan polis! Jangan ingat kali ni aku akan diam lagi." ujar Tuan Zarief Khairil.

Datuk Kamal Effendi resah. "Jangan, Zarief! Tolonglah!?"

Tuan Zarief Khairil terkejut dengan rayuan itu.

"Tolonglah? Eh, Datuk sedar tak yang diorang suami isteri ni dah buat apa pada saya dan isteri saya? Oh, dah seronok menanganinya dan buat Aireen kemalangan... diorang boleh lepas macam tu ajelah? No way!"

"Tapi diorang ipar dan biras kamu. Tolonglah kesian pada papa." katanya.

"Siapa Datuk untuk saya rasa kasihan? Datuk sendiri pun tak pernah kasihan pada isteri saya walaupun Datuk tu papa dia."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now