🌿31: Menentukan Jalan Kehidupan Yang Seterusnya

1.7K 203 22
                                    

Setelah 2 minggu tinggal bersama dengan Haise, akhirnya tamat sudah cuti mereka & kini, mereka harus bersiap untuk pergi ke Akademi Demora's Shield yang dimana mereka dipilih setelah memenangi perlawanan yang diadakan sebelum ini.

Tambahan pula, selama mereka bercuti, hubungan mereka juga mulai bertambah baik & rapat termasuklah Leon. Perlahan-lahan, perwatakannya yang kasar & suka membuli mulai berubah kepada seorang yang lebih baik & bersikap ramah.

Di bilik Zariel...

Haise yang sedang berdiri di muka pintu hanya memerhatikan Zariel yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam beg. Dia hanya tersenyum melihat anak angkatnya itu kerana bakal melangkah pergi jauh dari sini setelah lama tinggal bersama dengannya.

"Zariel, kamu ada perlukan apa-apa lagi? Harap kamu cepat, tak lama lagi ada seseorang yang akan datang ambil kamu semua pergi ke akademi,"kata Haise.

"Baiklah, Tuan Haise. Saya cuma perlu kemas beberapa barangan je lagi,"kata Zariel sambil memandang Haise.

Di luar rumah...

Kelihatan Zariel & sahabatnya sudah berada di luar rumah sambil membawa barangan mereka malah hanya menanti orang yang akan mengambil & membawa mereka pergi ke Akademi Demora's Shield.

"Cepat betul masa berjalan kan? Rasa macam sekejap je selama kita tinggal kat sini  dalam masa 2 minggu kan?"kata Hiro.

"Ya, aku suka sangat tinggal di sini,"kata Yuma.

"Saya gembira yang kamu semua berasa senang & suka selama tinggal di sini,"kata Haise sambil berjalan mendekati mereka.

"Terima kasih untuk segalanya, Encik Haise. Kami sangat seronok selama tinggal di sini & terima kasih sebab ajar kami banyak perkara juga,"kata Yuma sambil tersenyum.

"Ya! Saya berharap sangat yang kami dapat datang ke sini lagi nanti,"kata Hiro dengan penuh semangat.

"Sama-sama, kamu berdua. Ia cuma hal yang kecik saja. Lagipun, kamu berdua memang dialu-alukan untuk datang ke sini lagi,"kata Haise sambil tersenyum.

"Tuan Haise, terima kasih sebab benarkan saya tinggal di sini,"kata Leon perlahan.

"Sama-sama, Leon. Kamu pun sama. Kamu boleh datang ke sini bila-bila saja yang kamu mahukan. Lagipun, kamu dah nampak macam anak saya sendiri je,"kata Haise sambil memandang Leon.

Pada masa yang sama, kelihatan sebuah pintu telepotasi mulai muncul dihadapan mereka semua & kelihatan seseorang mulai berjalan keluar sambil memandang mereka.

Pada masa yang sama, kelihatan sebuah pintu telepotasi mulai muncul dihadapan mereka semua & kelihatan seseorang mulai berjalan keluar sambil memandang mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat berkenalan, nama aku Noboru Izumi. Panggil saja saya, Noboru. Aku dihantar ke sini untuk mengambil pelajaran yang dikatakan terpilih untuk pergi ke akademi kami,"kata Noboru sambil memandang mereka.

"Abang Noboru rupanya! Lama betul tak jumpa!"kata Yuma sambil tersenyum.

"Yuma!! Lama betul tak jumpa kamu. Dah besar ya kamu sekarang,"kata Noboru sambil tersenyum.

"Kau kenal dia, Yuma?"tanya Hiro.

"Ya, dia kawan sekelas kepada abang aku, Noboru Izumi & dia pun dah macam abang aku sendiri je,"kata Yuma sambil memeluk Noboru.

"Hahaha, kamu ni, Yuma. Maaf ya, kita tak boleh bazirkan masa yang ada sekarang. Rasanya kita boleh bercakap di akademi nanti je. Sekarang, sila masuk ke dalam pintu telepotasi ni ya,"kata Noboru sambil tersenyum.

