Bab 12

18.7K 928 13
                                    

PENYEDUT minuman itu digunakan sebagai pengacau air jus oren yang dipesan olehnya di kedai makan. Faryna Aireen hanya diam namun dahinya berkerut.

"Kau kenapa Ai? Hari pertama kerja ni dah ada masalah ke?" soal Nely yang turun makan tengah hari bersamanya.

Aireen mengeluh memandang Nely.

"Masalah kerja tu belum ada tapi masalah manusia tu dah ada." jawabnya.

Nely dan Nady berpandangan sesama sendiri. "Siapa?" soal mereka.

"Firdaus Haikal. Dia tu lelaki yang satu universiti dengan aku di Cardiff dulu. Kami berkawan juga tapi tak adalah rapat sangat dan dia pernah suka pada aku."

Nely dan Nady mengangguk cuba memahami. "Okey, lepas tu?"

"Dia tu kasanova. Kasanova yang selalu bawa perempuan ke tempat tidur so memang taklah aku nak bercinta dengan lelaki macam dia tu. Tapi dia tak habis habis kejar aku. Sekarang ni dia dah bertunang dengan pilihan keluarga dia tapi tunang dia tu..."

Aireen memandang Nely dan Nady.

"Tunang dia adalah Alma..." sambungnya lagi.

Nely dan Nady terkejut.

"Alma?" soal mereka.

Aireen mengangguk.

"Macam mana dia boleh bertunang dengan adik kau pulak ni? Aduh... aku tak rasa Alma tahu pasal kau dengan tunang dia ni." kata Nely.

"Eh, perkataan adik tu perlahan sikit." kata Aireen.

"Dah memang sah dia tak tahu sebab Datuk Kamal Effendi takkan beritahu dia. Kalau dia tahu yang tunang dia pernah suka aku, kau orang ingat dia tak buat gila dia nak serang aku?"

"Habis sekarang ni pun Haikal tu masih suka kau ke?" soal Nady pulak.

"Ya, dia sendiri yang cakap tadi pertunangan dia dan Alma atas rancangan Datuk Kamal Effendi dan umi dia tapi hati dia masih pada aku."

"Kejadah apa dia cakap macam tu pada kau!? Dah bertunang tu... buat cara dah bertunang!" marah Nady.

"Kasanova buaya darat memang macam tu. Itulah yang aku duk berkerut dahi dari tadi. Sekarang ni dia adalah bos marketing aku. Jadinya, lepas ni aku harus mengadap muka dia hari hari."

"Tak apalah, kau sabar aje. Kalau kau tunjuk kau tak suka dia sangat, nanti dia akan gunakan tu sebagai alasan untuk buat kau berhenti kerja. Ai, kalau kau berhenti kerja secepat ini, nanti orang akan cakap kau tak profesional dan kau pemalas." ujar Nady.

Aireen menggeleng.

"Eh, aku tak terfikir sampai nak berhenti kerja. Kerja pun tak sampai satu hari lagi. Tak apa, aku ikut cakap kau tu. Takkan sebab aku tak suka dia, aku kena berhenti kerja. Aku tak mungkin akan berhenti kerja sebab masalah peribadi yang sebenarnya tak besar mana pun. Lagipun, dia bukan ex boyfriend aku malah aku tak pernah suka dia."

Nely menyokong.

"That's the spirit, girl! Kau kan Faryna Aireen dan Faryna Aireen takkan mudah mengalah."

~~~

"INI ada beberapa contoh mengenai rekaan pemasaran yang boleh you tengok sebagai panduan sebelum you beri rekaan pemasaran yang baru pada I." maklum Haikal pada Aireen.

Aireen mengambil fail dan dokumen yang diberikan oleh Haikal kemudian mula menyemaknya satu per satu. Dia langsung tak memandang wajah Haikal.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now