🌿5: Diuji Melalui Cabaran Leon

2.6K 268 25
                                    

Pada petang itu....

Zariel berjalan keluar dari kelasnya sebaik saja kelas tamat. Dia terus saja berjalan sehingga dia dihalang oleh sekumpulan pelajar & dia terus saja berhenti lalu memandang mereka semua.

"Hei, dengar cerita kau budak baru kat sekolah ni kan? Budak pelik yang memakai hood. Apa yang istimewa sangat sampai kau tak nak tanggalkan hood tu?"tanya sang ketua.

Zariel hanya terdiam lalu menukar arahnya & terus saja berlari ke arah yang lain. Dia lebih rela dipanggil penakut atau melarikan diri daripada terbabit ke dalam sebuah pergaduhan yang tidak berfaedah itu. Kumpulan pelajar itu terus saja mengejar Zariel. Walaupun begitu, sang remaja itu lagi pantas dari mereka & akhirnya telah berlari keluar sehingga tiba dihadapan pintu pagar asramanya itu.

"Haih, nasib baik. Teruk kalau benda macam ni terus berlaku,"kata Zariel lalu berjalan pergi ke dorm nya.

Di bilik dorm...

Sebaik saja Zariel masuk ke dalam bilik dorm nya itu, kelihatan Hiro baru saja selesai mandi & sedang mengeringkan rambutnya sementara Yuma sedang menyediakan makanan untuk mereka.

"Selamat pulang, Zariel,"ucap Hiro sambil tersenyum.

"Selamat pulang, macam mana dengan hari pertama sekolah? Semuanya baik ke?"tanya Yuma.

Zariel hanya mengangguk lalu berjalan masuk ke dalam biliknya. Yuma & Hiro hanya memandang sang remaja itu. Pada ketika itu, Zariel terus saja menanggalkan hood miliknya itu sambil mengeluh.

"Sekurang-kurangnya, hood ni masih ok,"kata Zariel sambil memeluk hood kesayangannya itu.

Pada petang itu...

Semua pelajar dikehendaki berlatih pada setiap petang tepat pada jam 5.30 petang. Itulah rutin hari mereka sejak bersekolah di akademi itu. Akademi ini bukan saja menekan kekuatan malah ketangkasan, kecergasan dari segi fizikal atau mental.

Pada ketika itu, guru mereka, Yuri & juga seorang guru wanita, Mary Florest. Mereka berdua bertanggungjawab untuk memantau setiap pelajar ya g mengikut latihan pada petang itu.

Pada ketika itu, Zariel & sahabatnya turut termasuk dalam latihan itu. Mereka terus saja berlatih. Pada ketika itu, kelihatan Hiro sedang berlari dengan pantas di sebuah trek larian sementara Yuma hanya melakukan beberapa regangan. Zariel pula berada jauh dari orang lain untuk berlatih.

Dia duduk berdekatan dengan sebuah pokok lalu berlatih mengawal kuasa miliknya itu. Dia memejamkan matanya laku menarik & menghembuskan nafasnya perlahan-lahan sambil mencari kedamaiannya. Sang remaja itu terus saja menggerakkan tangannya perlahan-lahan sambil diikuti oleh akar-akar pokok yang mulai menjalar mengikut pergerakan tangannya.

Pada ketika itu, Yuma terpandang Zariel yang sedang berlatih itu. Dia terpegun dengan Zariel yang tersangatlah fokus itu. Pada ketika itu juga, Leon turut terpandang Zariel yang sedang melakukan latihan itu lalu tersenyum sinis.

Selepas beberapa minit kemudian....

Zariel mulai berhenti & membuka matanya. Sebaik saja dia membuka matanya, dia terpandang sekumpulan pelajar sedang mengepung dirinya.

"Ewah, menarik betul ya. Dah lah kau berlatih tak ajak kami. Apa kata kita berlatih sama-sama nak?"tanya ketua kumpulan pelajar di situ.

"M..maaf, saya rasa ini waktu untuk pulang. Lagipun latihan dah tamat,"kata Zariel yang cuba mengelakkan pergaduhan itu.

"Nanti dulu, masih awal lagi. Mari kita bermain dulu!"kata ketua pelajar itu lalu mengeluarkan dagger miliknya & menyerang Zariel.

Zariel tanpa melengahkan masa, terus saja mengelak & melompat tinggi ke atas pokok. Ketua kumpulan pelajar itu hanya berdecit tanda geram lalu mengejar Zariel. Sang remaja itu terus saja menggunakan kuasanya dengan membuatkan akar-akar pokok mengikat kaki-kaki mereka agar dapat melarikan diri.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now