"Baiklah, mari pergi! Jumpa lagi, Encik Haise! Jaga diri Encik baik-baik!"kata Hiro laku terus saja berjalan masuk.

"Semoga kita bertemu lagi ya, Encik Haise. Jaga diri baik-baik,"kata Yuma & terus saja mengikuti Hiro.

"Kami pergi dulu, Tuan Haise. Saya harap.. dapat bertemu dengan tuan lagi,"kata Leon sambil memandang Haise.

Zariel hanya memandang Haise sebelum berjalan pergi menuju ke arah pintu telepotasi itu. Rasa berat hatinya untuk pergi meninggalkan sang penjaganya setelah lama tinggal bersama. Pada saat itulah, Haise mengusap kepala Zariel & hanya tersenyum.

"Zariel, saya tahu berat rasanya untuk berpisah kadangkala tapi kamu dah cukup matang untuk menentukan jalan kehidupan kamu sendiri. Pergilah & lihatlah dunia luar yang lebih luas ini,"kata Haise sambil tersenyum.

Zariel hanya tersenyum sambil memandang penjaganya, Haise. Dia senang mendengar apa yang dikatakan oleh penjaganya itu. Walaupun begitu, lamunannya terhenti sebaik saja mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Zariel! Cepatlah! Nanti lambat!"kata Yuma.

Zariel yang mendengar panggilan Yuma terus saja bergegas & berlari pergi tanpa berkata apa-apa sehingga membuatkan Haise terkaku tanpa menghabiskan kata-katanya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zariel yang mendengar panggilan Yuma terus saja bergegas & berlari pergi tanpa berkata apa-apa sehingga membuatkan Haise terkaku tanpa menghabiskan kata-katanya itu.

"Eh? Nanti dulu, Tuan Haise belum habis bercakap lagi,"kata Haise yang sedih dengan pemergian sang anak angkatnya itu & hanya menghelakan nafas sambil menundukkan kepalanya.

Tiba-tiba, Zariel meluru ke arahnya & memeluknya dengan erat sehingga membuatkan Haise terdiam.

"Selamat tinggal, Tuan Haise. Zariel takkan lupakan apa yang Tuan Haise dah buat untuk Zariel. Terima kasih untuk segalanya, Tuan Haise. Zariel harap Tuan Haise akan sentiasa ada di sisi Zariel selama yang mampu sebab Zariel sayang sangat pada Tuan Haise. Jaga diri Tuan Haise baik-baik ya. Jangan terlalu memaksa diri masa bekerja ya,"kata Zariel sambil memeluk Haise.

"Baiklah, selamat tinggal, Zariel. Jaga diri kamu juga. Kamu kena ingat yang Tuan Haise takkan pernah berhenti fikir pasal kamu. Jadi, jangan buat Tuan Haise risau lagi ya,"kata Haise sambil memeluk erat sang remaja itu.

"Baiklah, Zariel akan cuba buat yang terbaik. Pergi dulu, Tuan Haise!"kata Zariel lalu terus saja berlari menuju ke arah pintu telepotasi sambil melambaikan tangannya ke arah Haise.

Haise turut melambaikan tangannya ke arah Zariel & yang lain. Dia senang melihat Zariel yang kini sudah semakin meningkat dewasa. Dia hanya tersenyum sambil mengingati saat dia pertama kali bertemu dengan Zariel.

Dia sama sekali tidak pernah akan melupakan saat dimana si kecil Zariel yang dulu kini sudah membesar menjadi seorang remaja yang kuat seperti sekarang.

"Cepat betul masa berlalu. Dalam masa 15 tahun, Zariel tinggal di sini, aku tak pernah rasa sebahagia ni. Aku senang melihat dia sekarang dah membesar & menjadi lebih kuat dari yang dulu malah mampu menentukan jalannya sendiri. Zariel, perjalanan sebenar kamu, baru saja bermula. Tuan Haise pasti yang kamu akan temukan keluarga kamu nanti,"kata Haise sambil berjalan masuk ke dalam rumah.

Bersambung....

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now