🌿48: Ujian Ketangkasan (Part 3)

1.5K 198 61
                                    

Di padang latihan, di arena ujian...

Kini, tiba waktunya untuk ujian ketangkasan bahagian ke-2 dimulai. Pelajar yang menyertai ujian itu sedang bersiap sedia dengan senjata masing-masing kerana mereka bakal menunjuk diri & kepakaran mereka yang tersendiri di dalam ujian kali ini.

Zariel hanya memandang pedang Katana miliknya itu. Dia hanya tersenyum sebaik saja mengingati saat dimana Haise menyerahkan pedang Katana itu kepada dirinya yang masih kecil pada saat itu.

Sejak dia mulai menerimanya, Zariel terus saja berlatih dengan penuh tekad walaupun usianya masih belum mencecah 10 tahun pada saat itu.

"Terima kasih diatas pemberian pedang ni, Tuan Haise. Zariel takkan kecewakan Tuan Haise,"kata Zariel perlahan sambil memandang pedangnya itu.

"Baiklah, semua pelajar sila bersiap sedia kerana ujian kita yang seterusnya kerana ia bakal bermula tidak lama lagi. Pastikan kamu semua membawa & menyediakan senjata sendiri atau kamu semua takkan dapat sertai ujian ni,"kata Hasabe.

"Nampaknya ujian dah nak bermula. Semoga berjaya, semua,"kata Yuma sambil tersenyum & memang yang lain.

"Baiklah, mari lakukan yang terbaik, semua!"kata Hiro dengan penuh bersemangat.

"Baiklah, pastikan korang semua lulus dalam ujian kali ni,"kata Leon.

"B...Baiklah, berusaha ya, s..semua,"kata Zariel perlahan.

Ketika perlawanan dimulai, Zariel hanya melihat figure latihan kayu yang sedang diserang oleh para pelajar dalam ujian itu. Walaupun semua orang yang melihat patung figure latihan kayu itu  cuma merasakan hal yang biasa tetapi tidak pada Zariel.

Baginya, dia seperti merasai ada sesuatu yang berbeza dengan figure-figure latihan kayu itu. Walaupun begitu, dia tidak pasti akan punca dirinya berfikir sebegitu.

Setelah beberapa ujian kemudian...

Kini, tibalah giliran Zariel & sahabat-sahabatnya pula untuk menyerang figure latihan kayu itu. Sebaik saja nama Yuma mulai dipanggil, sang remaja itu terus saja berjalan mendekati figure latihan kayu yang terkaku dihadapan dirinya. Dia hanya memandang figure latihan kayu itu sambil bersiap sedia dengan pedang disamping dirinya itu.

Sebaik saja kedengaran bunyi wisel ditiupkan, figure-figure latihan kayu itu terus saja mengeluarkan senjata mereka & menyerang Yuma. Sang remaja itu terus saja mengelak & mengeluarkan pedangnya lalu menyerang setiap satu figure latihan yang cuba menyerang dirinya.

Satu-persatu figure latihan itu mulai ditikam oleh Yuma sehingga mengakibatkan figure latihan itu mulai berhenti bergerak sebaik saja bahagian dada atau belakang mereka mulai ditikam tepat olehnya.

Yuma hanya melepaskan lelahnya sambil memandang sebuah figure latihan kayu yang masih tinggal. Dia terus saja memegang erat pedang miliknya itu.

 Dia terus saja memegang erat pedang miliknya itu

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
Zariel:Budak Berhood PutihМесто, где живут истории. Откройте их для себя