🌿30: Mulai Saling Menerima

1.7K 185 5
                                    

Di dalam sebuah bilik...

Kelihatan Haise sedang mencuci & merawat luka Zariel selepas apa yang terjadi sambil diperhatikan oleh sahabat-sahabatnya dari luar pintu bilik. Mereka berasa sangat bersalah dengan apa yang terjadi. Apatahlagi, sang remaja itu telah menjadi mangsa keadaan.

Zariel hanya duduk di atas sebuah kerusi sambil menahan kesakitannya selama proses rawatan itu. Haise terus saja membaluti bahagian luka itu secara perlahan-lahan & berhati-hati.

"Sikit saja lagi. Cuba tahan sikit ya,"kata Haise sambil membalut luka Zariel sehingga selesai.

Sebaik saja selesai, Haise terus saja meletakkan kesemua barangan yang dia gunakan ke dalam peti rawatan. Zariel hanya menghelakan nafas sambil memandang pembalut yang membaluti lukanya itu.

"Jangan risau, kamu hanya perlu berehat & jangan lakukan sebarang kerja terutamanya kerja yang berat buat sementara waktu ya,"kata Haise sambil mengusap kepala Zariel.

Haise terus saja menyimpan peti rawatan itu ke dalam almari Zariel & memandang sang remaja itu. Dia sedar ada sesuatu yang dia lupa.

"Zariel, saya nak keluar sekejap. Jadi tolong banyakkan berehat ya,"kata Haise sambil berjalan pergi ke arah pintu.

Mereka bertiga hanya memandang Haise yang sedang berjalan ke arah mereka. Sang lelaki itu hanya tersenyum sambil merenung mereka dengan pandangan yang sangat mencengkam jiwa.

"Ingat, jangan ulangi lagi apa yang jadi & saya harap kamu semua sedar dengan apa yang berlaku. Jadi, buat masa sekarang, tolong jagakan Zariel selama saya tiada di rumah ya?"kata Haise sambil tersenyum ke arah mereka sebelum berjalan keluar dari situ.

"B...baik, En..Encik Haise,"kata Yuma sambil menahan rasa takutnya.

Mereka semua hanya memandang Zariel yang masih duduk di atas kerusi itu. Mereka hanya mampu bersimpati dengan apa yang terjadi padanya.

"Zariel,"panggil Yuma sambil berjalan mendekati Zariel malah diikuti oleh Hiro.

"Kami minta maaf tentang apa yang terjadi. Kami tak sepatutnya bertindak macam tu. Tolonglah maafkan kami,"kata Hiro.

"Ya, aku minta maaf kerana bertindak di luar jangkaan. Aku sepatutnya dengar apa yang kau nak cakap sebelum buat macam tu. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku cuma nak lindungi kau saja, Zariel,"kata Yuma sambil menunduk kepalanya tanda kecewa.

"Takpe, saya dah maafkan awak semua & saya cuma nak awak semua mulai berkawan. Saya rasa awak berdua tak perlu pun nak minta maaf pada saya tetapi pada Leon. Awak berdua kan bertindak serang dia disebabkan salah faham ni,"kata Zariel sambil memandang mereka.

Yuma & Hiro hanya memandang Zariel. Mereka terharu dengan apa yang dikatakan olehnya. Mereka tidak menyangka yang Zariel memang seorang yang pemaaf sehingga masih mampu maafkan diri mereka setelah apa yang jadi.

Leon yang hanya memerhatikan mereka dari jauh terus saja berjalan pergi dari situ. Dia bukannya tidak ambil kisah tentang apa yang terjadi tetapi dia cuma ingin menenangkan dirinya malah ingin membiarkan keadaan kembali ke sediakala.

"Kau ada perlukan apa-apa, Zariel?"tanya Yuma.

"Takpe, saya cuma nak berehat saja. Jadi, awak semua pergilah buat apa-apa & tak perlulah risaukan saya,"kata Zariel sambil bangun perlahan-lahan & menuju ke katil.

Mereka hanya memandang Zariel & mengangguk perlahan lalu terus saja berjalan keluar dari bilik itu. Zariel hanya menghelakan nafas & terus saja membaringkan dirinya di atas katil perlahan-lahan.

