Bab 46

13.7K 856 24
                                    

Masa kini...

HARI ini sudah cukup genap sebulan, Faryna Aireen dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya yang dilakukan oleh Alma. Namun tetap juga Faryna Aireen masih di dalam koma. Keadaannya langsung tidak berubah.

Itu juga yang membuatkan Tuan Zarief Khairil jadi buntu. Sebulan tanpa Faryna Aireen di sisi sudah cukup membuatkannya tidak bermaya, bahagia mahupun gembira.

Tiada lagi gelak tawa, gurau senda dan senyuman manis sang bidadari syurganya saban hari. Hilang sudah semua semangat Tuan Zarief Khairil untuk meneruskan hari hari tanpa suara Faryna Aireen.

"It's been a month she's like that. Only lying in bed without talking and obviously not saw me. Sampai bila dia akan terus macam ni? Saya sangat rindukan isteri saya." keluh Tuan Zarief Khairil pada Dr. Mawar Elena.

"Saya faham tuan tapi perkara sebegini memang ambil masa. Saya sendiri tak mampu nak bagi kata putus sama ada puan akan sedar secepat mungkin atau tak. Itu semua bergantung pada kekuatan puan dan kuasa Allah SWT."

Tuan Zarief Khairil mengeluh resah.

"Saya tak nak hilang isteri saya. Saya sayangkan dia dan kami baru aje berkahwin." katanya lagi.

"Saya faham perasaan tuan. Saya pun dah berkahwin dan saya tahu macam mana rasanya kesunyian apabila pasangan kita tak ada di sisi kita setiap hari tapi saya harap tuan banyakkan bersabar dan berdoa. Insya Allah puan akan sedar dari koma secepat mungkin."

Tuan Zarief Khairil mengangguk.

"Mungkin betul cakap doktor. Saya kena percaya dan bersabar dalam ujian Allah kasi pada kami ni. Maaf kerana saya merungut... saya dah terlalu kusut. Tanpa isteri saya, saya tak tahu nak buat apa."

Dr. Mawar Elena mengangguk tersenyum.

"Tak apa, kalau tuan perlukan bantuan emosi, tuan boleh ke klinik psikologi dan berjumpa dengan Dr. Adra Mikayla. Dr. Adra merupakan doktor pakar psikologi yang terbaik di dalam hospital ini. Insya Allah dia boleh bantu tuan." cadangnya.

"Yalah, terima kasih doktor atas cadangan tu." kata Tuan Zarief Khairil.

Dr. Mawar Elena terus meminta diri.

Saat Tuan Zarief Khairil mahu kembali ke wad Faryna Aireen, namanya telah dipanggil secara tiba tiba.

"Zarief!" panggil seseorang.

Apabila dia memandang ke arah suara itu memanggil, dia terus menjadi serius.

"Apa yang Datin buat di sini? Datin lupa ke yang saya dah halang Datin dan keluarga Datin untuk jejak kaki ke wad ini? Datin balik sekarang sebelum saya panggil sekuriti."

Tuan Zarief Khairil ingin menghalau Datin Farah. Namun Datin Farah merayu pada Tuan Zarief Khairil.

"Zarief, tolonglah! Mama datang seorang diri aje sebab mama nak tengok keadaan Aireen. Dah sebulan mama risau dengan dia. Mama rindu dia."

"Rindu apa? Eh, Datin tak payah nak buat scene drama swasta di sinilah. Datin dan keluarga Datin tu dah banyak buat isteri saya terluka! Saya takkan terus berdiam diri tengok isteri saya dilayan seperti sampah lagi. Datin balik lah!"

"Mama tak sama seperti mereka. Mama sayang Aireen macam anak kandung mama sendiri. Tolonglah Zarief... mama nak tengok Aireen. Sekali ni aje pun tak apalah."

Datin Farah masih cuba merayu. Tuan Zarief Khairil diam berfikir. Dia memandang wajah Datin Farah dengan mendalam. Dia dapat rasakan bahawa Datin Farah bercakap benar.

"Baik, saya izinkan Datin untuk masuk ke dalam dan lawat isteri saya tapi hanya sekali ini saja." katanya.

Datin Farah mengangguk. "Terima kasih Zarief. Mama janji hanya sekali ini saja mama datang jumpa kamu dan Aireen."

Tuan Zarief Khairil (Completed)Место, где живут истории. Откройте их для себя