🌿55: Perasaan & Kerisauan Seorang Sahabat

1.5K 187 19
                                    

Di dalam sebuah bilik...

Kelihatan Hasabe bersama dengan Prof. Yuu sedang berjalan masuk ke dalam bilik itu sambil memandang ke arah seseorang yang sedang duduk di sebuah meja.

"Maaf kalau kami menganggu Tuan Pengetua. Kami datang ke sini untuk berikan laporan,"kata Hasabe.

"Baiklah, saya dapat tahu yang sebahagian daripada para pelajar yang menjadi mangsa dalam kes ni, semuanya adalah pelajar yang mengikuti ujian bukan?"tanya sang pengetua itu untuk kepastian.

"Ya, tepat sekali, Tuan pengetua. Apa yang kami dapat tahu ialah kebanyakan pelajar yang terselamat daripada kes ni, tidak minum air atau makan makanan yang telah kami sediakan atas beberapa faktor tertentu,"kata Hasabe.

"Baiklah, sebelum tu, mana sampel air & makanan yang dikatakan telah disediakan kepada pelajar yang mengikuti ujian itu?"tanya sang pengetua.

"Ini dia,"kata Prof. Yuu lalu meletakkan sampel-sampel makanan & minuman yang diminta oleh sang Pengetua itu.

"Baiklah, macam mana dengan keadaan akademi & para pelajar sekarang?"tanya sang pengetua.

"Setakat ni takde sebarang berita atau sebarang peningkatan tentang apa yang terjadi,"kata Hasabe.

"Baiklah, tolong bawakan sampel-sampel ni pada Yagen. Mungkin dengan cara ni kita akan dapat tahu punca kes macam ni boleh terjadi,"kata sang pengetua.

"Baiklah, Tuan pengetua,"kata Hasabe.

"Kita kena pastikan yang kes ni dapat diselesaikan sebelum keadaan bertambah teruk lagi nanti & lagi satu, tolong kumpulkan bukti atau apa-apa petunjuk tentang dalang disebalik semua benda ni. Kita tak boleh lepaskan si pelaku ni sebab saya dapat rasakan si pelaku ni mungkin bukannya para pelajar kita,"kata sang pengetua lagi.

Di bilik rawatan...

Kelihatan Zariel sedang membantu Yagen membawa beberapa buah buku untuk dijadikan rujukan bagi menjalankan penyelidikan tentang peristiwa misteri yang telah terjadi di akademinya itu.

Yagen terus saja meletakkan buku-buku yang dibawa olehnya lalu dengan segera mulai membelek-belek setiap satu muka surat buku-buku itu sambil merujuk catatan pemeriksaannya terhadap pelajar-pelajar yang sedang dirawat olehnya itu.

"Huh, nampaknya kes ni jauh lebih susah daripada apa yang aku fikirkan,"keluh Yagen sambil membelek-belek helaian kertas buku & mengurut kepalanya.

Pada masa yang sama, kelihatan Hasabe & Prof. Yuu mulai berjalan masuk ke dalam bilik rawatan itu & terus saja berdiri dihadapan Yagen.

"Apa yang membuatkan awak berdua datang ke sini?"tanya Yagen sambil memandang mereka.

"Kami datang ke sini untuk hantarkan sampel-sampel makanan & minuman pelajar-pelajar ujian tu,"kata Prof. Yuu.

"Ah, baguslah kalau macam tu. Terima kasih sebab bawakan sampel-sampel ni ke sini,"kata Yagen.

"Zariel, kamu pun ada di sini jugak ya,"kata Prof. Yuu sambil memandang Zariel.

"Apa yang kamu buat kat sini? Takkan ke kamu sepatutnya berada di dorm sekarang ni?"tanya Hasabe.

"Tentang tu, dia akan berada di sini untuk membantu. Lagipun, pelajar-pelajar yang sepatutnya bertugas dengan saya kebanyakkan daripada mereka adalah mangsa dalam kes ni sebenarnya,"keluh Yagen yang pasrah.

"Macam tu ya. Baiklah, kalau takde apa-apa lagi, kami pergi dulu ya,"kata Prof. Yuu.

Mereka berdua terus saja berjalan keluar daripada bilik rawatan itu & hanya meninggalkan Yagen yang sedang ditemani oleh Zariel.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now