Bab 35

14.8K 821 12
                                    

GELAS air jus epal dan jus oren diletakkan di atas meja hadapan Faryna Aireen dan Rashdan. Teruja betul dia ingin berjumpa dengan Rashdan setelah beberapa tahun tidak bersua muka.

"So, tell me. After so many years, why so suddenly you come back here?" soal Aireen ingin tahu.

"Eh, kenapa? Aku tak boleh nak balik Malaysia dah ke? Nak kena minta izin kau dulu baru boleh balik?" soalan Faryna Aireen dijawab dengan soalan.

Aireen tersenyum sendiri.

"Taklah macam tu tapi kau tu Rashdan Zainuddin. Lelaki yang terlalu agungkan kerja dan Cardiff lebih daripada segalanya. Tiba tiba aje kau balik ke sini terus. Mestilah aku pelik."

Rashdan ketawa kecil.

"Saja nak ubah angin lagipun kau bukannya ada di sana pun. Lebih baik aku balik ke sini."

"Oh, kiranya kau balik sini sebab akulah? Halah sweetnya Encik Rashdan Zainuddin kita ini ya?"

"Mestilah. Rashdan semestinya lelaki yang sweet. Kau aje jual mahal dengan aku dulu."

Aireen ketawa. "Bukan dulu aje. Sekarang pun aku jual mahal dengan kau sebab status aku dah berubah daripada bujang ke isteri orang."

Rashdan terkejut. "Kau dah kahwin?"

Aireen menunjukkan tangan kanannya yang terisi dengan cincin kahwin.

"Aku baru aje kahwin tiga minggu."

Rashdan mengeluh.

"So memang betul aku dah terlepas nak kahwin dengan kau kan? Hmm... sampai hati tak beritahu aku langsung pasal perkara ni. Sebab tulah kau beria nak balik Malaysia beberapa bulan lepas."

"Dah kau lambat sangat melamar aku, aku kahwinlah dengan orang lain." kemudian Aireen ketawa besar.

"Tak adalah. Aku pendek kan cerita ajelah ya? Jodoh aku dan suami aku ni sebenarnya aturan Tok Ayah aku. Aku tak kenal pun siapa dia sebelum ni sampailah aku balik sini hari tu."

"Tapi kau bahagia lah?" soal Rashdan.

"Eh, of course lah bahagia! Kau tak nampak ke sinar kebahagiaan yang terpancar luas dari muka aku ni? Walaupun jodoh aku dan dia diatur oleh keluarga tapi kami bahagia sangat. Eh, bercinta selepas kahwin ni best tau. Kau patut cuba."

"Apa kau ingat bercinta dan kahwin ni macam free tester yang ada di supermarket tu ke suka suka hati nak cuba? Aku ni manalah ada teman wanita. Macam mana nak kahwin?"

"Lahh di Cardiff dulu bukan ramai aje ke perempuan nak dengan kau? Patutnya kau pilih ajelah mana satu yang kau suka." cadangan Aireen.

"Kau nak ibu aku mati kejung ke? Perempuan Cardiff tu semua bukannya cukup kain. Mahu ibu aku tetak kepala aku dengan parang kalau aku bawa balik perempuan seksi."

"Dah tu kau nak perempuan yang macam mana?"

"Yang macam kau... boleh? Kau tak banyak ragam. Senang aje nak jaga kau ni. Bagi aje makanan hilang marah dan hilang merajuk."

Aireen menggeleng.

"Tak boleh sebab yang macam aku adalah aku seorang aje dalam dunia ni dan aku pun dah dimiliki oleh lelaki lain. Limited edition."

"Hah dah tu aku tak payah kahwin lah." katanya mudah.

"Eh, umur kau tu dah 28 tahun tau. Nak jadi bujang terlajak ke? Aku ni 23 tahun dah kahwin. Elok aje bahagia."

"Kau lain. Kau perempuan dan orang perempuan memang kena kahwin awal. Aku ni siapalah yang nak? Kau pun tak nak dengan aku."

Aireen ketawa kemudian menggeleng.

Tuan Zarief Khairil (Completed)Where stories live. Discover now