🌿8:Menjadi Pengasuh Sementara

2.4K 243 36
                                    

Setelah lama Amane berada di situ, akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya. Dia terus saja bangun lalu meminta diri.

"Maaf ya abang tak boleh duduk lama sangat kat sini. Kalau ada masa, abang datang melawat lagi ya, Yuma,"kata Amane.

"Baiklah, nanti abang datang lagi ya,"kata Yuma sambil tersenyum.

"Hahaha, jaga diri kamu semua baik-baik terutamanya kamu, Yuma. Jangan lupa jagakan sahabat kamu yang sorang ni,"kata Amane sambil tersenyum lalu mengusap-ngusap kepala Zariel.

"Baiklah! Bye, abang!"kata Yuma.

"Ya, selamat tinggal,"kata Amane laku berjalan keluar dari dorm mereka.

Hiro hanya tersenyum lalu memandang Yuma yang sedang tersenyum senang itu lalu dia memandang Zariel pula. Zariel hanya memegang kepalanya sebaik saja kepalanya diusap oleh Amane. Hal itu mengingatkan dirinya tentang Tuan Haise yang seringkali memperlakukan dirinya seperti itu.

"Tuan Haise,"kata Zariel perlahan sambil memegang kepalanya itu.

Keesokannya...

Mereka berjalan keluar dari dorm sambil melihat suasana di situ. Tiba-tiba, Yuma terus saja terhenti sambil memandang sesuatu.

"Tengok, ada ikan koi yang besar lah,"kata Yuma sambil menunding jarinya ke arah kolam yang ada di situ

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Tengok, ada ikan koi yang besar lah,"kata Yuma sambil menunding jarinya ke arah kolam yang ada di situ.

"Wow, ia sangat besar lah,"kata Hiro.

Zariel hanya memandang ke arah kolam itu tanpa berkata-kata apa-apa. Tiba-tiba, kelihatan seseorang sedang berjalan ke arah mereka. Mereka semua hanya memandang orang itu dengan rasa kasihan.

"Encik Yuri? Ada apa ni?"tanya Yuma.

"Saya datang ke sini untuk jumpa kamu semua. Saya nak minta kamu semua tolong saya,"kata Yuri.

"Tolong? Tolong apa?"tanya Hiro.

Di sebuah tempat markas pahlawan di Akademi Trigon...

Mereka semua hanya berjalan masuk ke sebuah markas pahlawan. Di situ para pahlawan yang bertugas untuk menjaga keselamatan kawasan pekan mahupun bandar yang ada di sekitar situ akan berkumpul sebelum memulakan tugas mahupun selepas selesai melakukan tugas mereka. Bukan itu saja, tempat ini juga turut menempatkan para pahlawan muda seperti kanak-kanak yang berumur lebih kurang 5 hingga 12 tahun ke atas akan  dilatih & diajari pelbagai perkara terutamanya terhadap pelajar yang memiliki kelebihan atau kuasa yang luar biasa.

Ketika masuk, kanak-kanak di situ hanya memandang mereka dengan penuh tanda tanya & ingin tahu. Tiba-tiba, Yuri terus saja dipeluk oleh beberapa orang pelajar.

"Cikgu Yuri, mana abang Ichi dah pergi? Kenapa dia tak datang hari ni?"tanya Shihiro Azumi sambil memeluk Yuri.

"Ya! Tolonglah bagitau kami!"kata salah seorang dari mereka.

Zariel:Budak Berhood PutihTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang