🌿45: Ujian Ketepatan

1.4K 207 22
                                    

Di padang latihan, di arena ujian...

Kelihatan Zariel & sahabatnya malah seorang pelajar yang lain sedang bersiap sedia untuk melakukan ujian ketepatan menggunakan busur & anak panah. Mereka semua hanya memberikan fokus terutamanya Zariel.

Zariel mulai menyasarkan busurnya ke arah sasaran. Dia mulai memberikan fokus pada sasaran itu. Perlahan-lahan, dia menarik & menghembuskan nafasnya lalu melepaskan anak panahnya malah tepat mengenai sasaran.

Dia dengan segera mencapai anak panah yang lain & melepaskannya lagi. Setiap anak panah yang dilepaskan oleh dirinya terus mengenai tepat ke arah sasaran. Tiba-tiba, beberapa buah sasaran itu mulai bergerak dengan sendirinya seperti yang pelajar lain alami.

Zariel dengan tenang & sabarnya terus saja melakukan hal yang sama lalu melepaskan anak panahnya malah mengenai tepat pada sasaran walaupun ia bergerak. Tetapi, semakin lama ia bertambah susah kerana sasaran itu mulai semakin bergerak dengan pantas sebaik saja satu-persatu sasaran mulai mengena.

Pelajar yang lain hanya terpegun dengan kehebatan Zariel dalam ujian itu apatahlagi sesuatu yang mengejutkan berlaku sebaik saja mereka sedar akan perbuatan Zariel yang sedang berada diluar jangkaan mereka itu kerana dia bakal melepasi had nya.

Yuma & yang lain turut memandang ke arah Zariel sebaik saja menyedari yang sang remaja itu masih belum melepaskan anak panahnya ke arah 3 sasaran yang masih tinggal.

Mereka yang sudah selesai melakukan ujian itu hanya memandang sahabat mereka itu. Zariel terus saja mencapai 3 anak panah & terus saja menyasarkan busurnya ke arah 3 sasaran itu.

"Tak mungkin, dia nak lepaskan semua anak panah tu sekaligus ke? Aku tak rasa ini sesuatu yang biasa,"kata Nakigitsune  perlahan sambil memandang Zariel.

Zariel terus saja melepaskan ketiga-tiga anak panah itu & tepat mengenai ketiga-tiga sasaran yang masih tinggal. Yang lain hanya terpegun sehingga tidak terkata-kata.

"B...Baiklah, ujian pertama berkaitan ketepatan menggunakan busur & anak panah telah tamat. Mari mulakan ujian yang seterusnya, ujian ketepatan menggunakan senjata api,"kata Hasabe.

"T..Tak mungkin, apa yang aku tengok ni memang betul-betul berlaku ke?"tanya Dyana pada dirinya.

Silvia hanya terdiam tidak terkata-kata kerana terlalu kagum dengan hal yang mengejutkan itu. Dia tidak menyangka yang sang remaja itu sangat bagus dalam ujian seperti itu.

"Terbaiklah, Zariel! Macam mana kau buat tu ya?"tanya Yuma dalam keadaan teruja & kagum pada sang remaja itu.

"I..Ia cuma perkara biasa saja,"kata Zariel yang merendah diri.

"Perkara biasa kau cakap, Zariel?! Itu bukannya biasa tetapi mengagumkan tahu?!"kata Hiro dengan penuh bersemangat.

"Kau memang hebat juga ya. Aku rasa kau mungkin boleh lepasi banyak lagi ujian yang lebih susah lepas ni,"kata Leon.

"Sekurang-kurangnya, kita semua dapat lakukannya dengan baik,"kata Hiro.

"Tuan Haise ke yang ajar kau memanah, Zariel?"tanya Yuma.

"Y..Ya, dia pernah ajar saya lepaskan 5 anak panah sekaligus,"kata Zariel perlahan.

"Betul ke?! Hebatnya! Nanti ajarlah aku sekali!"kata Yuma.

"Aku juga, Zariel! Ia pasti menarik kalau kita belajarnya bersama-sama kan?"kata Hiro sambil tersenyum.

"B..Baiklah, s..saya rasa s..saya boleh latih awak semua,"kata Zariel sambil memperendah-rendahkan dirinya.

Beberapa minit kemudian...

Para pelajar mulai melakukan ujian yang seterusnya iaitu, ujian ketepatan menggunakan senjata api seperti pistol & senapang yang bergantung pada pilihan mereka. Sama ada menggunakan salah satu daripadanya atau kedua-duanya sekali.

"Aku tak pernah guna pistol sebelum ni,"kata Hiro pada dirinya sendiri.

"Aku tak pernah gunakan kedua-duanya,"kata Yuma pada dirinya.

"Rasanya, mungkin aku boleh buatnya,"kata Leon pada dirinya.

"Tak sangka mereka pun main permainan yang macam ni. Mungkin apa yang Tuan Haise cakap mungkin betul rasanya,"kata Zariel pada dirinya sambil memandang pistol & senapang itu.

Mereka berempat mulai memilih senjata api yang mereka ingin gunakan. Bagi Zariel, dia mampu menggunakan kedua-duanya yang jasanya dia belajar daripada latihan Haise sejak dia masih kecil lagi. Bagi Leon, dia juga mampu menggunakan kedua-duanya kerana pernah dilatih untuk menggunakannya dulu tetapi dia lebih bagus dalam menggunakan pistol berbanding senapang.

Bagi Hiro, dia pernah belajar menggunakan senapang tetapi tidak mempelajari cara untuk menggunakan pistol & bagi Yuma, dia sama sekali tidak pernah menggunakan kedua-duanya. Walaupun begitu, dia bernasib baik kerana Hasabe telah menunjukkan beberapa cara untuk menggunakannya. Sekurang-kurangnya, dia serba sedikit pandai menggunakan pistol.

"Baiklah, mulakan ujian sekarang!"kata Hasabe.

Sebaik saja mendengar arahan sang guru itu, kedengaran beberapa das tembakan senapang mulai dilepaskan sehingga peluru senjata yang digunakan itu perlu diisikan semula & bunyi itu datangnya daripada Zariel yang sedang sibuk malah fokus menyasarkan setiap sasaran.

Dia terus saja melepaskan beberapa das tembakan senapangnya ke arah sasaran dengan tepat seperti dia sudah benar-benar pakar dalam hal itu. Semua orang hanya terpegun termasuklah dengan para gurunya sekali. Melepaskan tembakan tanpa henti & semuanya tepat? Inilah sesuatu yang belum pernah mereka lihat sebelum ni apatahlagi sahabat-sahabatnya yang baru pertama kali melihat sisi diri Zariel yang lain dalam ujian itu.

"Aku tak sangka dia sebagus ni,"kata Leon pada dirinya.

"Agaknya apa lagi yang Zariel belajar selama dia bersama dengan Haise ya?"tanya Yuma pada dirinya sendiri.

"Hmm, dia terlalu bagus dalam ujian ni. Adakah dia ni pernah sertai pertandingan atau pernah menjadi sebahagian ahli sukan professional dalam acara seperti ini?"kata Hasabe perlahan.

Zariel hanya memandang sasaran yang mulai bergerak seperti mana yang berlaku disaat ujian ketepatan sebelum ini. Dia terus saja mencapai 2 pucuk pistol & terus saja melepaskan beberapa das tembakan melalui kedua-dua pucuk pistol itu tanpa henti sehingga pelurunya perlu diisikan semula & sebelum menembak sasaran yang masih ada.

Semua orang semakin terpegun dengan hal itu sehingga Yuma yang melihat hal itu telah menjatuhkan pistol miliknya. Dia bagaikan tidak mempercayai apa yang dilihat dihadapannya itu. Kesemua adegan tembakan Zariel itu bagaikan sama seperti dalam filem & cerita saja.

Sebaik saja ujian selesai, Zariel hanya melepaskan lelahnya & memandang 2 pucuk pistol miliknya yang masih mengeluarkan asap setelah melepasi ujian itu jauh lebih cepat daripada yang lain.

"Sampai macam tu sekali dia gunakan pistol dia?!"kata Leon pada dirinya kerana terlalu terkejut dengan apa yang terjadi.

"R..Rasanya, saya melebih-lebih sangat kali ni,"kata Zariel perlahan lalu meletakkan senjatanya ke tempat yang asal.

"Nampaknya, kau memang betul, Yuu. Budak tu agak mengagumkan tapi aku mahu lihat lebih banyak lagi kehebatan yang dia sembunyikan,"kata Nakigitsune sambil melihat Zariel.

"Dia bukan saja hebat dalam berlawan tetapi agak baik juga orangnya walaupun sangat pemalu orangnya,"kata Prof. Yuu sambil tersenyum.

Pada masa yang sama, kelihatan Rin, Matsuno & Zen yang sedang berada di situ sambil menonton ujian-ujian itu. Mereka semua hanya terkaku sebaik saja melihat hal itu sendiri apatahlagi lagi Zen sendiri.

"Wow, aku tak sangka Zariel sehebat ni. Aku kena rakam semua ni!"kata Matsuno dalam penuh keterujaan.

"Kalaulah aku boleh berlatih dengan dia. Inilah orang yang aku nak berlatih bersama nanti,"kata Rin pada dirinya sendiri.

Zen pula hanya terdiam kerana terlalu terkejut sehingga tidak terkata-kata dengan apa yang dia lihat. Walaupun begitu, dia masih bagaikan tidak mempercayai dengan apa yang dia lihat sehingga dia ingin melihat lebih banyak perkara seperti itu.

Bersambung....

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now