🌿47: Ujian Ketangkasan (Part 2)

1.5K 188 25
                                    

Di padang latihan, di arena latihan...

Semua pelajar hanya menantikan ujian kali ini tamat kerana mereka mahu bersiap sedia untuk ujian ketangkasan bahagian yang ke-2 yang bakal berlangsung selepas ujian itu tamat. Sebaik saja nama Leon mulai dipanggil, sang remaja itu terus saja pergi & bersiap sedia untuk memulakan ujiannya itu. Dia hanya memandang figure latihan kayu yang hanya berdiri kaku itu.

Sebaik saja kedengaran bunyi wisel ditiupkan, Figure latihan kayu itu terus saja bergerak & menyerangnya seperti mana yang berlaku pada pelajar yang lain.

Leon terus saja mengelak setiap serangan yang dilepaskan ke arahnya itu. Semakin lama, serangan yang dilepaskan semakin tangkas sehingga membuatkan yang lain mulai kagum kerana hasil ujian telah menunjukkan yang Leon berjaya melepasi pelajar yang lain & berada di di carta teratas.

"Tahniah, Leon. Kau memang hebat!"kata Hiro sambil tersenyum.

"Ya, kau memang hebat!"kata Yuma.

"Takde apa-apa lah, ia cuma benda yang biasa je,"kata Leon.

Kini, tibalah giliran Zariel untuk menyertai ujian itu. Dia hanya memandang figure latihan kayu yang ada dihadapannya itu sementara pelajar yang lain hanya menumpukan perhatian mereka terhadap dirinya saja. Zariel hanya memandang Figure latihan kayu itu dengan perasaan sedikit gementar.

"Hmm, agaknya berapa tangkas budak tu ya?"tanya Nakigitsune sambil memandang ke arah Zariel.

"Kalau diikutkan kata hati aku, dia mungkin jauh lebih pantas daripada yang lain termasuklah tuan putera rasanya,"kata Prof. Yuu.

Sebaik saja wisel ditiupkan, figure latihan kayu itu mulai bergerak & menyerang Zariel. Sang remaja itu cuba untuk bertenang & memberikan tumpuannya terhadap setiap serangan itu agar dapat mengelaknya daripada mengenai dirinya. Semua orang terus saja terpegun sebaik saja melihat yang figure latihan kayu itu mulai menyerang Zariel dengan sangat tangkas tetapi tidak setangkas Leon.

Sebaik saja ujiannya tamat, dia hanya menjadi yang ke-2 dalam carta teratas. Walaupun begitu, ia tetap saja membuatkan yang lain berasa terkaku & terkejut. Walaupun begitu, Leon kelihatan kurang berpuas hati dengan Zariel.

"Tahniah, Zariel. Kau berjaya!"kata Hiro.

"Baguslah, kau berjaya & kau memang hebat dalam ujian tu,"kata Yuma.

"Nanti, takkan kau lagi tangkas dari aku ke?"tanya Leon.

"Hmm, s..sebenarnya, saya r..rasa gementar masa latihan tu. S..Sebab ni baru kali pertama saya l..lihat figure latihan kayu macam tu,"kata Zariel sambil menundukkan kepalanya.

"Takpe, Zariel. Kami tahu yang kau lagi tangkas. Tapi, kalau aku jadi kau kan, aku pun aka rasa benda yang sama jugak tau. Jadi, janganlah fikirkan sangat pasal benda tu ya,"kata Yuma yang hanya tersenyum & cuba untuk menenangkan sang remaja itu.

"Apa-apapun, kau kena bersiap sedia dengan banyak perkara tahu? Tak semua Demoniac tu sama. Jadi, kau kena bersiap sedia setiap masa terutamanya disaat kau menghadapi mereka,"kata Leon.

"B..Baiklah, Leon. Maafkan saya tentang apa yang terjadi. S..Saya akan cuba y..yang terbaik,"kata Zariel sambil memandang Leon.

"Itulah Zariel yang kami kenal!"kata Hiro sambil menepuk-nepuk bahu Zariel.

Di dalam sebuah bilik stor penyimpanan..

Ketika pelajar sedang menyediakan kelengkapan untuk ujian ketangkasan bahagian yang ke-2, kelihatan seseorang sedang berjalan mendekati beberapa buah figure latihan kayu yang ada di dalam bilik itu. Dia hanya tersenyum sinis lalu terus saja meletakkan tangannya pada bahagian dada Figure latihan itu sambil membacakan sesuatu.

Zariel:Budak Berhood PutihWhere stories live. Discover now