🌿50: Ujian Kekuatan

1.5K 198 59
                                    

Di padang latihan, di arena ujian...

Kelihatan para pelajar yang menyertai ujian sedang bersiap sedia untuk ujian mereka yang seterusnya sementara pelajar yang bertugas untuk persiapan ujian sedang memastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi seperti mana yang ditimpa oleh Zariel.

Pada masa yang sama, Zariel & sahabatnya mulai membuat regangan agar memudahkan mereka untuk melakukan ujian seterusnya apatahlagi kalau ia melibatkan fizikal untuk melakukan sesuatu yang berat.

"Ini pasti akan menjadi ujian yang susah,"kata Yuma yang sedikit kecewa.

"Kenapa kau cakap macam tu, Yuma?"tanya Hiro.

"Tengoklah, banyak betul benda yang kita nak kena angkat ni,"kata Yuma sambil memandang beberapa orang pelajar yang berbadan sasa sedang membawa batu-batu malah barang-barang yang berat untuk persiapan ujian.

"Mungkin agak mencabar tapi kita kena juga lakukannya. Sekurang-kurangnya, kita tahu berapa kuat kita nanti,"kata Leon.

"Haih, nampaknya macam tulah,"kata Yuma sambil mengeluh.

"Kita boleh lakukannya, Yuma. Mari kita lakukannya bersama sebab dengan cara ni, aku pasti kita boleh buat yang terbaik!"kata Hiro dengan penuh bersemangat.

 Mari kita lakukannya bersama sebab dengan cara ni, aku pasti kita boleh buat yang terbaik!"kata Hiro dengan penuh bersemangat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Y..Ya, jangan mengalah. K..Kita boleh buatnya bersama-sama sebab saya tahu y..yang awak semua memang k..kuat. J..Jadi, tolonglah j..jangan mengalah,"kata Zariel yang cuba memberikan kata-kata semangat kepada sahabat-sahabatnya sambil menarik hoodnya untuk menutupi mukanya yang mulai berona kemerahan.

Yuma hanya menutup mulutnya sambil menahan air matanya kerana terharu dengan Zariel termasuklah Amane yang turut terkena tempias kecomelan sang remaja itu manakala Hiro hanya tersenyum malah ketawa senang melihat gelagat sang remaja itu.

"Hahaha, nampaknya ini satu perubahan kecil yang sangat menghangatkan suasana,"kata Hiro sambil memandang Zariel yang semakin lama semakin banyak berkomunikasi dengan orang lain.

"Inilah saat paling bahagia yang aku nak lihat walaupun sekali seumur hidup aku ni,"kata Yuma sambil menahan rasa terharunya.

"Tak sangka yang aku pun terkena tempias budak ni,"kata Amane sambil menahan rasa geramnya.

Leon hanya terdiam sambil berpaling ke arah lain agar dirinya dapat mengelak daripada terkena tempias kecomelan Zariel seperti mana yang berlaku pada Amane. Rin yang berada di situ hanya terkaku sambil melihat mereka termasuklah Matsuno.

"Awww, bukan ke ini memori sangat manis untuk diingati?"kata Matsuno sambil tersenyum.

Rin hanya terdiam & terus saja berpaling ke arah lain seperti mana yang dilakukan oleh Leon bagi mengelak hal itu daripada mempengaruhi dirinya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi wisel ditiupkan sebagai tanda ujian akan dimulai sehingga membuatkan semua orang mulai menumpukan perhatian ke arah Hasabe.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now