Di ruang tamu....

Yuma & Hiro hanya memandang Leon yang sedang duduk di situ. Mereka berasa sangat bersalah dengan apa yang telah mereka lakukan kepadanya. Apa yang lebih teruk, mereka telah salah sangka terhadap sang putera itu tanpa memikirkan hal yang sebenar.

"Leon, kami nak minta maaf dengan apa yang terjadi. Kami tak sepatutnya buat macam tu pada kau. Kami bersalah sebab salah sangka tentang diri kau,"kata Yuma.

"Tolonglah maafkan kami, Leon. Kami tak sepatutnya bertindak macam tu apatahlagi mengatakan hal yang buruk tentang kau,"kata Hiro.

Leon hanya mendiamkan dirinya tanpa berkata apa-apa. Kadangkala berat untuk memaafkan seseorang apatahlagi dengan perbuatan yang terlalu melampau & melampaui batas terhadapnya. Walaupun begitu, sesuatu hal yang tidak disangka-sangka berlaku.

"Aku maafkan korang,"kata Leon dengan jawapan yang singkat.

"K..kau maafkan kami, Leon?"tanya Yuma yang terpegun dengan hal itu.

"Ya, aku maafkan korang. Kadangkala semua orang boleh bertindak diluar jangkaan. Lagipun, aku tak marah sebab korang sebenarnya hanya cuba nak melindungi Zariel saja bukan?"kata Leon sambil memandang mereka.

Leon hanya mampu memaafkan mereka. Walaupun dia tersakiti dengan apa yang terjadi, dia tetap saja memaafkan mereka seperti mana yang dilakukan Zariel.

Kenapa kita terlalu susah untuk memaafkan mereka ketika mereka datang meminta maaf pada kita? Bukankah ia sesuatu yang baik jika mereka datang meminta maaf pada kita & kita juga haruslah memaafkan mereka tidak kiralah disaat mereka datang pada kita atau hanya melupakannya sekalipun.

"T..terima kasih, Leon. Aku hargai kau sebab dah maafkan semua kesalahan kami. Jadi, mulai sekarang, aku takkan salah sangka pada kau lagi. Jadi, marilah kita menjadi kawan bagi membetulkan semua masalah ni,"kata Yuma sambil duduk di hadapan Leon & menghulurkan tangannya.

"Ya, mari kita jadi sahabat agar kita dapat saling kenal-mengenali diantara satu sama lain. Dengan cara ni, kita akan saling memahami,"kata Hiro yang turut duduk di sisi Yuma.

Leon hanya terdiam sambil memandang mereka berdua. Dia sendiri sama sekali tidak menyangka hal yang seperti itu akan terjadi padanya. Dia terus saja menyambut & berjabat tangannya dengan Yuma.

"Baiklah, aku terima apa yang kau inginkan tu. Aku senang korang sudi jadi kawan aku,"kata Leon yang mulai tersenyum kecil.

 Aku senang korang sudi jadi kawan aku,"kata Leon yang mulai tersenyum kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku senang mendegarnya, Leon. Mulai sekarang, janganlah berasa segan untuk meminta bantuan & meluahkannya masalah kau pada kami ya?"kata Yuma sambil tersenyum.

Pada masa yang sama, kelihatan Zariel yang hanya memerhatikan mereka dari jauh. Dia hanya tersenyum senang melihat mereka mulai berkawan setelah apa yang terjadi.

Dia juga berasa gembira & senang hati yang Leon mulai menunjukkan sedikit perubahan yang kecil tetapi sangat bermakna padanya. Leon yang dikatakan sombong, ego, pemarah & pembuli sebenarnya, memiliki personaliti yang jauh berbeza dari apa yang semua orang fikirkan.

Leon lebih bersikap kepada seorang remaja yang tabah, baik, patuh & kadangkala bersikap ramah kepada orang yang cuba berbaik dengan dirinya. Dia juga seorang yang ambil berat, bertanggungjawab & tegas dalam banyak hal yang ramai orang tidak tahu.

"Bagus tu, Leon. Kalau terus macam ni, saya pasti yang hidup awak akan mulai berubah,"kata Zariel perlahan lalu terus saja berjalan pergi ke biliknya.

Bersambung....

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now