🌿73: Perlawanan Di Arena (Part 3)

893 156 20
                                    

Di sekitar kawasan Stadium Tratenium Arena....

Kelihatan kawasan di stadium itu sedang dipenuhi oleh ramai orang terutamanya dari kalangan penonton apatahlagi peserta yang datang dari akademi yang berbeza. Pada saat itulah Zariel berserta ahli pasukannya yang lain sedang menyelesaikan sebuah misi dalam mengalahkan pihak lawan mereka yang penuh dengan kejutan & rahsia yang belum mereka tidak ketahui.

Leon selaku ketua mulai merancang setiap strategi bagi perlawanan yang mereka hadapi sementara yang lain hanya mendengarkan perancangan sang ketua mereka dengan penuh fokus malah teliti agar startegi yang dirancang berjaya untuk mengalahkan pihak lawan mahupun memenangi setiap perlawanan.

Atas jasa startegi Leon yang berkesan malah kerjasama yang mereka terapkan dalam pasukan mereka, telah banyak  pertarungan yang mereka berjaya hadapi bersama.

Satu-persatu perlawanan & pertarungan terus saja dihadapi oleh mereka dengan penuh bersemangat, tanpa rasa gentar mahupun dengan sikap keras kepala apatahlagi pentingkan diri.

Selain daripada kehebatan mereka dalam bertarung & telah memenangi banyak perlawanan, hampir sebahagian penonton yang ada di situ termasuklah para raja & juri mulai menumpukan perhatian mereka kepada pasukan Zariel termasuklah Raja Raizel yang sentiasa memerhatikan Leon.

Kerana hal itu, perlahan-lahan ia mula membuatkan Leon mulai berasa kurang senang, tertekan malah terganggu kerana renungan tajam dari ayahandanya apatahlagi orang-orang yang ada di sekitar situ yang turut memandangnya sehingga mulai menyukarkan dirinya untuk merancang strategi apatahlagi fokus dalam pertarungan.

Tak lama kemudian, di dalam sebuah perlawanan di dalam arena...

Kelihatan Leon sedang menepis setiap serangan bertubi-tubi yang dilepas oleh pihak lawannya itu menggunakan pedang Katana miliknya.

"Arghh! Jangan harap aku akan mengalah dengan orang macam kau!"kata pelajar lelaki itu lalu terus saja meluru ke arah Leon dengan pantas & melibas pedangnya ke arah Leon.

Leon yang sedar akan hal itu terus mengelak daripada terkena serangan. Walaupun begitu, Leon tidak sedar akan masalah yang sedang mendatang ke arahnya. Ketika dia sedang mengelak serangan pihak lawannya, dia tanpa sengaja telah terpandang Raja Raizel yang sedang merenungnya malah mulai berpaling ke arah lain & menumpukan perhatiannya ke arah Zariel.

Akibat terpegun dengan hal itu, pelajar lelaki yang menyerang Leon itu hanya tersenyum sinis sebaik saja  melihat peluang yang ada lalu terus saja menendang perut Leon dengan kuat sehingga membuatkan sang remaja itu terjatuh & mengerang kesakitan.

"Heh, kau akan kalah wahai putera,"kata pelajar lelaki itu lalu terus saja menghayun pedangnya ke arah Leon.

Tiba-tiba, pedang pelajar lelaki itu telah ditahan oleh seseorang sehingga membuatkan suasana sepi seketika. Semua orang hanya terpegun sebaik saja melihat hal itu.

"Ergh, Z..Zariel,"kata Leon sambil memegang perutnya yang senak akibat ditendang dengan kuat tadi.

Zariel terus saja menggunakan segala kekuatannya untuk menolak pedang pihak lawannya sehingga membuatkan pelajar lelaki itu terundur jauh daripada mereka.

"Grrr, berani betul kau halang aku!! Siapa kau ni hah?!!"marah pelajar lelaki itu sambil merenung Zariel.

"Grrr, berani betul kau halang aku!! Siapa kau ni hah?!!"marah pelajar lelaki itu sambil merenung Zariel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now