🌿63: Menyinari Kehidupan & Mewarnai Dunia Seseorang

1.2K 180 19
                                    

Pada pagi itu, di pejabat Saniwa...

Kelihatan Yuma, Zariel & Hiro hanya berdiri  dengan penuh rasa bersalah dihadapan Saniwa yang hanya duduk di mejanya yang berada dihadapan mereka sambil berpeluk tubuh dengan muka yang menunjukkan riak yang serius malah hanya diperhatikan oleh ahli pasukan mereka yang lain, Encik Hasabe malah Amane kerana terjebak dalam hal itu.

"Sekarang, bagitau & jelaskan kepada saya, Yuma, Zariel & Manhiro. Kenapa kamu bertiga lari dari latihan masa di padang sebelum ni? Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Terutamanya kamu, Yuma. Kamu tahu tak apa yang kamu dah buat ni?"tanya Saniwa dengan serius.

Mereka bertiga hanya diam tidak terkata kerana tidak tahu apa yang harus mereka katakan pada Saniwa yang marah itu. Yang lain hanya menghelakan nafas tanda pasrah akan apa yang terjadi termasuk Leon sendiri.

"Cakap cepat! Apa yang kamu semua fikirkan sampai lari dari latihan Encik Hasabe?! Kalau salah seorang daripada kamu tak kata apa-apa,  saya takkan teragak-agak untuk hukum kamu bertiga sekaligus,"kata Saniwa yang kelihatan makin serius itu.

"Cakap cepat! Apa yang kamu semua fikirkan sampai lari dari latihan Encik Hasabe?! Kalau salah seorang daripada kamu tak kata apa-apa,  saya takkan teragak-agak untuk hukum kamu bertiga sekaligus,"kata Saniwa yang kelihatan makin serius itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nanti! Ini semua salah saya, Pengetua! Tolonglah jangan salahkan Zariel & Hiro. Mereka berdua tak bersalah dalam hal ni. Saya yang menyebabkan mereka berdua terjebak dalam hal ni,"kata Yuma dengan  rasa bersalah.

"Haih, tak sangka yang kamu akan buat hal dalam keadaan yang beberapa minggu lagi sebelum pertandingan ni. Baiklah,saya maafkan kamu bertiga tentang apa yang terjadi & kamu berdua didapati tak bersalah dalam hal ni tapi saya tetap perlu bersikap adil jadi Yuma tetap perlu dihukum. Oleh itu, saya, Saniwa Tourabu terpaksa menghukum kamu dengan buang kamu keluar dari pasukan ni atas permintaan Encik Hasabe,"kata Saniwa sambil menghelakan nafasnya.

Yuma & yang lain terus saja terpegun sebaik saja mendengar hal itu termasuklah Amane sendiri sementara Hasabe hanya tersenyum senang akan hal itu tanpa disedari oleh sesiapa.  Yuma yang mendengar hal itu terus saja terkaku malah rasa sakit hati & rasa geramnya terhadap Hasabe semakin bertambah tapi sayangnya, tetap saja dipendam malah di tahan dari dalam.

Walaupun begitu, sesuatu hal yang semua orang tidak sangka akan berlaku tiba-tiba saja mulai berlaku sebaik saja seseorang mulai bersuara sehingga membuatkan yang lain mulai menumpukan perhatian mereka kepadanya.

"Nanti, takkan ke itu dah keterlaluan sangat, Tuan pengetua? Tuan tak boleh buat macam ni pada dia,"kata Amane yang cuba mempertahankan Yuma.

"Maaf Amane tapi ini keputusan saya & bukannya kamu untuk menentukannya,"kata Saniwa dengan seriusnya.

"N..Nanti, tuan tak boleh hukum Yuma dengan hukuman macam ni. T..Tolonglah berikan dia peluang untuk dia tebus semula kesalahan ni,"rayu Zariel yang cuba  mempertahankan Yuma.

"Ya, tolonglah, Tuan pengetua. Saya merayu agar tuan pengetua maafkan Yuma & biarkan dia tebus kesalahan dia. Lagipun, semua orang kadangkala melakukan kesilapan,"kata Hiro yang turut cuba mempertahankan Yuma.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now