🌿69: Bayangan Misteri

1.1K 173 18
                                    

Di bilik rawatan....

Kelihatan Yagen sedang menyapukan ubat & membaluti tangan Yuma. Leon yang melihat hal itu hanya berada di situ untuk menemani Yuma.

"Baiklah, semuanya dah selesai. Tapi, macam mana tangan kamu boleh tercedera & terseliuh ni? Adakah kamu terjatuh dari tangga terlalu kuat atau sebaliknya?"tanya Yagen yang risau.

"Takde apa-apa, saya cuma terjatuh, Encik Yagen. Maaf sekiranya saya menyusahkan encik hari ni,"kata Yuma sambil tersenyum kelat.

"Itu memang sudah menjadi sebahagian dari tugas saya. Walaupun begitu, kamu pasti ke yang kau mahu tetap bertanding dengan keadaan macam ni?"tanya Yagen yang risau.

"Ya, sudah tentulah. Lagipun, kami dah takde masa untuk cari pengganti baru,"kata Yuma.

"Huh, baiklah kalau macam tu. Kamu boleh pergi sekarang,"kata Yagen.

"Baiklah, terima kasih untuk segalanya, Encik Yagen.

"Sama-sama & panggil saya, Yagen. Itupun dah dikira ok,"kata Yagen sambil tersenyum.

"Baiklah, Yagen,"kata Yuma.

Setelah itu, Yuma & Leon mulai berjalan menuju ke dorm. Leon yang melihat Yuma hanya terdiam. Dia berasa sedikit risau & gusar setelah apa yang terjadi apatahlagi perlawanan penting mereka akan berlangsung esok.

"Hei, Leon,"panggil Yuma.

"Ya, ada apa?"tamat Leon.

"Tolong jangan bagitau yang lain tentang ni ya?"kat Yuma.

"Kenapa? Sepatutnya kita perlu bagitau mereka tentang ni terutamanya pada Silvia. Mungkin dia boleh rawat kecederaan kau,"kata Leon.

"Tak perlu, aku tak kisah kan tentang tu. Lagipun, sihir penyembuhan memakan banyak mana/kuasa untuk digunakan,"kata Yuma.

"Jadi, kau pasti ke tentang ni?"tanya Leon.

"Ya, aku pasti sangat. Jadi, tolong rahsiakan ya? Lagipun, mereka dah berusaha sedaya-upaya mereka untuk jadi yang terbaik & begitu juga aku,"kata Yuma sambil tersenyum.

"Urm, baiklah tapi aku harap kau sedar akan risiko yang aku tanggung,"kata Leon sambil berpeluk tubuh.

"Hm, baiklah, Leon. Apa-apapun, terima kasih sebab selamatkan aku,"kata Yuma sambil tersenyum kecil.

Leon yang melihat hal itu hanya berpaling ke arah lain tanpa mengisahkan

Pada malam itu....

Kelihatan Yuma sedang berjalan keluar dari biliknya & menuju ke ruang tamu. Ketika dia pergi ke ruang tamu, dia terpandang Amane yang sedang bersama yang lain sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Walaupun begitu, dia edar ada sesuatu yang tiada di situ.

"Abang, ada nampak Zariel & Hiro?"tanya Yuma sambil memandang Amane yang sedang sibuk bermain permainan video.

"Tak, abang tak nampak mereka,"kata Amane yang sedang bermain permainan video bersama dengan Matsuno & Ringo menggunakan telefon pintar masing-masing.

"Hmm, Abang Noboru, ada nampak Zariel & Hiro tak?"tanya Yuma.

"Ouh, mereka berdua ke? Maaf ya, abang tak tahu,"kata Noboru yang sedang sibuk melipat pakaian.

"Erm, mana mereka dah pergi ni?"tanya Yuma pada dirinya.

"Kamu tengah Cari Zariel & Hiro ke, Yuma? Mereka berdua kata nak pergi ke gim untuk latihan malam,"kata Yashito yang sedang mewarnai kukunya dengan pewarna kuku.

"Eh? Boleh ke mereka nak buat latihan pada malam-malam macam ni?"tanya Yuma yang was-was.

"Jangan risau tentang tu, aku dah minta kebenaran dengan Prof. Yuu untuk benarkan mereka berdua berlatih di sana pada malam ni,"kata Leon yang baru saja keluar dari biliknya bersama dengan Konnosuke yang hanya duduk di atas bahunya.

"Ouh, kalau macam tu, aku pergi tengok mereka kejap ya,"kata Yuma laku terus saja mencapai jaketnya di dalam bakul kain yang ada berdekatan dengan Noboru.

Setelah menyarung jaketnya, dia terus saja berjalan keluar dari dorm lalu terus saja berjalan pergi ke akademi menuju ke gim.

Di gim akademi....

Yuma mulai membuka pintu gim perlahan-lahan untuk melihat keadaan di dalamnya. Dia sedar yang suasana di dalam gim kelihatan sunyi malah tidak kedengaran sebarang bunyi.

"Helo? Zariel? Hiro? Korang berdua? Hmm, mana mereka dah pergi?"tanya Yuma.

Yuma yang risau terus saja bergegas mencari Zariel & Hiro yang dikatakan berada di situ. Satu-persatu bilik latihan yang ada di dalam gim itu terus saja diperiksa olehnya sehinggalah ke bilik yang terakhir.

Ketika Yuma mulai membuka pintu itu, dia hanya menghelakan nafas lega sebaik saja melihat kedua orang sahabatnya yang berada di situ. Dia hanya tersenyum kecil melihat kedua orang sahabatnya yang sudah tertidur di situ.

 Dia hanya tersenyum kecil melihat kedua orang sahabatnya yang sudah tertidur di situ

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

"Huh, nampaknya aku jugak yang perlu bawak korang balik. Mungkin berguna jugak ya aku berlatih tanpa henti sejak kebelakangan ni ya?"kata Yuma laku mengangkat kedua orang sahabatnya lalu terus saja berjalan keluar dari situ bersama kedua sahabatnya itu.

Pada malam yang sama, di sebuah tempat....

Kelihatan bayangan menyerupai seseorang di sekitar kawasan bandar itu sedang bersembunyi sambil memerhatikan orang disekeliling kawasan itu. Dia hanya memandang tajam ke arah para penduduk yang sedang berjalan di sekitar situ.

Perlahan-lahan senyuman sinis orang itu mulai terukir sehingga air liurnya mulai menitik-nitik keluar dari mulutnya. Anak matanya yang berwarna merah terang mulai kelihatan disebalik kegelapan malam yang menyelubungi kawasan itu.

Orang itu terus saja bergerak dengan sangat pantas di dalam kegelapan tanpa disedari oleh sesiapa malah mata orang itu tetap saja memerhatikan orang yang sedang berada di situ.

"Hehehe, inilah saatnya untuk makan makanan aku,"kata orang itu sambil tersenyum sinis.

Bersambung.....

Zariel:Budak Berhood Putihحيث تعيش القصص. اكتشف الآن